Khamis, 30 Ogos 2012

Oppa Gangnam Style

Assalammualaikum bebeh atok yang busuk tak mandi pagi!


Udah lamo atok tak ke udara. Sampaikan jari-jemari runcing atok ni rasa reput dah nak menaip. Puiiih. Apo kobar cucu atok sekalian alam? Atok mintak mahap sobab dah lamo tak mengutus sebarang berita untuk dikongsikan bersama. Wah macam retis lak ko kan tok.

Macam mano dongan poket korang? ado bapo sen tinggal? Gitu...Atok tinggal duit emas sajok. Duit 20sen baru tu. Cukup nak masuk jamban yo. Okeh, terus kepada topik utamo. Sekarang ni sudah menjadi ikutan diseluruh donia tentang oppa gangnam style. Ecah tau tak apo menatang tu? Kalau atok sobut an perkataan tu kat moyang  kau merangkap omak atok, dio akan sobut sebagai "Opah genggam serai". Wah gitoo, exotic sangat.

Atok dapat tahu kewujudan fenomena oppa gangnam style ni pun melalui MHI haritu. Dio ado tunjukkan bidio klip oppa gangnam style versi hari rayo. Cubo Ecah search di youtube "Suasana Gangnam Raya". Tu dia. Maso pestime atok termenonton bideo klip tu, atok ingatkan diorang diserang penyakit berjangkit akibat makan sup gear box berlebihan. Rupo eh, itu sudah menjadi trend di internet sekarang.

Bukti eh, ado gak stesen radio popular di Malaysia pun turut membuat rakaman gangnam style ni. Tu sumo Ecah boleh tonton di youtube. Dan lobih memeranjatkan Pak Najib kito pun ado mention pasal gangnam style ni di sesawang twitternya. (sesawang ye x, atok punyo twitter ntah apo la khabar eh dah bersawang gak eh)

Lagu asal dinyanyikan oleh rapper Korea Selatan, Psy dan menjadi fenomena di internet apobilo telah ditonton oleh 50 juta orang dalam maso 3 hari tak silap atok. Lagu ni popular sobab lirik dan lagunya yang sedap didengar. Dan yang paling mahal tariannya yang rare & polik. Kalau salah, betulkan atok. Oklah, itu sajok yang atok nak bebel pado hari ni. Meh layan oppa gangnam style di [SINI]





p/s : Header raya haritu atok tak buek lagi sobab tak sompek nak uruskan urusan perpindahan. Harini atok last di nisMILAN. Ahad ni atok dah berhijrah ke melakau. Nanti atok buek header lain eh.

Khamis, 16 Ogos 2012

Kenangan Kanak-kanak di Bulan Ramadon

Dulu dengan sekarang punyo bulan puaso banyak bezokan. Sapo setuju dongan kenyataan atok tadi, silo kenyit mata sekali. Sapa tak setuju buntangkan bijik mato 2 jam!

Okeh, ramai yang kenyit. Nak dipendekkan cerito, Atok membesar era lewat 80an @ awal 90 an. Nak diikutkan dah lobih 20 tahun atok bernapeh di dunio ini. Kalau dalam alam maya ni, ko convert umur atok dengan darab 3 so umur den 60 tahun plus plus. Okeh get it bebeh?. Foine, kito teruskan.

Zaman dulu dongan sekarang ni atok raso banyak sangat perbezaan walaupun jarak maso baru 20 tahun. Zaman atok kanak-kanak dolu, kalau bulan ramadon ni atok akan membantu omak abah mengecat rumah, mencari batang pelito, menyapu rumah selepas di mesin rumput, membantu menjadi pakar rasa kuih rayo dan macam-macam lagi. Pastu omak ngan abah kasi upah. Upah tu nanti, atok campurkan sekali dongan duit simpanan sekolah pastu boli tikam. Tau tak tikam tu hapo? Orang yang hidup era 90 an yo tau.  Yang tak tau, ko buat2 pojam mato.

