Jumaat, 8 Julai 2011

PSIS

Assalammualaikum dan salam sejatera,


Semalam atok cuti kojo. Entry blog semalam pun auto-publish. Sobabnya, atok menghantar si Nursila Ahmad ke Politeknik Sultan Idris Shah, Selangor. Mula memandu pukul 7 pagi, sampai PSIS dekat pukul 11 pagi. Nasib baik memandu, kalau bertolak tu, agaknya minggu depan baru sampai kan.

Ramai sangat orang masa tu. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. Mula-mula tu atok sempat test market muka kat politeknik tu walaupun menyedari ada jerawat setepek kat dahi. Kot-kot ada yang terjatuh hati pandang pertama ke kan. Tapi lepas je 10 saat atok market muka yang jambu, hujan turun renyai-renyai. Terpaksa masuk balik dalam kete. Niat ke laut. Nampak sangat kan. Nasib baik takde petir.

Lepas daftar tu, atok dan famili pergi pulak menghantar si Nursila Ahmad ni ke asrama. Mak datin siap tapau lagi lauk pauk kat kantin makan dalam asrama yo. Makanlah kami anak-beranak dalam tu. Roomate si Nursila ni dah hilang. Agaknya sogan rombongan che kiah mengerumuni biliknya kot. 

Pastu masa atok nak balik tu, bersusun kawan si Nursila ni kat pintu luar. Atok tiber-tiber rasa segan. Walaupun diorang masih hadek-hadek, tapi ada juga antara mereka yang atok kenal. Diorang baca blog atok tau. Tersengih-sengih je diorang mandang atok. Mesti dalam hati dia cakap camni...

"Ooo...inilah atok sewel masuk air yang tulis blog tu!!"

Mesti punye kan. Telinga aku dah merah dah ni. Pastu terus pandang lantai. Jalan ala-ala Ustaz Amirul. Padahal....

Selesai je urusan tu, kami pun terus menuju balik. Sebelum balik sempat jugaklah singgah ke BNO. Atok tak ingat nama penuhnya apa. Rasanya Bagan Nahkoda Omar kot. Kat situ ada jual mee udang. Udang segar-segar. Selak udang baru nampak mee! Memang pemes kat Sabak Bernam tu. Tapi malangnya, tak berkesempatan nak makan sebab ramai orang. Nak tunggu lagi 2 3 jam. Baik aku suruh mak aku masa mee kat umah. Mee meggi!

Sampai ke Somban dalam pukul 6 lebey. Nasib baik dapat kejar waktu puncak orang balik kojo masa kat lembah klang. Kalau tak satu hal lagi terpaksa menebeng tenung lampu terapik kuning!..Opss....Sekian...




Ni sempat lagi atok shoot masa kat BNO tu...nampak tak burung kiwi 4 ekor tu??

4 ulasan:

faiz berkata...

kalo petir xpsl2 hitam satu bdn kan atok..hehe

Nur Ayuni berkata...

eh, sama dengan adik saya ah student kat PSIS. nyum~ BNO mmg hebat dengan mee udang yg besar.. :) best PSIS tu sebab belakang ada pantai. :)

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Kompem hangus

Suhami Ahmad berkata...

Nur Ayuni : Best kan...ramai sangat hadirin dan hadirat

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih