Atok ada terbaca surat khabar semalam. Sedih tengok nasib 5 adik beradik ni yang kehilangan emak dan ayah sewaktu kecil. Selepas kematian ibu bapa tercinta, mereka dibesarkan oleh atok dan nenek. Malang lagi menimpa mereka apabila si atok meninggal dunia tidak lama kemudian diikuti neneknya tahun lepas. Tahun ni mereka cuma beraya 5 beradik. Yang tua Wan Zulhelmi satu-satunya anak lelaki yang baru berumur 18 tahun terpaksa memikul beban menyara adik-beradiknya. Dia berharap dapat melanjutkan pelajarannya di mana-mana institusi pengajian tinggi supaya lepas ni boleh dapat pekerjaan yang baik untuk membantu keluarganya. Yang atok sedih tu ada adik-adiknya yang terpaksa berhenti sekolah kerana tidak mampu menyara belanja persekolahan.
Kalaulah tahun ni kita sering komplen baju raya tak beli lagi (atok ngaku itu atok), persiapan kuih raya tak buat, tahun ni tak dapat balik kampung mak sebab beraya rumah mentua, kain langsir tak jahit lagi, tapi mereka 1000 kali sedih perjalanan hidup masing-masing.
Di bulan yang baik ni, atok nak mengajak cucu yang berhati mulia untuk menyumbangkan sejumlah wang untuk adik-beradik ni meneruskan hidup. Kalau boleh jangan seorang pun antara mereka tercicir dalam pelajaran. Kerana atok percaya, hanya ilmu sahaja yang boleh mengubah nasib seseorang itu kepada lebih baik. Salurkan sumbangan menerusi Bank Simpanan Nasional (BSN) Wan Nor Atirah Wan Nawi di akaun bernombor 1111 6290 0007 4053
"Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang yang miskin"
Surah Al-Baqarah : 83
![]() |
| di petik dari surat khabar Utusan Malaysia 9 Ogos 2012 |
"Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat dan ANAK-ANAK YATIM serta orang-orang yang miskin"
Surah Al-Baqarah : 83
