Memaparkan catatan dengan label Tsunami dan Gempa Bumi Japan. Rakyat Malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tsunami dan Gempa Bumi Japan. Rakyat Malaysia. Papar semua catatan

Rabu, 16 Mac 2011

Ancaman Radiasi Serius

PARIS : Ancaman daripada kerosakan reaktor nuklear akibat kejadian gempa bumi di Jepun amat tinggi, kata Menteri Luar Perancis, semalam ketika Jepun mengadakan pertemuan dengan negara Kumpulan G8.


"Keadaannya amat serius...ancaman bahaya memang sangat tinggi,"kata Alain Juppe selepas Menteri Luar Jepun, Takeaki Matsumoto memberi penerangan ringkas mengenainya kelmarin kepada beliau dan wakil anggota G8 lain.

Krisi nuklear Jepun semakin meruncing, semalam apabila dua lagi letupan dan kebakaran menggoncangkan loji tenaga atom Fukushima menyebabkan berlakunya radiasi ke tahap berbahaya.

"Semuanya bergantung kepada Jepun untuk menyuarakan bagaimana kami dapat membantu selepas insiden gempa bumi dan tsunami itu,"jelas Juppe sambil menambah Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy mahu kumpulan ekonomi G20 menghulurkan bantuan kepada Jepun.

Merujuk kepada kebimbangan terhadap sektor tenaga nuklear Perancis, Juppe berkata, perdebatan mengenai keselamatannya perlu dibincangkan tetapi beliau juga menekankan, untuk mengatakan kepada rakyat bahawa kerajaan Perancis akan menghentikan adalah satu penipuan.





Sumber : Harian Metro m/s 35 bertarikh 16 Mac 2011.

Selasa, 15 Mac 2011

Letupan Nuklear di Jepun

Sudah jatuh di timpa tangga. Jepun kini dilanda musibah paling teruk sekali. Baru saja dilanda gempa bumi yang dasyat sehingga mencetuskan tsunami besar, kini Jepun berhadapan dengan radiasi akibat letupan loji janakuasa nuklearnya.


Pihak kerajaan Jepun juga telah memaklumkan bahawa empat reaktor di Fukushima Dai-inchi telah terbakar dan perkara ini telah menyebabkan masalah radiasi berlaku dikawasan berkenaan.  Ketua Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Andre-Claude Lacoste, berkata kejadian Chernobyl adalah tertinggi dengan tujuh mata manakala kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania pada 1979 mendapat lima mata.  Kejadian itu diklasifikasi sebagai Tahap 4 mengikut Skala Kejadian Radiologi dan Nuklear Antarabangsa, iaitu berkisar di kawasan itu sahaja. Sehingga pukul 5 petang hari ini, IAEA mengesahkan tahap radiasi adalah terkawal.
Namun begitu, tindakan pantas telah diambil oleh pihak kerajaan Jepun dengan memindahkan penduduk yang berada 30 KM dari kawasan loji berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Menteri Sains, Tenologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkil meminta orang ramai agar tidak mendengar khabar angin termasuk yang disebar melalui SMS dan internet kononnya kesan radiasi akibat kebocoran loji nuklear itu akan sampai ke Filipina dan negara Asia lain.
Ongkili berkata berdasarkan maklumat terbaru dari IAEA, laporan itu adalah adalah tidak berasas.

Orang ramai dinasihat supaya mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu daripada sumber yang sah, iaitu yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau agensi lain.
Gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada Jumaat lalu serta mencetuskan tsunami besar selain menimbulkan kebimbangan mengenai krisis nuklear ekoran kejadian letupan di loji berkenaan.




Video youtube letupan loji janakuasa nuklear di Jepun.

Ahad, 13 Mac 2011

371 rakyat Malaysia di Jepun dilaporkan selamat dari Tsunami dan Gempa Bumi

KUALA LUMPUR 12 Mac - Rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan paling teruk terjejas dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun semalam, dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan negara itu.
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, kerajaan Jepun juga dilaporkan telah mengambil segala langkah perlu bagi membantu penduduk yang terjejas.
Kata kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Tokyo juga setakat pukul 3 petang ini telah berjaya menghubungi 371 rakyat dan pelajar Malaysia yang tinggal berdekatan kawasan bencana dan mereka disahkan berada dalam keadaan selamat.
''Selain itu, pihak kedutaan juga telah berhubung dengan rakyat dan penuntut Malaysia di kawasan lain di negara berkenaan.
''Setakat ini kesemua mereka selamat dan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Wisma Putra dan kedutaan juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung kejadian berkenaan,'' kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Wisma Putra meminta mereka yang ingin menghubungi ahli keluarga di Jepun supaya menggunakan laman web yang disediakan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) iaituhttp://www.familylinks.icrc.org/Web/doc/siterfl0.nsf/htmlall/familylinks-japon-eng.
Selain itu, bilik operasi 24 jam turut dibuka di Wisma Putra dan kedutaan negara di Tokyo untuk memaklumkan perkembangan terkini.
''Pada masa sama, Malaysia juga menawarkan khidmat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) untuk membantu Jepun mencari dan menyelamatkan mangsa bencana tersebut,'' ujarnya.
Semalam, tsunami setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih