“Hello bang, awak dah beritahu perkara tu ke belum?,”tanya Puan Rohani di hujung talian.
“Kejap lagi saya bagitahulah. Lagipun Datuk Ahmad tak ada kat pejabat pagi ni. Dia pergi Putrajaya. Nanti lepas lunch mungkin dia ada,”pujuk Encik Mahmud.
“Abang jangan lupa bang. Saya harap sangat tau,”nada suara Puan Rohani agak risau.
“Awak jangan bimbanglah. Nanti kalau ada peluang saya call awak semula. Saya pasti Datuk Ahmad mesti nak punya. Mana mungkin dia tolak mentah-mentah,”kata Encik Mahmud penuh yakin. Dia sudah lama kenal dengan majikannya itu. Perangainya. Kesukaannya. Semua serba-serbi pasal Datuk Ahmad ada dalam poketnya.
“Awak jangan cakap aje. Make sure dulu, benda tu confirm kan betul-betul,”Puan Rohani kurang yakin. Dia takut sangat kalau impiannya tersekat di pertengahan.
“Saya nak lunch sekarang. Nanti saya call awak semula,”Encik Mahmud menamatkan perbualan di hujung talian. Puan Rohani meletakkan ganggang telefon. Dia termangu seketika di atas kerusi yang didudukinya sekarang. Fikirannya melayang-layang. Puan Rohani tersentak apabila terdengar bunyi kuali sudip berlaga-laga di dapur.
“Sutina!, makanan dah sedia ke belum?,”Puan Rohani menjerit lantang. Pembantu rumahnya tergesa-gesa keluar dari dapur.
“Belum lagi bu. Saya tengah masak ni,”mukanya pucat.
“Apa yang kau buat kat dapur tu lama-lama? Dari tadi aku tengok kau sibuk memanjang. Makanannya tak siap jugak.Kau buat apa?,"Puan Rohani menjegilkan biji matanya yang merah bak biji saga. Sutina tidak berani mendongakkan muka sebaliknya tertunduk memandang lantai.
Er…kejap saja lagi bu. Lagipun Rusnanim suruh saya buatkan Tom Yam sikit. Itu yang lambat tu,”pembantu rumah Puan Rohani memberi alasan. Dia sedikit gementar.
“Amboi, anak aku jugak yang kau salahkan ya. Kau yang lembab, anak aku jugak yang kau babitkan,”caci Puan Rohani teruk. Sutina hanya tunduk memandang lantai.
“Mama, apa yang kecoh-kecoh ni,”Rusnanim tiba-tiba muncul dari tingkat atas.
“Budak Indon ni lembab sangat”
“Apa yang lembab ni?apa yang Indon ni ma? Benda yang kecil ni tak payahlah nak besar-besarkan,"Rusnanim cuba mententeramkan keadaan.
“Elok sangatlah Anim menangkan budak Indon ni. Lagi naik tocang dia. Esok-esok cakap kita tak diendahkan,”Puan Rohani menahan marah. Suriati pula cuba meminta belas kasihan.
“Mama, cukuplah tu. Hal kecik je. Memang tadi Anim ada suruh Kak Sutina tolong buatkan Tom Yam. Dah lama Anim tak makan. Tak payahlah nak dibesar-besarkan perkara ni. Kak Sutina kejap lagi saya tolong kak masak ya. Kak pergi dapur dulu. Nanti hangus pulak lauk-pauk kat dapur tu”
“Jangan dimanjakan sangat budak suruhan tu Anim. Nanti menjadi-jadi perangai dia,”Puan Rohani tidak berpuas hati.
“Mama stop it okey,”Rusnanim melangkah jauh meninggalkan mamanya menuju ke dapur. Rusnanim sudah pandai melawan kata-katanya. Puan Rohani menahan geram yang amat sangat.
**********************
“Sekolah habis pukul berapa Zan?,”Iman sempat menjeling jam tangannya.
“Kau ni Man, sekolah sendiri pun dah lupa? itulah dulu loceng belum berbunyi kau dah lesap. Tak silap aku dalam pukul 1.30 tengah hari kot,”Lazan menyandarkan badannya sebelah kereta Iman.
“Alah, sama jugaklah dengan kau lesap. Pukul 1.30 lah konon. Sekarang pun dah dekat pukul 2.00,”seloroh Iman. Dia menutup pintu keretanya dan betul-betul berdiri di sebelah Lazan sekarang. Mereka berdua memandang sekolah lama mereka yang tersergam indah di bumi Kuala Pilah. Pokok besar depan sekolah masih berdiri teguh pada tempatnya walaupun sudah hampir 10 tahun mereka tinggalkan sekolah itu.
“Ada perjumpaan persatuanlah tu,”katanya menyembunyikan kesilapan. Iman menarik nafas dalam-dalam. Angin dari padang sekolah berlumba-lumba masuk ke rongga pernafasannya. Bau rumput segera menyusuk ke dalam hidung lantas ditafsirkan oleh otak betapa segarnya kedamaian di situ.
“Yelah tu Zan. Agaknya ada perjumpaan Pengakaplah tu kan?,”perli Iman. Dia termenung seketika tatkala terpandangkan pelajar-pelajar yang berkeliaran di kawasan sekolah. Terutamanya yang berkumpul di kantin sekolah. Dia teringat semula kenangan dia bersama Sufia di kantin sekolah itu dulu.
~~~~~~~~
“Kenapa awak lari haritu? saya tersalah cakap ke?,”Iman bertanyakan sesuatu kepada Sufia masa waktu rehat. Dia mengambil peluang untuk berjumpa Sufia selepas peristiwa di Pasar raya Upwell kelmarin.
“Taklah. Ki…kita, kita nak ke toilet lah. Sorrylah tinggalkan awak tiba-tiba,”Sufia tidak keruan. Dia berhenti makan nasi goreng yang baru dibelinya sebentar tadi. Bayang Mak Ciknya di Pasar raya kelmarin masih tergambar dalam fikirannya.
“Its okey. Saya ingatkan awak sakit. Risau jugak saya masa tu. Awak balik dengan siapa?,”Iman bertanya lagi. Dia terpegun melihat rambut Sufia yang lembut di tiup angin. Walaupun pendek tapi dia pandai menggayakannya. Kalau rambutnya panjang lagi cantik. Sufia perasan Iman sedang mengkaji rambutnya.
“Apa tengok-tengok? Cucuk mata tu ngan garpu ni baru tau,”ujarnya garang. Tidak seperti sebelum ini Hakimi tidak menemaninya makan bersama. Hakimi tidak datang ke sekolah hari itu kerana demam.
“Tak, cu..cuma ada ulat kat rambut awak”
“Mana? buang cepat! cepat buangkan,”katanya geli.
Iman tersengih. Takut juga budak sekasar Sufia ini akan ulat. Dia mengibas-ngibas rambut Sufia yang memang tidak ada ulat sebenarnya. Iman dapat merasakan betapa lembutnya rambut Sufia. Rasanya seolah-olah ada satu kejutan elektrik mengalir dalam badannya.
“Dah buang ke?,”Sufia mendapatkan kepastian. Sudu dan garfunya diletakkan ke tepi pinggan. Seleranya sudah hilang.
“Dah tak ada lagi”
“Mana ulat tu? ulat apa?”
“Sa..saya dah buang jauh-jauh. Dah tak nampak lagi,”kata Iman tersekat-sekat.
“Yelah ada ulat ni. Entah-entah awak yang nak jadi ulat tak. Ulat bulu. Awak jangan macam-macam,”katanya memberi amaran. Iman menelan air liur.
“Eh, betullah. Ulat tu kecik je. Tak nampak. Ulat gonggong kot”
“Ulat apa?,”Sufia seperti ingin merapatkan telinganya pada mulut Iman.
“Ulat gonggong”
“Ulat apa tu? Setahu kita ulat gonggok adalah. Gonggong tu, bukan anjing gonggong tulang ke?”
“Ha, Ulat gonggok!”
