Jumaat, 8 Julai 2011

Cucu pilihan atok ke - 20

Teacher Bonda cucu pilihan atok minggu lepas
Cucu Pilihan Atok ke-16 : Chii
Cucu Pilihan Atok ke-17 : Cacing
Cucu Pilihan Atok ke-18 : Liyana
Cucu Pilihan Atok ke-19 : Teacher Bonda
Cucu Pilihan Atok ke-20 : ??

Tahniah kepada Teacher Bonda kerana berjaya menggondol status cucu pilihan atok ke-19 pada minggu lepas. Ringkasnya, teacher bonda ni adalah seorang cikgu, isteri dan juga ibu kepada anak kesayangannya, Darwisy. Nanti skodenglah blog TB ek. Baiklah, minggu ini atok nak memperkenalkan cucu pilihan atok yang ke-20. Cucu pilihan atok yang bertuah minggu ini adalah...
B.O.B.A cucu pilihan atok ke-20

Kalau kalian nak tahu, nama blog cucu pilihan atok kali ini ialah B.O.B.A. Namun nama manja a.k.a gelaran empunya blog ialah Nenek. Blog nenek yang berwarna oren limau mandarin ini mempunya tanda dagangan "Hidup kena happy! tapi cari yang kekal abadi nikmat islam dan iman". Wah...kelaz ko Maria!

Sebenarnya atok pernah berjumpa nenek ini sebelum kewujudan blog beliau lagi. Nenek ni sama batch dengan atok. Karektornya memang seorang yang sengal, kelakar tetapi percayalah....dia memang seorang yang sangat baik. Amat mementingkan persahabatan. Bagi sesiapa yang nak usha nenek ni, sila buang jauh-jauh perasaan tu kerana nenek ni dah pun berumahtangga. Kan nenek kan? kannnnn???

Dari segi pengisian blog, atok perhatikan nenek ni akan mulakan setiap entrynya dengan perkataan "salam palestin". Entrynya banyak berkisar tentang unsur keislaman untuk bahan bacaan kita bersama. Kadang-kadang ada juga nenek selitkan unsur lawaknya itu. Tak ketingggalan perihal futsal dan bola sepak. Jangan main-main, sekali nenek angkat kain batik dia nak main futsal, kompem pihak lawan mengaku kalah! Tak sanggup katanya.

Dari dulu lagi nenek ni dok bising kat telinga atok suruh jadikannya cucu pilihan atok. Now, tibalah masa nenek. Nenek kini secara rasminya telah bergelar cucu pilihan atok ke-20. Dengan itu, silalah ambil replika ini untuk ditempek ke blog nenek!





Mari singgah dan jadi cucu nenek di [SINI]

8 ulasan:

B.O.B.A berkata...

time kasih lah atok sudi menejadikan buah hati ini sebagai cucu yang ke 20... TAPI kenapa selepas 19 Orang.... Nenek kecewa... kita break up ....

ORLANDO AHMAD berkata...

:(

faiz berkata...

ni blog member la ni atok ye..

Unknown berkata...

B.O.B.A : Aiyoooo nek....ko ceraikan aku...

Unknown berkata...

JONY AL BUAYAK : napa Jony...

Unknown berkata...

faiz : haah, kawan samo batch kojo atok

Unknown berkata...

bertambah lg cucu atok...weheee..dpt org baru lagik..ehehe

Unknown berkata...

chii : Hoyeyyy...huhu

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih