KUALA LUMPUR 7 April - Satu gempa bumi kuat berskala 7.4 pada skala richter telah berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada 10.32 malam tadi.
Menurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa bumi itu terletak di 38.2 darjah Utara dan 142.0 darjah Timur, kira-kira 4306km dari Timur Laut Kudat, Sabah.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dan Jabatan Meteorologi sedang memantau perkembangan berkenaan.
Berjuta-juta warganya mula menyimpan beras dalam jumlah yang banyak ekoran ketakutan terhadap radiasi dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini. Lebih memburukkan, negara itu berdepan dengan masalah bekaan elektrik beberapa bulan lagi.
Malaysia bebas kesan radiasi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar itu bergerak ke arah timur negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.
"Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.
Empat helikopter curah air di loji nuklear
Sebanyak empat buah helikopter tentera Jepun digunakan bagi mencurahkan bertan-tan air ke loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima semalam bagi tujuan menyejukkan batang bahan bakar daripada berlaku kebocoran radiasi.
Operasi itu dilakukan bertujuan supaya batang bahan bakar dalam reaktor dan kolam penghadang ditenggelami air bagi mengurangkan pendedahan bahan pada udara dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar ke alam sekitar.
Sumber : Kosmo (bacaan lanjut, sila dapatkan akhbar kosmo hari ini)
Loji nuklear Jepun dalam keadaan stabil
Keadaan di loji nuklear Fukushima, Jepun tidak menampakkan sebarang petanda buruk dalam tempoh 24 jam kebelakangan ini.
"Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi masih kekal dalam keadaan yang serius namun tidak ada tanda-tanda keadaan itu bertambah teruk sejak semalam,"kata Andrew
Sumber : Utusan Malaysia Online (bacaan lanjut, sila dapatkan akhbar kosmo hari ini)
Japan quake : Missing Malaysian found
Malaysian Paul Tiong Lee Foong, 24 has been found well and alive after going missing at Sendai Port following the aerthquake-cum-tsunami disasters in Japan on March 2011. Tiong is currently at the Malaysian embassy in Tokyo and waiting for a plane ticket to fly home.
Sumber : The Star Online (bacaan lanjut, sila dapatkan akhbar The Star Online hari ini)
Krisis nuklear Jepun semakin tidak terkawal semalam selepas pekerja keluar sementara waktu dari sebuah loji nuklear yang rosak di Fukushima ekoran paras radiasi yang melonjak, tetapi usaha terdesak untuk mengelakkan berlaku malapetaka nuklear diteruskan dengan segera
Pihak kawalan penerbangan di London mengeluarkan amaran rasmi terhadap kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima di Jepun.
Korea Selatan akan menghantar bekalan boron ke Jepun bagi membantu menstabilkan reaktor nuklearnya yang rosak dalam gempa bumi minggu lepas.
Kerajaan Malaysia bersiap-sedia pada bila-bila masa untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Jepun jika tahap radiasi terus mencapai tahap bahaya.
Penghantaran pelajar Malaysia tajaan mara ke Jepun pada hujung minggu menunggu arahan Wisma Putra bergantung kepada keadaan di Jepun.
Pusat Maklumat Gunung Berapi London (VAAC), memberitahu industri penerbangan mengenai amaran kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima yang melibatkan ruang udara Jepun, Rusia, China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
Kerajaan Singapura menggesa rakyatnya supaya bertenang berhubung penyebaran maklumat palsu di Internet tentang bahaya radiasi di Jepun telah merebak ke seluruh Asia.
Walaupun situasi ekoran tragedi di Jepun itu amat serius, namun jaraknya dari Malaysia + Singapura lebih 5,000km dan risiko negara ini terjejas akibat radiasi itu amat minimum.
Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Dr Termizi Ramli berkata kesan radiasi tidak akan sampai ke negara ini ekoran jarak yang jauh. Ia akan menyebabkan berlakunya faktor pencairan bahan radioaktif di atmosfera sekaligus kesan ia untuk merebak ke negara ini adalah terlalu kecil
Sumber : Antara petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Mac 2011
Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:
Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.
Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".
Sekitar gambar gempa bumi sehinggaka mencetuskan tsunami besar di Jepun baru-baru ini.
Gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter yang melanda Jepun hari 11hb Mac 2011 disifatkan terbesar dalam sejarah 140 tahun negara itu. Pada tahun 1923 gempa bumi berukuran7.9 pada skala Richter dan telah membunuh lebih daripada 140,000 orang.
Gempa bumi tersebut telah menyebabkan ombak Tsunami setinggi 10 meter yang memusnahkan bangunan, rumah, kereta dan kapal.
Image sumber :www,bbc.co.uk (AP Photo/Kyodo News)
Subhanallah, pergolakan politik di negara Arab, bencana alam di Jepun. Adakah itu tanda-tanda dunia hampir...........Wallahualam.
Tanggal 11 Mac 2011 tepat jam 2.46pm petang tadi, satu gempa bumi telah berlaku paling buruk dalam sejarah Jepun dengan 8.9 skala richter telah mengakibatkan tsunami besar setinggi 10 meter di Sendai, Jepun. Gelombang air berlumpur melanda seluruh kawasan di Sendai, Jepun termasuk Lapangan Terbang Tokyo. Gempa bumi dan Tsunami ini juga mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun itu. Ramai orang terkandas di stesen keretapi dan banyak premis/bangunan putus bekalan elektrik. Banyak kapal, kereta dan rumah dihanyutkan dan kebakaran menjadi tidak terkawal.
Sehingga kini, Polis Jepun mengesahkan 200-300 mayat ditemui dan mungkin meningkat. 531 dilaporkan hilang dan 627 mengalami kecederaan. -credit to wanggerard
Garisan merah kawasan yang paling teruk terjejas. Garisan kuning diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Tanda pangkah adalah pusat gempa bumi. Gegaran kali nih paling kuat dengan skala ritcher 8.9 dan menduduki tangga ke lima dalam sejarah dunia sejak tahun 1900..negeri yang paling teruk adalah Sendai, Tokyo, Iwate, Fukushima dan beberapa negeri yang berdekatan.
Kilang gas dan minyak yang terbakar
Air setinggi 4 meter melimpah dari laut
Banyak kemusnahan berlaku. Perkhidmatan keretapi dihentikan serta-merta
Kat bilik berita pun masih pakai topi keselamatan sebab time tu gempa masih berlaku
Mari kita imbas bencana gempa bumi terburuk yang berlaku dalam lipatan sejarah dunia sepanjang tahun 1900 sehingga kini
Video di youtube mendapat hit diluar jangkaan dalam masa beberapa jam sahaja. Seluruh dunia kesedihan dan memerhatikan kemusnahan di Jepun. Antara kata-kata mereka yang memberi komen di youtube berkaitan tsunami dan gempa bumi di Jepun.
Namun, masih ada lagi artis Malaysia yang cetek pengetahuan menganggap fonemena alam ini sebagai satu gurauan. Petikan di twitternya seperti "mana perginya ultraman, doraemon dan kesatria Jepun ketika negara mereka disaat genting?". Inikah orang yang kita sanjung?
Bencana di mana-mana sekarang. Apakah tidak cukup lagi petanda hari kiamat? Sedarlah kalian, dunia semakin tiba ke penghujungnya. Saya menasihati diri saya, keluarga saya, saudara-mara saya, sahabat handai saya, dan kalian di luar sana, fikirkanlah. Apakah petanda semua ini?
Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih