Khamis, 17 Mac 2011

Paras Radiasi di Loji Tenaga Nuklear di Fukushima terus melonjak


  • Krisis nuklear Jepun semakin tidak terkawal semalam selepas pekerja keluar sementara waktu dari sebuah loji nuklear yang rosak di Fukushima ekoran paras radiasi yang melonjak, tetapi usaha terdesak untuk mengelakkan berlaku malapetaka nuklear diteruskan dengan segera
  • Pihak kawalan penerbangan di London mengeluarkan amaran rasmi terhadap kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima di Jepun.
  • Korea Selatan akan menghantar bekalan boron ke Jepun bagi membantu menstabilkan reaktor nuklearnya yang rosak dalam gempa bumi minggu lepas.
  • Kerajaan Malaysia bersiap-sedia pada bila-bila masa untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Jepun jika tahap radiasi terus mencapai tahap bahaya.
  • Penghantaran pelajar Malaysia tajaan mara ke Jepun pada hujung minggu menunggu arahan Wisma Putra bergantung kepada keadaan di Jepun.
  • Pusat Maklumat Gunung Berapi London (VAAC), memberitahu industri penerbangan mengenai amaran kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima yang melibatkan ruang udara Jepun, Rusia, China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
  • Kerajaan Singapura menggesa rakyatnya supaya bertenang berhubung penyebaran maklumat palsu di Internet tentang bahaya radiasi di Jepun telah merebak ke seluruh Asia.
  • Walaupun situasi ekoran tragedi di Jepun itu amat serius, namun jaraknya dari Malaysia + Singapura lebih 5,000km dan risiko negara ini terjejas akibat radiasi itu amat minimum.
  • Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Dr Termizi Ramli berkata kesan radiasi tidak akan sampai ke negara ini ekoran jarak yang jauh. Ia akan menyebabkan berlakunya faktor pencairan bahan radioaktif di atmosfera sekaligus kesan ia untuk merebak ke negara ini adalah terlalu kecil
Sumber : Antara petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Mac 2011

16 ulasan:

zazaw berkata...

harap memang tak sampai Malaysia

kyle berkata...

KOrea selatan bagi boron untuk bantu, baca2 ingat malaysia bersiap sedia untuk bantu gak, lol

AngahSayang2314 berkata...

harap sangat tak sampailah kat sini

Mohamadazhan.com berkata...

teknologi canggih sgt pun sampai tak dapat kawal...teknologi memakan diri ni...

hawiz berkata...

harap2 ok la...risau

faiz berkata...

teru btol bencana kat jepun ni...bertimpa2..

Tanpa Nama berkata...

Salam..
bahayanya.

KUREKURE COMEL berkata...

bawak balik la pelajar malaysia tu kan...dari terjadinya perkara2 yg tak elok kan...


bahaya la radiasi ni....

Unknown berkata...

zazaw : InsyaAllah....

Unknown berkata...

kyle : Dengar cito, Malaysia SMART cuba bantu tapi dpt red light dr kerajaan Jepang. Tak pasti betul tak

Unknown berkata...

AngahSayang2314 : Amin, insyaAllah...

Unknown berkata...

Mohamadazhan hjDesa : Setuju. Akhirnya makan diri

Unknown berkata...

hawiz : InsyaAllah, banyak2 kan berdoa yo hawiz

Unknown berkata...

faiz : Mulo2 gempa bumi, pastu tsunami sekarang ancaman radiasi

Unknown berkata...

Novelgurl : Bahaya. Samo2 kito doakan yo

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Itulah. Sobab radiasi ni memang bahayo Mina. Silap langkah, merana seumur idop

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih