Rabu, 17 Oktober 2012

Pengalaman Bercuti : Pengalaman Menarik Langkawi Episod 4

Hok tu dia. Dah nak masuk episod ko ompek. So, bagi ecah yang tak tahu hujung pangkal cerito, meh skodeng link nih dulu...


Episod 1 : Bas double decker
Episod 2 : Naik Feri
Episod 3 : Terjumpa Mak Jemah

Okeh, episod sebelum ni atok cerito bab di mana Mak cik Awe nak bawak jenjalan kat Pulau Tuba kan. So, sekarang ni atok nak bawak ecah jenjalan sekitar Pulau Tuba tu. Selalunya, orang kalo poie Langkawi sekitar P. Langkawi je kan. Tapi kali ni atok dan team power rangers bercuti di kepulauan yang permai. Moh bersama atok untuk bacaan selanjutnya.

Ini masih di pulau dayang bunting. Nak menyeberang jambatan pulau tuba. Atok yang belakang tu...power rangers kaler kalabu taik hanjeng
Jambatan yang menghubungkan pulau dayang bunting dan pulau tuba ni bukan calang-calang jambatan tau. Jambatan tu ada jambalang. Jambatan tu dia mencaduk bukit. Jadi, ecah tak boleh bawak keto melintasi jambatan tu. Hanyo motor sajok yang boleh lalu. Anggaran jambatan tu panjangnya dalam 200 meter. Maso atok berada kat tengah-tengah jambatan tu, angin kuek sangat. Rambut den yang tersisir rapi tu terus jadi sarang tebuan.

inilah jambatan caduk tu...mak cik awe tengah berjuang untuk mendaki jambatan
Atok tak sempat nak snap tengah-tengah jambatan tu pasal aku takut laut. erk. Kalau boleh atok nak cepat je sampai ke pulau tuba dongan sekelip mato. Sesampai eh ke pulau tu, terus pose di jeti pulau tubo. MasyaAllah, atok tak dapat nak gambarkan betapo cantik pulau-pulau yang ado kat situ. Air laut yang berwarna hijau tu seakan-akan sebuah kristal pabilo cahaya mentari terbias cahayanya. Gitew. Hiperbola sangat. Haha. Tapi memang boto. Alam semulajadi kat situ memang cantek.

see....atok tak tipo ko kan....kan lautnya kaler hijo bercahaya kristal tuh
Kat hujung belah sanun hado pulau-pulau kecik. Agak-agak kalau atok tercampak kat pulau sana tu, kompem.....*sambung sendirik.

cantek kan....macam lukisan...bayangkan, agak-agak kalo aku jadi pelukis, boleh tak lukis cenggini?...ok stop bayangkan!
Udara segar dan nyaman. Sejuk dengan angin yang sepoi bahasa. Kalau ecah ada kat sana, bunyi bising macam kat bandar takdo langsung. Yang terdengar cumo bunyi ombak, bunyi burung-burung....bunyi azizi kentut....dan sometimes bunyi enjin bot-bot kecil.

Orang kampung kat situ dok perhatikan kami ja. Atok segan gak la mulo-mulo. Nampak na jakun kan tak pernah tengok pulau. Tapi atok ngaku, atok memang jakun!!! haha...pedulik apa atok kan..atok tak kaco orang....So kami teruskan tonjol kejakunan kami bersama-sama...jeng jeng jeng...

dari kiri : power rangers merah, putih, hitam, kelabu taik hanjeng, oren dan soklat

Dah agak-agak 100 pose candid di ambil (candid ke??), mak awe pun ajak pergi ke destinasi lain pulak. Tapi still area Pulau Tuba. Kat mana tu? Tunggu na episod seterusnya.....hik hik.....


mak cik awe ajak p tempat lain pulak.....ghindu kat mak!
Episod 5 : Cheerleaders

8 ulasan:

Gillette Flores berkata...

Kemain seronok power-power rangers semua.
Gill nak panggil monster turun lah kacau percutian korang.
Baru betul jadi cite power rangers nanti :p

Salwa berkata...

Memang cantik bonar pulau-pulau kat situ. I pun ternganga.hoho.

dya bunga berkata...

ala..seronoknya..tpi pic pulau tu mmg cantiklah

teacher bonda berkata...

best nye jd power rangers!!!:)

KuNanGKuNanG berkata...

pemandangan yg sangat cantik..:)

Diyana berkata...

hahaha dacik goma ayat HIPERBOLA SANGAT hahahaha

Tanpa Nama berkata...

hebat percutian ekau yer jang! Camner leh dapat mak angkat kt sana?

mrs. hairum berkata...

osah cantik eh.. teramang den nengok eh. tompi atok ni goma amek la buek den tonanti2 n3 selanjut eh... doreh update tok... huhu.