Duit untung tikam tu nanti kebiasaannya atok akan boli bungo api asap. Nak lagi canggih atok boli bungo api bosi. Nak lagi canggih atok akan boli mercun padi. Nak lagi-lagi canggih atok akan boli karbait. Kasi buat itu meriam tanah. Tapi lobih dari tu atok angkat tangan mengalah. Atok tak berani main mercun canggih-canggih macam sekarang. Sekali bakar, macam upacara pembukaan sukan olimpik segala tu. Silap perhitungan, tangan dan muko hancur. Awas! Jangan sesekali bakar tanpa pengawasan orang dewasa.

Dulu awal 90an, atok dengan jiran-jiran akan berbuka puaso di mesjid. Makan percuma lettew. Apo laie. Lepas je habes salam solat isyak, kami terus lesap ponteng terawikh. Tu pun dah kira baik. Kalau datang gilo budak ni, lopeh yo menyantap moreh tu, terus tak nampak batang hedong. Kami pun jarang dok bawak p mesjid selipar baru-baru. Kalau bawak selipar baru, alamat eh balik nanti selipar kanan kaler kelabu, selipar kiri kaler pink light light. Lagi malang berkaki ayam terus jes.

Balik dari mesjid, kami akan melalui rumah-rumah jiran yang lain. Mana yang dok simpan stok mercun dalam poket baju melayu, kami terus bakar pakai pelita jiran. 

"Ooooo pommmm mak ko melompat kena bakar mercun mancis!," orang kampung melatah.

Sampai pelito eh terpadam. Paling sadis, ado sekali tu atok tak sompek nak baling mercun padi, pastu mercun tu meletop dekat pelito. Maso tu jugak pelito jiran terbakar sampai cair. Nak hembus kasi padam kang takut mulut atok terbakar. Pelito plastik kan. Apo laie, mencabot masing-masing selamatkan diri.

Bila waktu siangnya, aktiviti permainan di had kan untuk bermain permainan menguji minda sajok. Takut kalau main permainan lasak-lasak nanti cepat haus. Nanti terus berbuka. Dah tak dapek duit raya lebih. Aktiviti yang tak banyak keluarkan peluh contohnya main saidina ka, jutaria ka, sahiba ka, kadang-kadang main karom, main nyorok-nyorok.Itu tak termasuk nyorok-nyorok celah pokok waktu malam laie. Silap sorok, tersorok dek hantu tetek. 

Kami akan sentiasa mengisi masa terluang bersamo-samo. Maso tu tak teraso lamo sangat berpuaso. Budak sekarang ni, contohnya anak buah atok tu tak lain tak bukan nonton telibesen sampai potang. Dah tu melepet atas simen lantai macam takda tulang sampai senja. Penangan berpuasa. Kesian kan.

Bilo dikonang-konangkan balik, semuo tu merupokan satu kenangan yang paling indah sekali. Dah 20 tahun berlalu. Agak-agak budak zaman sekarang macam mano lah gak eh kan. Ntah-ntah bakar mercun pun pakai games komputer guna grafik design 3D katanya. Atok bertuah dilahirkan zaman-zaman dulu. 

So, apo pengalaman Ecah yang menarik boleh dikongsikan bersamo?

Selasa, 14 Ogos 2012

Sopin' Las Mene'

Gitew. Shopping Last Minute katanya. Saja gatal lotak tajuk ala-ala The France. Atok kan kacukan perancis + negro. Puihhh. Semalam kan atok try usha-usha kat Bazaar ramadon kat Senawang tu. Orang agak ramai jugaklah. Yelah, minggu ni kan minggu terakhir kito berpuaso. InsyaAllah ahad ni kito akan menyambul bulan Syawal. Tu yang ramai berpusu-pusu tu. Terawikh pun ntah ke mano.