“Dasar budak bandarlah awak ni,”Sufia tersengih-sengih. Muka Iman tebal seinci. Lebih parah Sufia tidak berhenti-henti menggelakkannya. Nak tak nak, terpaksalah dia gelak plastik sama.
“Saya bukannya apa, ulat ni kan kotor. Bab-bab kotor ni saya memang lemah sikit,”Sufia menjaga kredebalitinya. Takut sahamnya jatuh.
“Tak usah risaulah. Dah tak ada. Ha awak tak jawab soalan saya tadi”
“Soalan mende?,”Sufia menyambung semula menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut.
“Awak balik dengan siapa? Naik apa?,”riak wajah Iman sedikit kerisauan. Perasaan takut itu tetap ada kerana dia yang mengajak Sufia ke pasar raya Upwell tempoh hari. Takut jika terjadi sesuatu kepada Sufia.
“Apsal pulak tanya?”
“Saja je tanya. Kenapa, tak boleh ke?”
“Sorang. Naik bas,”jawab Sufia ringkas. Nasi goreng yang dimakannya sudah habis.
“Eh, awak tak makan ke?,”tanya Sufia lagi setelah menyedari Iman tidak menjamah apa-apapun dari tadi.
“Tak. Malaslah”
“Ek’eleh. Jaga badan ke?,”Sufia berseloroh.
“Ish , mana ada. Saya betul-betul tak ada selera sekarang ni tau,”Iman memberi penjelasan. Padahal dia terlupa nak bawa duit saku hari itu. Nak pinjam dari Sufia dia rasa malu. Sudahnya terpaksalah dia menahan lapar pagi itu. Nasib baiklah dia menumpang Mak Su ulang-alik dari sekolah ke rumah. Kalau tidak terpaksalah dia berjalan kaki dari sekolah ke rumah nenek yang terletak lebih 5 Km.
“Awak baru gunting rambut ke? saya baru perasan ar,”tanya Sufia setelah lama dia memerhatikan rambut Iman dari tadi. Rambutnya yang bewarna hitam pekat di sikat tengah.
“A’ah”
“Ke baru kena gunting kat cikgu disiplin?,”Sufia bergurau. Dia tergelak berdekah-dekah. Suara garaunya keluar. Pelajar yang berdekatan memandang mereka dengan pandangan yang pelik. Muka Iman merah padam menahan malu. Dia pun tergelak kecil.
~~~~~~
“Weh, kau dengar tak apa aku cakap ni?,”Lazan tiba-tiba muncul dalam khayalannya.
“Eh, kau cakap apa?,”Iman terpisat-pisat. Dia memang tak dengar satu ayat pun yang keluar dari mulut Lazan tadi. Dia tersedar dari lamunannya.
“Kau ni makin peliklah Man. Dulu kau tak macam ni pun,”Lazan mencari kedudukan anak mata Iman. Tetapi Iman masih lagi memandang ke kantin sekolah itu lagi. Dia tersenyum sendirian.
“Bila aku terpandang sekolah lama ni, aku teringat kenangan dulu-dulu. Kenapa, salah ke?,”tanyanya yang masih menampakkan giginya yang putih.
“Tak salah pun. Nostalgia apa yang kau ingatkan? mesti Sufia ni?,”Lazan meneka.
Dia tahu tekaannya tepat. Loceng sekolah tiba-tiba berbunyi. Pelajar berpusu-pusu keluar dari kelas masing-masing. Iman berkhayal lagi. Teringat dia masa pulang dari sekolah sama-sama Sufia dulu.
“Ha,dah mulalah tu,”Lazan membantutkan khayalannya. Iman tersedar semula. Dia memerhatikan Lazan melambai-lambai pada seorang wanita yang bertudung labuh. Perutnya membusung.Pasti itu isterinya.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 20, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 20, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
4 ulasan:
perghh..pandai btol buat novel..mcm tgk drama melayu pon ade..
haaaa...nak kena tunggu lagi...
faiz : Mekasih faiz. Ini cita dah lama atok buat dulu...
KUREKURE COMEL : Mina ikuti ek. Macih. Nanti dah habis sumer episod, atok buat buku digital ek
Catat Ulasan