Ahad, 13 Mac 2011

371 rakyat Malaysia di Jepun dilaporkan selamat dari Tsunami dan Gempa Bumi

KUALA LUMPUR 12 Mac - Rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan paling teruk terjejas dalam kejadian gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun semalam, dipindahkan ke kawasan selamat oleh kerajaan negara itu.
Wisma Putra dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, kerajaan Jepun juga dilaporkan telah mengambil segala langkah perlu bagi membantu penduduk yang terjejas.
Kata kenyataan itu, Kedutaan Malaysia di Tokyo juga setakat pukul 3 petang ini telah berjaya menghubungi 371 rakyat dan pelajar Malaysia yang tinggal berdekatan kawasan bencana dan mereka disahkan berada dalam keadaan selamat.
''Selain itu, pihak kedutaan juga telah berhubung dengan rakyat dan penuntut Malaysia di kawasan lain di negara berkenaan.
''Setakat ini kesemua mereka selamat dan tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan. Wisma Putra dan kedutaan juga sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung kejadian berkenaan,'' kata kenyataan itu.
Dalam pada itu, Wisma Putra meminta mereka yang ingin menghubungi ahli keluarga di Jepun supaya menggunakan laman web yang disediakan Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) iaituhttp://www.familylinks.icrc.org/Web/doc/siterfl0.nsf/htmlall/familylinks-japon-eng.
Selain itu, bilik operasi 24 jam turut dibuka di Wisma Putra dan kedutaan negara di Tokyo untuk memaklumkan perkembangan terkini.
''Pada masa sama, Malaysia juga menawarkan khidmat Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas (SMART) untuk membantu Jepun mencari dan menyelamatkan mangsa bencana tersebut,'' ujarnya.
Semalam, tsunami setinggi 10 meter kesan daripada gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter yang terkuat pernah dicatatkan melanda Jepun, meragut beribu-ribu nyawa penduduk ketika ia menghentam bot, kereta dan kediaman manakala kebakaran meletus tanpa kawalan

4 ulasan:

faiz berkata...

alhamdulillah...semua selamat

KUREKURE COMEL berkata...

alhamdulillah...ada sorang blogger duk sana...risau gak..


pg ni baru dia update...lega...huhuhu

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Alhamdulillah =)

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Oo, sapa dia mina?

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih