Isnin, 19 November 2012

Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik Langkawi Episod 8

Haaa....episod delapan dah kan. Kali ni atok nak teruskan berkongsi dongan ecah pengalaman atok maso di Langkawi awal tahun haritu. Awal tahun kateko. Sekarang baru nak cito kan. Nampak bonar takdo modal nak hapdet blog. Kan?. Ok bebeh, untuk episod ke lapan ni atok dan team power rangers poie ke Tasik Dayang Bunting. Sebolum tu, mai baco episod-episod terdahulu.

Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
Episod 3 : Terjumpa Mak Jemah
Episod 4 : Power rangers
Episod 5 : Cheerleaders
Episod 6 : Manja Aspalela

Maso tu hari terakhir atok di Langkawi sebelum berangkat pulang ke Somban. Kami mulo bertolak ke tasik dayang bunting waktu pagi sobab tiket feri nak balik ke jeti kuah pukul doblas tak silap atok. Sebolum poie tasik dayang bunting tu, Mak Cik Awe bekalkan atok dan kengkawan mangga mudo dan sambal cicah. Atok tak tau apa nama sambal tu. Tapi yang ponting memang sodap, enak di makan begitu sajok. Sehingga menjilat jari! Tu deh...






Ini mak cik awe tengah potong mangga. sambal mak cik awe memang sodap!!!

Haa...Pak Cik Shaari dah tunggu atok ngan kengkawan di jeti. Pak Cik Shaari berjayo dapekkan sebuah bot khas untuk kami. Pak Cik Shaari dapekkan bot tu hanya dengan setengah harga. Harga kawan-kawannya punyo bot jugak. Sayang Mak Cik Awe ngan Pak Cik Shaari. Maso ni, mak cik awe tak hikut. Sebab dio koba kakinya sakit. Masih terngiang-ngiang mak cik awe berbual mesra dongan atok dongan loghat Kedahnya yang pekat.  






haaa...yang ni pose anggun di hadapan rumah mak cik awe dan pakcik shaari...corner lot uolss...mampoo??
Pastu kami berjalan kaki ke jeti dalam 200m jaraknya dari rumah makcik awe. Sebona eh atok laie suko berjalan kaki dari naik motor. Pasal apo, sepanjang perjalanan nak ke jeti tu suasana sangat indah dan mendamaikan. Ado kobau. Ado budak main layang-layang. Ado orang-orang kampung di situ tengah ampai baju. Budak-budak berlari-lari main kejar-kejar. Mereka sentiasa tersenyum bila terpandang kami. Sangat INDAH!

Ok, kami pun naik bot laju. Macam biaso, jakun punyo pasal, kami terus pose model atas bot tu. Jakun kateko. Nak poie tasik dayang buntingkan. Harus mengabdikan kenangan dolu di atas bot. So, inilah hasilnya...tadaaa....




cer ko tengok haku.....persis gaya model kacukan amerika latin-afrika kan??.....hak tuihhh!


haaa...yang baju merah ni mak tiri kami merangkap nenek bertha...tu dia, sekali 2 status dia kaut...tapi baik hati...suka membantu atok  :) .....yang belakang tu pakai cap pakcik shaari, budak tecik tu cucunya, Zulfran...n kawan pak cik shaari. Tunjuk gaya peace pakcik!!!.....masuk blog nih!!.....bahahaha
Haaa....maso mulo-mulo tu masing-masing tunjuk hero lah kan duduk kat hujung bot tu. Pose titanic lah. Pose orang patah pinggang lah. Macam-macam. Bilo dah start minit ke 2 naik bot tu, pakcik bot terus memecutkan bot dari 40km sejam kepado 140km sejam. Maso tu masing-masing kocut perut. Mano yang pose titanic tadi terus pegang tiang bot pose tarian tiang....eh!

Maso ni atok tak sompek nak ambik gambau pasal takut dengan haku-haku yang berbadan gajah ni sekali terbang! Manekan tudung masing-masing nak tertanggal berlipat ke belakang. Manekan selipar terbang. Risau gak atok maso tu kan. Laju gilo babai. Dalam hati atok manjang mengucap yo. Mesti pakcik bot ni dulu bekas mat rempit.

Sesampainya di 2/3 perjalanan, pak cik bot memperlahankan bot. Dio tunjukkan sesuatu pado sebuah kawasan gunung-ganang. Dio koba kat kami, itulah Dayang Bunting. Memang bontuk eh seakan perempuan mengandung yang sedang berbaring.




bentuk pompuan mengandung kan. pompuan tu lah dayang bunting.

kami pun sampai akhirnya ke tasi dayang bunting setolah lebih kurang 30-40 minit di atas bot laju. Rambut atok yang persis model amerika latin tadi terus jadik rambut orang asli Amazon. Kembang kesan tiupan angin yang kuat.
Haaa....sampainya kat jeti tu ado sesuatu yang menyambut kedatangan kami! Sesuatu yang dasyat! Sangat dasyat!!....Pastu kan atok poie Langkawi ni pado 3-6hb Februari 2012 yang lalu. Dan baru tadi atok menerima berita kelahiran anak ketiga along atok setelah menunggu 4 tahun! Perbezaan 9 bulan di situ...Apo kaitan dengan tasik dayang bunting ni?....Haaa..nantikan episod seterusnya bebeh sebab haku nak menyeterika baju kojo ni. Mencikkkk seterika!


6 ulasan:

eqbalzack berkata...

Ni baru betul! Pic besar...terima kasih tuan blog berjaya besarkan gambar utk entry kali ni. Menarik! hehe

-eqbalzack-

Mohamadazhan.com berkata...

salam atok, syok nya jalan2 sana.hehe.jgn lupa borong sakan coklat2...hehe.rajin mai singgah rumah kat SP

aindzaya berkata...

owh..bestnyer jalan2 kat langkawi ..jamah pelam muda lagi..hukhuk

Unknown berkata...

eqbalzack : hihi...sesamo.

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Coklat mahai3 kan

Unknown berkata...

Ain Dzaya : Ngeee...jeles lettew

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih