Tu deh. Dah lamo tak ke udara. Ni atok hapdet entry ni jam 4.35 pagi. Mampoo hapdet pepagi buta ayam tak bangun laie?? Okeh bebeh. Kito sambung laie episod mengembara langkawi awal tahun aritu. Dah berkurun atok tak continue kan. Takut lak aku kena sumpah seranah kang. Okeh, last episod nak tahu cito hujung pangkal bolehlah skodeng sini dolu.
Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
Episod 3 : Terjumpa Mak Jemah
Episod 4 : Power rangers
Episod 5 : Cheerleaders
Episod 6 : Manja Aspalela
Okeh, episod kali ni kami keluar dari Pulau Dayang Bunting untuk ke Pulau Besar Langkawi. Eh, ado ko pulau besar langkawi?...Suka suki haku je kan....hahaha
ni pemandangan dopan rumah mak cik Awe. Masing-masing tak sesabau nak g pulau besar. |
maksud atok, pulau yang terbesar tu.... |
Macam biaso, perjalanan dari Pulau Dayang Bunting ke Pulau Besar mengambil maso dalam setengah jam tak silap atok dengan menaiki bot pukat. Er....ok, gugurkan perkataan pukat. Menaiki bot. Kat sano kami dah siap-siap menyewa sebuah kereto.....kancil. Nak save budget punyo pasal kan. Yang gegurl pulak naik keto Pak Cik Shaari, suami Mak Cik Awe. So, lokasi pertama yang Pak Cik Shaari bawak adolah....
Telaga Air Hangat, Pantai Pasir Hitam...
barisan ahli jemaah mencelopkan kaki ke dalam telaga air panas. syiokkk. |
Lopeh tu kan, mak cik awe cepat-cepat ajak ke destinasi yang seterusnya sobab maso tu hari dah nak meninggi. Lokasi yang seterusnya tu, kami berhenti dokek Pantai Pasir Hitam. Haaa..Pantai ni memang betul-betul kaler hitam tau!
walaupun tak banyak kaler hitam, tapi masih ado laie sisa-sisa pasir kaler hitam. motep tarian ballet? |
Menurut lagenda dolu-dolu yang sempat atok baco kat papan tanda area situ, asal kejadian pasir hitam ni disobabkan pertelingkahan penduduk laut dan penduduk darat satu maso lalu. Manjang bertelingah je diorang ni kan. Huhu. Haa..satu hari tu, penduduk laut bercadang untuk menyerang penduduk darat pado waktu malam. Pehtu, penduduk darat ni tadi menyalakan api arang sepanjang pesisir pantai bagi menakut-nakutkan penduduk laut. So, sampai sekarang kesan arang tu kelihatan. Tapi dari sudut sains eh, pantai ni terbentuk dari paduan beberapo mineral seperti turmalin, ilmenit, zirkon dan batuan garnit yang menyobabkannya kaler hitam.
Lokasi seterus eh, kami cadang nak naik Cable Car Langkawi. Tapi malang nasib team atok maso tu sobab orang ramai sangat beratur boli tiket. Itu baru boli tiket dah beratur sepanjang 100m ke 150m lebih kurang atok raso. Memandangkan maso tu dah tengah hari, kami terpakso cancel plan naik cable car tu. Sodeh kan. Sob sob. So, perjalanan diteruskan ke destinasi seterusnya. MAKANNNN!. Pak Cik Shaari bawak kami makan tengahari di satu tompek yang ramai pelanggan. Ramai pelanggan sobab ado banyak pilihan lauk-pauk dan air semestinya refill dan percumo! Makan kat situ memang sodap dan murah. Atok lupo namo kodai tu.
Pengembaraan diteruskan dongan melawat Beras Terbakar. Tompek beras terbakar kecik yo. Lobih kurang dalam 30 kaki persegi tak silap atok. Dan tinggalan beras pun tak kelihatan. Yang menarik kat situ, ado rumah lak yang santek. Ramai pulak yang pose anggun depan rumah tu berbanding tapak beras terbakar ni tadi.
ini antara mereka yang pose anggun. oit! beras terbakar kat sebelah laman tu ler...bukan rumah ni! |
tapak beras terbakar. ni atok gugel yo, tk sompek nak snap |
Atok cito serba sedikitlah yo pasal beras terbakar ni. Menurut cito orang tuo-tuo, pemerintahan Langkawi 200 tahun lalu sampai kurun ke-19 bertompek di Kampung Raja ni. Selopeh beberapa bulan pembunuhan Mahsuri, pulau ni diserang orang siam. Datuk Kerma iaitu pemerintah pado maso tu merasokan pulau tersebut akan kalah dan memerintahkan penduduk menanam beras supayo tidak jatuh ke tangan musuh. Pastu dibakar.
Last sekali destinasi terakhir yang kami singgah di pulau besar langkawi tak lain tak bukan di Tugu Helang Besar tu. Hah, ni wajib poie bergambar. Kalau tak poie bergambar.....bagai sayur tanpa garam, kurang enak kurang sedap, dari itu Inul goyang....eh!
Ok berakhirlah pengembaraan di pulau besar langkawi. Episod setersunya atok akan cerito pulak pasal Tasik Dayang Bunting yang kami poie keesokan harinya, hari terakhir. Papaiiiiii
3 ulasan:
kecik sangat gambarnya...tak puas nak tengok! hehe
-eqbalzack-
atookk! sy ni dok bljr kt n9. tp baru nk jelajah negori esok ni haa.. kan cuti. so ktne tmpt2 mnarik yg atok bleh suggest kt n9 ni? diulangi: menarik ye, bukan bersejarah, hehe.
Serronokk ssesangat baco cito dari atok nie..hmm..x jomu pun..nk poie jugak bln mei nti..langkawi aku datang...! Mana episod seterusnyer..??
Catat Ulasan