Orang kato, bilo kito boli last minit ni harga akan murah dan di jual borong. Tapi atok tengok tak pun. Totap mahal. Yang sodih eh tu, bilo atok p usha baju kat kedai sini hargo cocah rm120. Bilo atok poie kodai lain, baju yang samo tadi hargo eh rm70. Acano tu?? Bayar sewo tapak sana mahal ke kak?

Kot yo pun nak cari untung di bulan ramadon ni, janganlah cokik darah banyak bonar. Bezo 50 hengget tu. Kalau dia amik kat pembekal ntah-ntah baru 30 hengget kan sepasang. Pastu jual rm120. Tak patut. Baju atok tengok takdolah canggih sangat. Takdolah renda-renda ko. Omeh 84 karat ko kan. Takdo. Biaso yo.

Itu bolum cerito pasal kuih rayo laie tu. Semangkuk besar buntut budak baru lahir tu pun dijual dengan harga rm29 hengget. Kuih tat noneh. Ntah-ntah ko beli kat pembekal 3 bekas, doploh hengget kan. Ko jual satu tu rm29. Banyak huntung ko dapat dik. Kalau raso eh tat noneh tu sodap takpo. Ni kang, fizikal eh kuih tat noneh tapi raso kuih kuaci. Acano tu??

Kito sebagai pemboli ni pun kono bijak. Tawar-menawar harga itu perlu. Tak bulih salahkan penjual tu bulat-bulat jual mahal. Dah ko tau harga tu mahal, tak payah boli. Poie survey kat tompek lain pulak. Kalau setakat ko bulih buat kuih siput tu, buat. Tak payah boli. Ko kutil-kutil, dah siap. So, kalau bulih berjimat, kito berjimatlah kan. Ini tidak, nak boli baju rayo sampai 12 pasang. Setiap jam nak tukar baju baru. Kuih tu kang kalau boleh nak 23 jenis. Nak tunjuk kat sedara-mara betapa canggihnya kuih ko. Walhal kuih tunjuk. Kasut sampai 4 pasang. Sehari sepasang.

Apa kato, kalau raya tahun ni kito bersederhano. Duit yang lobih tu bolehlah kito langsaikan utang ptptn sikit-sikit. Pengajaran untuk atok jugak. Selamat menjalani ibadah puaso. Papaiiii!

Isnin, 13 Ogos 2012

Teka-teki paling best # 6

Que & Anne
Anne : Hai kawan-kawan. Sempena bulan ramadon ni, kami tak mau gaduh-gaduh...
Que : Tapi kami mau cari gaduh ngan kawan-kawan!....erk
Anne : Betul betul betul!
Que :   (t_t)

Anne & Que : Cuba teka kuih apa yang kami berikut!

  1. kuih paling seksi?
  2. kuih paling jahat?
  3. kuih paling gengster?
  4. kuih lelaki kronik?
  5. kuih paling busuk?
  6. kuih awet muda?
  7. kuih paling alim?
  8. kuih dalam zoo?
  9. kuih paling tenteram?
  10. kuih paling lembab?
  11. kuih tak mandi???
Anne : Haaaa....cer teka kuih apa tu. Kalau sapa dapat jawapan betul sume, kite kasi tepuk tangan
Que : Ye betul betul betul!. Kami kasi jawapan esok ye! Selamat mencoba





Sabtu, 11 Ogos 2012

Fakta Menarik

Kucing itu nokturnal-bermakna pasif di waktu siang tetapi aktif pada waktu malam.





Kucing mempunyai bulu yang berfungsi seperti misainya di belakang kaki depan mereka.




Kucing mempunyai 200 juta sel sensitif terhadap bau hidungnya (40 kali lebih banyak dari manusia).




Kucing tidak berpeluh.




Semua kucing lahir dengan mata biru (waktu kecil)















Jumaat, 10 Ogos 2012

Mohon Sumbangan Ikhlas

Atok ada terbaca surat khabar semalam. Sedih tengok nasib 5 adik beradik ni yang kehilangan emak dan ayah sewaktu kecil. Selepas kematian ibu bapa tercinta, mereka dibesarkan oleh atok dan nenek. Malang lagi menimpa mereka apabila si atok meninggal dunia tidak lama kemudian diikuti neneknya tahun lepas. Tahun ni mereka cuma beraya 5 beradik. Yang tua Wan Zulhelmi satu-satunya anak lelaki yang  baru berumur 18 tahun terpaksa memikul beban menyara adik-beradiknya. Dia berharap dapat melanjutkan pelajarannya di mana-mana institusi pengajian tinggi supaya lepas ni boleh dapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarganya. Yang atok sedih tu ada adik-adiknya yang terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu menyara belanja persekolahan.

Kalaulah tahun ni kita sering komplen baju raya tak beli lagi (atok ngaku itu atok), persiapan kuih raya tak buat, tahun ni tak dapat balik kampung mak sebab beraya rumah mentua, kain langsir tak jahit lagi, tapi mereka 1000 kali sedih perjalanan hidup masing-masing.

Di bulan yang baik ni, atok nak mengajak cucu yang berhati mulia untuk menyumbangkan sejumlah wang untuk adik-beradik ni meneruskan hidup. Kalau boleh jangan seorang pun antara mereka tercicir dalam pelajaran. Kerana atok percaya, hanya ilmu sahaja yang boleh mengubah nasib seseorang itu kepada lebih baik. Salurkan sumbangan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) Wan Nor Atirah Wan Nawi di akaun bernombor 1111 6290 0007 4053






di petik dari surat khabar Utusan Malaysia 9 Ogos 2012



"Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang yang miskin"

Surah Al-Baqarah : 83



Khamis, 9 Ogos 2012

Soping Sakan Mak Jemah

Rayo laie seminggu. Apo barang pun atok tak boli laie. Manokan songkok eh, manokan seluar yenki eh, baju kemejo eh, tu sumo bolum boli laie. Yang dah ado cumo baju melayu kaler kelabu tahi hanjeng yo. Itu pun hari jemahat ni siap. Kucing tu buek an. Atok bab2 soping ni lomah sikit. Nak memilih eh tu memang tak ghoti kek den do. Atok jonih mano yang sodap di pandang tu atok pakai, tak kiro la cap giant ko, cap sinyu ko, x kesah. Bagi atok jenamo tu tak ponting. Giteww. *Ngaku je la tak mampu kan tok!

Semalam atok ado yo usha-usah baju rayo kat bazaar senawang ngan kengkawan tompek kojo. Orang dah tak semeriah maso mulo-mulo atok datang awal ramadon dulu. Agak eh masing-masing dah siap memboli-bolah sakan tak. Ko duit gaji tak masuk laie. Ko orang tunggu last minit boleh dapat harga borong. Ko pilih la mano berkonan.

Kat bazaar tu macam-macam dijual. Manokan baju kurung moden eh, baju melayu eh, baju budak-budak, jeruk, spek mato, kuih rayo, omeh, air, aiskrim, mainan budak, barbie, keropok losong, tali pinggang, beg kulit, macam-macam laie lah. Orang jual minyak wangi pun hado. Aku ler yang beli satu. Erk. Pandai ko kan bang, ko sembur kat baju haku, pastu haku kemaruk nak beli minyak wangi ko. Good marketing strategy. Sembur untuk raya katanya. Pandai ko kan.

Sepanjang atok berjalan di bazaar tu, atok berjayo memboli 2 bekas air minuman periso durian belanda & blackcurrent something like that, minyak wangi cetak rompak....itu sajok....Tapi atok ado usha beg kojo...nampak santek....95 hengget...Nantilah atok usha lagi sekali nanti.

So, apo persiapan rayo Ecah setakat ni??  Berapo pasang baju rayo?  Dah start menyoping kan diri ke belum?Ke nak tunggu sale durian runtuh ramadon terakhir?....Soping pun soping jugek, zakat jangan lupar bayar ek Cah...Nismilan RM 6.50 sekepalo...

p/s : Atok nampak ramai sangat Mak Jemah kat bazaar tu. Pakai tudung Siti Nurhaliza + seluar tight jalan lenggang lenggok tak kira usia...kus semangat!

Perhatian. Silo bagi maklumbalas sebolum 9 Ogos 2012 jam 12 tengah hari. Jika tak hadiah terbatal.
1. sensasi2020.blogspot.com (header rayo)-tinggalkan gambau untuk header blog
emailkan di suham_mie@yahoo.com

Rabu, 8 Ogos 2012

Wordless Wednesday # 31




siapkan tempahan baju raya ke kakak?




p/s : keputusan contest sapo nak kad rayo
Perhatian. Silo bagi maklumbalas sebolum 9 Ogos 2012.
1. blog-tips-kurus (kad rayo)-tinggalkan alamat
2. sensasi2020.blogspot.com (header rayo)-tinggalkan gambau untuk header

jiko gagal berbuat demikian, atok akan buat cabutan keduo untuk hadiah ni. Mokasih.  :P

Selasa, 7 Ogos 2012

Keputusan Contest Sapo Nak Kad Rayo!



Tu dia. Keputusan akan di humumkan sebontar laie. Timo kasih pado Ecah yang berkesempatan memeriahkan pertandingan anjuran atok yang tak seberapo ni. Kalau nak hadiah duit rayo, silolah datang ke pondok buruk atok nanti yo. Ok bebeh, mari kito teruskan pado keputusan contest sapo nak kad rayo! yang tolah berakhir 4 Ogos 2012 yang lalu.

Sebolum tu meh atok perkonalkan juri jemputan kito merangkap pencabot undi. 





Profile

Namo : Muhammad Aqil B. Asrul Apendi
Umur : 15 bulan
Hobi masa lapang : Menepek belakang badan atok time atok tongah tido


Ok, cucu atok yang bertuah pado tahun ini adolah.....


  1. Mieya Atiera (kad rayo & header rayo)-tinggalkan alamat & gambau untuk edit header
  2. chii (kad rayo)-tinggalkan alamat
  3. blog-tips-kurus (kad rayo)-tinggalkan alamat
  4. Miss BaNu (kad rayo)-tinggalkan alamat
  5. Jue (kad rayo)-tinggalkan alamat
  6. RATU QASEH SAIFUDIN (header rayo)-tinggalkan gambau untuk header
  7. sensasi2020.blogspot.com (header rayo)-tinggalkan gambau untuk header

Silo tinggalkan alamat & gambar @ alamat @ gambar di email atok di suham_mie@yahoo.com sebolum khamis ni (9.8.2012). Sebarang kelewatan, hadiah akan terbatal dengan serta-merta (pasal atok nak pos sebolum 10.8.2012, abang posmen koba takut kad sampai lopeh rayo). Tahniah pado yang monang! Yang kurang bernasib baik, cubo laie tahun dopan yo!

Isnin, 6 Ogos 2012

Cara Memegang DSLR dengan betul



suhami ahmad

Tahukah kawan-kawan macam mana nak mengendalikan DSLR dengan betul? Nak pegang pun ada caranya bukannya main pegang macam kamera kompak. Kalau salah cara, gambar yang dihasilkan tidak akan tajam dan tersalah fokus. Akibatnya gambar akan rosak. Berikut Am kongsikan dengan kawan-kawan cara pegang DSLR dengan betul. Jom kita skodeng.




cara asas memegang DSLR






cara lain untuk memegang DSLR






memegang dengan sebelah tangan / tali tidak disangkutkan ke kepala atau dililitkan pada tangan






tangan tidak dirapatkan ke dada / tangan kiri diletakkan di atas lens akan memberatkan bebanan lens







cara sebelah kiri lebih stabil jika dibandingkan dengan cara sebelah kanan.



kaki perlu dijarakkan sedikit untuk mendapat kestabilan







cara mengambil gambar view rendah. siku sentiasa ditupangkan ke kaki







siku perlu ditupangkan pada kaki untuk mendapatkan kestabilan


gunakan sebarang benda yang berhampiran untuk bersandar bagi memastikan gambar tidak bergegar


 










gunakan siku untuk menupang bukannya badan supaya kita tidak cepar penat










Sabtu, 4 Ogos 2012

Contest "Sapo Nak Kad Rayo?"

ENTRY MELEKAT INI AKAN BERADA DI SINI SEHINGGA 4 OGOS 2012. SILA LIHAT BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia. Macam tahun sudah, tahun ni atok nak buek pertandingan ratu kebaya sempena hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lamo laie. Pose baru tigo hari dah nak rayo ek. Yelah, abang posmen koba tarikh last post kad rayo 13 Ogos ni. Tu yang atok nak buek awal tu pasal hadiah yang ditawarkan Kad Rayo. 

Mesti rindu nak terimo kad rayo kan. Jaman sekarang ni ko tag je gambau kat pesbook pastu mintak hampun. Siap. Kekdahnya. Makanya bagi mengembalikan jaman kad rayo tu, atok nak buek satu contest. Namo eh "Sapo Nak Kad Rayo?"

Syarat eh mudah sajok...

1. Lokek (lekat) gambar kat bawah ni dalam blog Ecah. Nanti sonang kengkawan lain nak joint contest ni.




2. Like facebook Apo2 Yolah dan follow blog Apo2 Yolah kat bawah tu.
3. Tinggalkan link contest ni kat blog Ecah sonang kawan nak joint. Dan link entry blog Ecah tu kat ruangan komen atok ni sonang atok nak terjah
4. Tag pado sorang kawan blogger
5. Siap

Tarikh akhir atok terimo maklumbalas : Sebolum 4 Ogos 2012 bersamaan poso ke 15 ramadon
Hadiah : Kad Rayo + Header Raya (1st), Kad Rayo (ke-2 & ke-5), Header Rayo (ke-6 & ke-7)
Pemenang dipilih berdasarkan : Cabutan Bertuah dari 5 orang Fruit Son + Daughter atok.
Pemenang akan diumumkan : Pado 7 Ogos 2012


Copek2, Atok anjurkan contest cenggini setahun sekali yo.

Pesoto yang dah joint setakek ni :

DONGAN RASMINYO CONTEST TOLAH DITUTUP. NANTIKAN KEPUTUSAN PADO 7 OGOS 2012

Fakta Menarik

Bunyi yang dikeluarkan apabila kita mematahkan-matahkan sendi tangan, jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.





Planet Pluto mengambil masa 248 tahun untuk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun ia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar dengan planet Neptune. (p/s : Terbaru pluto bukan lagi digelar sebagai planet, dan fakta kitaran orbitnya masih dalam kajian)




Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan mengangguk kepala bermaksud 'tidak'.





Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.




Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km!

Jumaat, 3 Ogos 2012

Solidariti Bersama Umat Islam Rohingya


Sumber : Facebook.

Himpunan desak Myanmar henti pembunuhan. Sahabat Rohingya kita telah dizalimi sekian lama. Kini pembunuhan etnik Rohingya Islam di sempadan Myanmar/Bangladesh tidak terkawal. Kerajaan Myanmar tidak mengendahkan penghapusan etnik yang berlaku.

Ayuh bersama Himpunan Desak Myanmar Henti Pembunuhan. Bersama mendesak dan menekan kerajaan Myanmar melalui kedutaannya di sini, juga penyerahan memorandum bantahan. Berikut adalah maklumat perhimpunan ; 

Tarikh : 3 Ogos 2012 (hari ini)
Masa : 2 petang (lepas solat Jumaat)
Lokasi : Berkumpul di Menara PERKESO Jalan Ampang (sebelum bergerak beramai-ramai ke Myanmar Embassy)
Sebarang pertanyaan sila hubungi 012-2231239. Sila hadir sebagai NGO atau individu. Kami perlukan sokongan anda untuk mengiringi penyerahan memorandum. Ayuh bergerak sekarang! Setiap hari ada saudara kita yang mati di sana!


p/s : Boleh solat Jumaat di Masjid Tabung Haji dan bergerak ke PERKESO Jln Ampang selepas solat. Kepada yang tiada kenderaan, boleh turun di LRT Jelatik dan jalan ke arah PERKESO di Jalan Ampang (lingkungan 500 m)

Khamis, 2 Ogos 2012

Peristiwa Malam Pertama

Tu dia. Sebolum atok kono baling dongan penyapu lusuh, ijinkan atok perbetulkan tajuk di atas. Sebona eh atok nak lotak tajuk "rentetan peristiwa hari pertama di Melaka". Gitew. Saja bikin onar katanya. Potong stim je haku ni kan.


Ok bebeh, kito mulokan maso hari terakhir atok di Seromban ni. Maso tu tengah buat-buat sibuk, pasni ado salah seorang akak ni datang ke mejo atok. Ingatkan dio nak buek apo la kan. Pastu dio lotakkan satu kotak atas meja atok. Den terkesima la kan. Rupo-rupo eh itu hadiah perpisahan dari unit atok sendiri. Raso terharu sangat dan terkejut. Walhal dah tau depa memang kasi hadiah. Tapi tak tau hadiah apo.


Tadaaa....inilah hadiah ittew. Ecah mesti nak tau kan hadiah apo. Haa, atok dapat set lesung batu bertahtakan emas 44 karat katanya. Ok, haku tipo ko. Atok dapat set rantai emas...ish!!!....atok dapat tali leher. Hihi. Comey je tali leher tu. Erk. Warna kesukaan atok. Kelabu taik hanjeng. Time kasih uols!

Keesokan harinya merupakan hari pertama atok mendaftar di tompek baru. Atok bergerak dari Somban ke Melakau pukul 7 pagi ikut highway. Sampai-sampai di tompek baru tepat-tepat pukul 8. Masa dok p tempat baru tu, jantung ni dah dup dap dup dap dah. Ye lah, ko kalau malam pertama pun mesti camtu kan. Errr...ko kalau hari pertama pun mesti cam tu kan? kan?...

Pastu tak semena-mena ada budak laki ni dok tequq atok dari belakang. 
"Wei, ko dapat sini gak ke?" katanya. Wei dia panggil haku. Aku ni warga emas hokey. Erk

Hahaha. Atok gelak. Atok memang tau dia kat tempat baru ni. Cuma tak tau lak dia ada kat situ lagi. Pastu dia bawak atok duduk sementara nak jumpa EO. Lepas isi borang apa yang patut, tiba-tiba dok mai lagi sorang budak baru yang daptar sama-sama dengan atok hari tu. Laaa! Batch atok jugek. Farah dari BPP Putrajaya. Dia pun dok sama dapat tukaq dengan den. Kiro eh atok ado kawan la jugak maso tu kan. Takdolah sogan bona.

Borak punyo borak, datang laie 2 orang budak baru. Sah, maso tu hati atok dah berbungo. Kiro eh takdolah haku kono boli kat tompat baru ni nanti kan. Kalau kono boli, kami akan buek pakatan power rangers membuli depa balik. Ayark!

Tup tap tup tap, dah jumpa big boss yang sempoi jugak, akhirnya kami pun diberi penangguhan sampai hujung bulan 8 ataupun awai bulan 9. Nanti diorang akan fakskan kat opis atok. Ha, tapi esok (khamis), atok akan masuk tompek lamo lah balik. Menghabiskan sisa-sisa hidup di sini katanya. Bulihlah atok selosaikan apo yang patut.
Nak tau atok kojo kat mano nanti? Ni haa.....





p/s : Pagi ni atok tak nampak jalan maso nak poie kojo. Bacaan Indeks Pencemaran Udara kek Seromban harini 63. Sila jaga alam kita. Jangan lakukan pencemaran!

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih