Memaparkan catatan dengan label Letupan Loji Janakuasa Nuklear di Jepun. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Letupan Loji Janakuasa Nuklear di Jepun. Papar semua catatan

Jumaat, 18 Mac 2011

Earthquake and Tsunami Hit Japan

Bandar raya Tokyo kelam-kabut
  • Berjuta-juta warganya mula menyimpan beras dalam jumlah yang banyak ekoran ketakutan terhadap radiasi dari loji nuklear Fukushima Daiichi yang terletak kira-kira 240 kilometer dari sini. Lebih memburukkan, negara itu berdepan dengan masalah bekaan elektrik beberapa bulan lagi.


Malaysia bebas kesan radiasi
  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili berkata, berdasarkan model-model trajektori yang dihasilkan melalui mekanisme tindak balas kecemasan persekitaran yang diaktifkan oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia menunjukkan trajektori bahan cemar itu bergerak ke arah timur negara Jepun iaitu menghala ke Lautan Pasifik.
  • "Oleh kerana pelepasan radioaktif adalah rendah, tidak mungkin ia akan sampai ke negara kita," tegasnya.


Empat helikopter curah air di loji nuklear
  • Sebanyak empat buah helikopter tentera Jepun digunakan bagi mencurahkan bertan-tan air ke loji jana kuasa nuklear Fukushima Daiichi di Fukushima semalam bagi tujuan menyejukkan batang bahan bakar daripada berlaku kebocoran radiasi.
  • Operasi itu dilakukan bertujuan supaya batang bahan bakar dalam reaktor dan kolam penghadang ditenggelami air bagi mengurangkan pendedahan bahan pada udara dan menyebabkan bahan radioaktif tersebar ke alam sekitar.
Sumber : Kosmo (bacaan lanjut, sila dapatkan akhbar kosmo hari ini)



Loji nuklear Jepun dalam keadaan stabil
  • Keadaan di loji nuklear Fukushima, Jepun tidak menampakkan sebarang petanda buruk dalam tempoh 24 jam kebelakangan ini.
  • "Loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi masih kekal dalam keadaan yang serius namun tidak ada tanda-tanda keadaan itu bertambah teruk sejak semalam,"kata Andrew
Sumber : Utusan Malaysia Online (bacaan lanjut, sila dapatkan akhbar kosmo hari ini)



Japan quake : Missing Malaysian found
  • Malaysian Paul Tiong Lee Foong, 24 has been found well and alive after going missing at Sendai Port following the aerthquake-cum-tsunami disasters in Japan on March 2011. Tiong is currently at the Malaysian embassy in Tokyo and waiting for a plane ticket to fly home.
Sumber : The Star Online (bacaan lanjut, sila dapatkan akhbar The Star Online hari ini)


Gambaran satelit bencana Jepun 2011


Khamis, 17 Mac 2011

Paras Radiasi di Loji Tenaga Nuklear di Fukushima terus melonjak


  • Krisis nuklear Jepun semakin tidak terkawal semalam selepas pekerja keluar sementara waktu dari sebuah loji nuklear yang rosak di Fukushima ekoran paras radiasi yang melonjak, tetapi usaha terdesak untuk mengelakkan berlaku malapetaka nuklear diteruskan dengan segera
  • Pihak kawalan penerbangan di London mengeluarkan amaran rasmi terhadap kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima di Jepun.
  • Korea Selatan akan menghantar bekalan boron ke Jepun bagi membantu menstabilkan reaktor nuklearnya yang rosak dalam gempa bumi minggu lepas.
  • Kerajaan Malaysia bersiap-sedia pada bila-bila masa untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Jepun jika tahap radiasi terus mencapai tahap bahaya.
  • Penghantaran pelajar Malaysia tajaan mara ke Jepun pada hujung minggu menunggu arahan Wisma Putra bergantung kepada keadaan di Jepun.
  • Pusat Maklumat Gunung Berapi London (VAAC), memberitahu industri penerbangan mengenai amaran kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima yang melibatkan ruang udara Jepun, Rusia, China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
  • Kerajaan Singapura menggesa rakyatnya supaya bertenang berhubung penyebaran maklumat palsu di Internet tentang bahaya radiasi di Jepun telah merebak ke seluruh Asia.
  • Walaupun situasi ekoran tragedi di Jepun itu amat serius, namun jaraknya dari Malaysia + Singapura lebih 5,000km dan risiko negara ini terjejas akibat radiasi itu amat minimum.
  • Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Dr Termizi Ramli berkata kesan radiasi tidak akan sampai ke negara ini ekoran jarak yang jauh. Ia akan menyebabkan berlakunya faktor pencairan bahan radioaktif di atmosfera sekaligus kesan ia untuk merebak ke negara ini adalah terlalu kecil
Sumber : Antara petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Mac 2011

Selasa, 15 Mac 2011

Letupan Nuklear di Jepun

Sudah jatuh di timpa tangga. Jepun kini dilanda musibah paling teruk sekali. Baru saja dilanda gempa bumi yang dasyat sehingga mencetuskan tsunami besar, kini Jepun berhadapan dengan radiasi akibat letupan loji janakuasa nuklearnya.


Pihak kerajaan Jepun juga telah memaklumkan bahawa empat reaktor di Fukushima Dai-inchi telah terbakar dan perkara ini telah menyebabkan masalah radiasi berlaku dikawasan berkenaan.  Ketua Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Andre-Claude Lacoste, berkata kejadian Chernobyl adalah tertinggi dengan tujuh mata manakala kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania pada 1979 mendapat lima mata.  Kejadian itu diklasifikasi sebagai Tahap 4 mengikut Skala Kejadian Radiologi dan Nuklear Antarabangsa, iaitu berkisar di kawasan itu sahaja. Sehingga pukul 5 petang hari ini, IAEA mengesahkan tahap radiasi adalah terkawal.
Namun begitu, tindakan pantas telah diambil oleh pihak kerajaan Jepun dengan memindahkan penduduk yang berada 30 KM dari kawasan loji berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Menteri Sains, Tenologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkil meminta orang ramai agar tidak mendengar khabar angin termasuk yang disebar melalui SMS dan internet kononnya kesan radiasi akibat kebocoran loji nuklear itu akan sampai ke Filipina dan negara Asia lain.
Ongkili berkata berdasarkan maklumat terbaru dari IAEA, laporan itu adalah adalah tidak berasas.

Orang ramai dinasihat supaya mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu daripada sumber yang sah, iaitu yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau agensi lain.
Gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada Jumaat lalu serta mencetuskan tsunami besar selain menimbulkan kebimbangan mengenai krisis nuklear ekoran kejadian letupan di loji berkenaan.




Video youtube letupan loji janakuasa nuklear di Jepun.

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih