Rabu, 31 Oktober 2012

Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik Langkawi Episod 6

Selamat pagi uolz. Sudah lamo atok tak menghapdet al-kisah percutian di Langkawi atok dan team power rangers awal tahun aritu. Sebenarnya atok ponah buek entry percutian Langkawi ni dulu. Tapi memandangkan atok teringatkan kenangan lalu, tu yang nak repost balik tu. Feeling bercoti katanya. Nak p bercoti hujung tahun ni, pitis nan hado. Tu yang recycle pengalaman tu. Upss. Okey, tapi kali ni atok olah atau buek versi lain. Sapa setuju, buntangkan bijik mato. 

Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
Episod 3 : Terjumpa Mak Jemah
Episod 4 : Power rangers
Episod 5 : Cheerleaders

Ok, kat sebelah pantai pulau Tuba yang menghadap Pulau Dayang Bunting tu, rupo-rupo eh ado pantai yang boleh mandi. Kiranya cetek lah. Pemandangan kat situ masyaAllah sangat chantek. Atok nampak jelas bulan waktu siang yang terbias di lautan hijau. MasyaAllah indah. Terlompat-lompat budak ni, pasal teruja kan. Atoklah ketuanya. Lompat paling tinggi sobab tak ponah tengok bulan terbias. Jakun kan.

Maso sampai kat situ, Mak Cik Awe dah amik port di tepi tembok berhampiran pantai. Bila kami dok hajak mak cik awe joint sekaki, dia tolak. Agaknya mak cik awe pun dah hari-hari tengok pantai tu kan. Tak heran dah. Kami yang jakun-jakun ni tadi terus pose cantek di tepi-tepi batu.









aku tak tahu kenapa aku camtu. mungkin gaya melepaskan kentot di batu. ok fine.


penampilan bakat terbaru ; memperkenalkan hadek Zufran. Anak jati langkawi. Rindu  Zufran!

Ok, last nanti atok tepekkan hasil akhir selepas sesi fotoshot. Kami tak sempat nak mandi. Esoknya baru nak mandi. Mak Cik Awe terus ajak balik ke pulau dayang bunting sobab dah petang. Kami pun menyusuri jambatan tadi. Maso tu kamera ado kat kawan atok, dio sompek snap sekeping duo gambar atas jambatan. Kot aku yang snap tu, dah lamo pitam tengah-tengah jambatan tu. Gayat terhadap laut luas!



inilah pemandangan dari atas jambatan yang menghubungkan pulau tuba dan pulau dayang bunting. cantik kan gunung-gunang tu. ke pulau?...ok pulau...



Ingatkan sampai-sampai yo rumah, ekspedisi round-round pulau berakhir di situ yo. Tapi mak cik awe terus memecutkan motornya menuju ke sebuah tompek. Jeng jeng jeng. Wah, lebih kurang 500 meter dari rumah mak cik awe, ado sebuah resort kecil. Konsep ala-ala kampung. Memang indah. Maso atok datang tu, kehadiran atok di sambut oleh....................................seekor hanjeng. Ye, hanjeng. Dan namo hanjeng tu Manja Aspalela. Ko mampooo?

pemandangan resort tu macam ni. errr resort ke?...btw atok suka konsep 'resort ' ni...yg penting atok suko. ...ado aku kesahh?...pemandangan macam kat Sabah kan. Nice view. Belakang sana tu pokok gotah. Maso tu daun meluruh. Pemandangan macam kat Korea!

Pastu, kat situ ado sampan-sampan kecik. Ado jeti kot. Lepas je menghabiskan maso dalam 15 minit camtu, kami pun terus balik ke rumah mak cik awe. Hantar motor pastu lepak kejap kat padang luas. Ado budak-budak main layang-layang kat situ. Lamo tak main. Seingat atok kali terakhir main layang-layang 15 tahun yang lalu. Hamek koo.

kelihatan hanak-hanak hekan tengah main layang-layang. eh!

Azan maghrib pun berkumandang. Atok dan team power rangers pun terus pulang ke rumah mak cik awe. Masa dalam perjalanan tu, kami terserempak Mak Jemah!! (rujuk sini). Aiyooo pitam Pak Jabit. Okey, tadi atok dah janji kan, hasil untuk last fotoshoot masa kat pantai tuba tadi. Inilah hasilnya..............












Hamekkkkk!!!
Barisan finalist Zimbabwe Next  Suam-Suam Suku Top Model 2012



Okeh, malamnya tu kami cumo lepak-lepak di tepi jeti. Takdo yang menarik sangat pun. Cuma keesokan harinya barulah kami berjalan-jalan di Pulau Langkawi. Haaa...nantikan episod seterusnya nanti yo. Papai bebeh! Muahhhhh muahhh....eh!

Episod 7 : Pulau Besar Langkawi

1 ulasan:

eqbalzack berkata...

Langkawi best bro. Last EZ ke sana lepas balik Brisbane hari tu. Tu pun sbb ada conference 3 hari kat sana. Sempat shopping coklat @ Hj. Ismail...

-eqbalzack-

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih