Rabu, 16 Mac 2011

TANDA-TANDA KIAMAT(PERINGATAN GEMPA BUMI YANG MELANDA JEPUN)

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya'juj dan Ma'juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.
Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: "Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya".

Sekitar gambar gempa bumi sehinggaka mencetuskan tsunami besar di Jepun baru-baru ini.
gambar gempa bumi di jepun Gempa bumi di Jepun Hingga Ke AlgeriaGempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter yang melanda Jepun hari  11hb Mac 2011 disifatkan terbesar dalam sejarah 140 tahun negara itu. Pada tahun 1923 gempa bumi berukuran7.9 pada skala Richter dan telah membunuh lebih daripada 140,000 orang.
Gempa bumi tersebut telah menyebabkan ombak Tsunami setinggi 10 meter yang memusnahkan bangunan, rumah,  kereta dan kapal.
gambar tsunami Jepun Gempa bumi di Jepun Hingga Ke Algeria
gempabumi di Jepun Gempa bumi di Jepun Hingga Ke AlgeriaImage sumber :www,bbc.co.uk (AP Photo/Kyodo News)
Subhanallah, pergolakan politik di negara Arab, bencana alam di Jepun. Adakah itu tanda-tanda dunia hampir...........Wallahualam.

9 ulasan:

Unknown berkata...

Dah banyak tanda2 kiamat...
Tapi ramai yang tak sedar or buat2 tak sedar, termasuk la saya...
Bile la nak insaf.....

Shoutbox atok dah hilang ke?
Sape curi?

Mohamadazhan.com berkata...

salam

tanda kiamat semakin hari semakin dekat, memang menakutkan apabila terfikir hidup zaman macam ni


atok jom jaga kesihatan :)

faiz berkata...

takut bile memikirkan tanda2 yg semakin byk...kuatkan la iman kita sebelum dtgnye dajjal yg mampu memusnahkan keimanan kita..

KUREKURE COMEL berkata...

ya allah....sgt takut....


tu semua allah bg tanda....
hope kite semua ambil dari peristiwa ni sbg iktibar...

Unknown berkata...

Ohno!!! : samo ngan atok. Selalu leko. SB atok dah buang. Sobab atok tak sompek nak singgah balas. Tapi utk sementaro waktu yo ni

Unknown berkata...

Mohammadazhan hjDesa : Salam. Itulah. Maso pun berlalu pantas. Moh kita minam quaker oat! ^_^

Unknown berkata...

faiz : Amin. Semoga kito dilindungiNya...

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Samo2 kito munasabah diri yo Mina. Atok pun bolun cukup laie bekalan ni

sloonat berkata...

jetez un coup d'œil ici répliques de sacs de créateurs bon marché top article sacs répliques acheter en ligne Page d'accueil Bottega Veneta Dolabuy

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih