Tanggal 11 Mac 2011 tepat jam 2.46pm petang tadi, satu gempa bumi telah berlaku paling buruk dalam sejarah Jepun dengan 8.9 skala richter telah mengakibatkan tsunami besar setinggi 10 meter di Sendai, Jepun. Gelombang air berlumpur melanda seluruh kawasan di Sendai, Jepun termasuk Lapangan Terbang Tokyo. Gempa bumi dan Tsunami ini juga mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan utara Jepun itu. Ramai orang terkandas di stesen keretapi dan banyak premis/bangunan putus bekalan elektrik. Banyak kapal, kereta dan rumah dihanyutkan dan kebakaran menjadi tidak terkawal.
Sehingga kini, Polis Jepun mengesahkan 200-300 mayat ditemui dan mungkin meningkat. 531 dilaporkan hilang dan 627 mengalami kecederaan. -credit to wanggerard
Garisan merah kawasan yang paling teruk terjejas. Garisan kuning diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga. Tanda pangkah adalah pusat gempa bumi. Gegaran kali nih paling kuat dengan skala ritcher 8.9 dan menduduki tangga ke lima dalam sejarah dunia sejak tahun 1900..negeri yang paling teruk adalah Sendai, Tokyo, Iwate, Fukushima dan beberapa negeri yang berdekatan.
Kilang gas dan minyak yang terbakar |
Air setinggi 4 meter melimpah dari laut |
Banyak kemusnahan berlaku. Perkhidmatan keretapi dihentikan serta-merta |
Kat bilik berita pun masih pakai topi keselamatan sebab time tu gempa masih berlaku |
Rumah-rumah yang hanyut dan musnah |
image from google
credit to Hana
Video gempa bumi dan Tsunami di Jepun Mac 2011
Mari kita imbas bencana gempa bumi terburuk yang berlaku dalam lipatan sejarah dunia sepanjang tahun 1900 sehingga kini
Video di youtube mendapat hit diluar jangkaan dalam masa beberapa jam sahaja. Seluruh dunia kesedihan dan memerhatikan kemusnahan di Jepun. Antara kata-kata mereka yang memberi komen di youtube berkaitan tsunami dan gempa bumi di Jepun.
Namun, masih ada lagi artis Malaysia yang cetek pengetahuan menganggap fonemena alam ini sebagai satu gurauan. Petikan di twitternya seperti "mana perginya ultraman, doraemon dan kesatria Jepun ketika negara mereka disaat genting?". Inikah orang yang kita sanjung?
Bencana di mana-mana sekarang. Apakah tidak cukup lagi petanda hari kiamat? Sedarlah kalian, dunia semakin tiba ke penghujungnya. Saya menasihati diri saya, keluarga saya, saudara-mara saya, sahabat handai saya, dan kalian di luar sana, fikirkanlah. Apakah petanda semua ini?
Bacaan entry berkaitan di [SINI]
4 ulasan:
Bumi diambang kemusnahan...:(
mcm2 amaran Allah sekarang..
Yuni Aisyah : Semakin hari semakin banyak musibah
faiz : Atok pun terkadang leka dengan amaran tu :'-(
Catat Ulasan