Memaparkan catatan dengan label tsunami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tsunami. Papar semua catatan

Khamis, 17 Mac 2011

Paras Radiasi di Loji Tenaga Nuklear di Fukushima terus melonjak


  • Krisis nuklear Jepun semakin tidak terkawal semalam selepas pekerja keluar sementara waktu dari sebuah loji nuklear yang rosak di Fukushima ekoran paras radiasi yang melonjak, tetapi usaha terdesak untuk mengelakkan berlaku malapetaka nuklear diteruskan dengan segera
  • Pihak kawalan penerbangan di London mengeluarkan amaran rasmi terhadap kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima di Jepun.
  • Korea Selatan akan menghantar bekalan boron ke Jepun bagi membantu menstabilkan reaktor nuklearnya yang rosak dalam gempa bumi minggu lepas.
  • Kerajaan Malaysia bersiap-sedia pada bila-bila masa untuk membawa pulang rakyat Malaysia dari Jepun jika tahap radiasi terus mencapai tahap bahaya.
  • Penghantaran pelajar Malaysia tajaan mara ke Jepun pada hujung minggu menunggu arahan Wisma Putra bergantung kepada keadaan di Jepun.
  • Pusat Maklumat Gunung Berapi London (VAAC), memberitahu industri penerbangan mengenai amaran kemungkinan berlaku pencemaran radioaktif dari loji kuasa nuklear Fukushima yang melibatkan ruang udara Jepun, Rusia, China, Amerika Syarikat dan Korea Selatan.
  • Kerajaan Singapura menggesa rakyatnya supaya bertenang berhubung penyebaran maklumat palsu di Internet tentang bahaya radiasi di Jepun telah merebak ke seluruh Asia.
  • Walaupun situasi ekoran tragedi di Jepun itu amat serius, namun jaraknya dari Malaysia + Singapura lebih 5,000km dan risiko negara ini terjejas akibat radiasi itu amat minimum.
  • Pensyarah Jabatan Fizik, Fakulti Sains Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Ahmad Dr Termizi Ramli berkata kesan radiasi tidak akan sampai ke negara ini ekoran jarak yang jauh. Ia akan menyebabkan berlakunya faktor pencairan bahan radioaktif di atmosfera sekaligus kesan ia untuk merebak ke negara ini adalah terlalu kecil
Sumber : Antara petikan dari akhbar Utusan Malaysia bertarikh 17 Mac 2011

Rabu, 16 Mac 2011

Ancaman Radiasi Serius

PARIS : Ancaman daripada kerosakan reaktor nuklear akibat kejadian gempa bumi di Jepun amat tinggi, kata Menteri Luar Perancis, semalam ketika Jepun mengadakan pertemuan dengan negara Kumpulan G8.


"Keadaannya amat serius...ancaman bahaya memang sangat tinggi,"kata Alain Juppe selepas Menteri Luar Jepun, Takeaki Matsumoto memberi penerangan ringkas mengenainya kelmarin kepada beliau dan wakil anggota G8 lain.

Krisi nuklear Jepun semakin meruncing, semalam apabila dua lagi letupan dan kebakaran menggoncangkan loji tenaga atom Fukushima menyebabkan berlakunya radiasi ke tahap berbahaya.

"Semuanya bergantung kepada Jepun untuk menyuarakan bagaimana kami dapat membantu selepas insiden gempa bumi dan tsunami itu,"jelas Juppe sambil menambah Presiden Perancis, Nicholas Sarkozy mahu kumpulan ekonomi G20 menghulurkan bantuan kepada Jepun.

Merujuk kepada kebimbangan terhadap sektor tenaga nuklear Perancis, Juppe berkata, perdebatan mengenai keselamatannya perlu dibincangkan tetapi beliau juga menekankan, untuk mengatakan kepada rakyat bahawa kerajaan Perancis akan menghentikan adalah satu penipuan.





Sumber : Harian Metro m/s 35 bertarikh 16 Mac 2011.

Sabtu, 12 Mac 2011

Tsunami dan Gempa Bumi di Jepun


Tanggal 11 Mac 2011 tepat jam 2.46pm petang tadi, satu gempa bumi telah berlaku paling buruk dalam sejarah Jepun dengan 8.9 skala richter telah mengakibatkan tsunami besar setinggi 10 meter di Sendai, Jepun. Gelombang air berlumpur melanda seluruh kawasan di Sendai, Jepun termasuk Lapangan Terbang Tokyo. Gempa bumi dan Tsunami ini juga mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun itu. Ramai orang terkandas di stesen keretapi dan banyak premis/bangunan putus bekalan elektrik. Banyak kapal, kereta dan rumah dihanyutkan dan kebakaran menjadi tidak terkawal.

Sehingga kini, Polis Jepun mengesahkan 200-300 mayat ditemui dan mungkin meningkat. 531 dilaporkan hilang dan 627 mengalami kecederaan. -credit to wanggerard



Garisan merah kawasan yang paling teruk terjejas. Garisan kuning diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Tanda pangkah adalah pusat gempa bumi. Gegaran kali nih paling kuat dengan skala ritcher 8.9 dan menduduki tangga ke lima dalam sejarah dunia sejak tahun 1900..negeri yang paling teruk adalah Sendai, Tokyo, Iwate, Fukushima dan beberapa negeri yang berdekatan.



Kilang gas dan minyak yang terbakar


Air setinggi 4 meter melimpah dari laut

Banyak kemusnahan berlaku. Perkhidmatan keretapi dihentikan serta-merta

Kat bilik berita pun masih pakai topi keselamatan sebab time tu gempa masih berlaku


Rumah-rumah yang hanyut dan musnah

image from google
credit to Hana



Video gempa bumi dan Tsunami di Jepun Mac 2011


Mari kita imbas bencana gempa bumi terburuk yang berlaku dalam lipatan sejarah dunia sepanjang tahun 1900 sehingga kini


Video di youtube mendapat hit diluar jangkaan dalam masa beberapa jam sahaja. Seluruh dunia kesedihan dan memerhatikan kemusnahan di Jepun. Antara kata-kata mereka yang memberi komen di youtube berkaitan tsunami dan gempa bumi di Jepun.






Namun, masih ada lagi artis Malaysia yang cetek pengetahuan menganggap fonemena alam ini sebagai satu gurauan. Petikan di twitternya seperti "mana perginya ultraman, doraemon dan kesatria Jepun ketika negara mereka disaat genting?". Inikah orang yang kita sanjung?

Bencana di mana-mana sekarang. Apakah tidak cukup lagi petanda hari kiamat? Sedarlah kalian, dunia semakin tiba ke penghujungnya. Saya menasihati diri saya, keluarga saya, saudara-mara saya, sahabat handai saya, dan kalian di luar sana, fikirkanlah. Apakah petanda semua ini? 
Bacaan entry berkaitan di [SINI]

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih