Ahad, 10 April 2011

Cinta Semalam Episod 25




"Assalammualaikum saudara.  Wah aku dengar baru balik dari kampung.  Seminggu pulak tu.  Mengalahkan cuti honeymoon aku.  Apa cerita terbaru?,” Asrul menyapa.
   Dia menghulurkan kepalanya di tepi pintu bilik pejabat Iman.  Tangannya masih lagi memegang tombol pintu.  Asrul terpinga-pinga melihat muka Iman berseri-seri.  Perwatakannya yang lebih ceria, lebih segar selepas bercuti lama.  Seperti bunga berkembang pagi.
    “Hey Asrul, adik sepupu kesayangan aku.  Masuk, jangan malu-malu,”pelawa Iman riang.
      Kakinya bersilang di kerusi sambil memegang pen dengan kedua jarinya.  Dia melemparkan senyuman yang manis.  Kedua kakinya disilang rapat.  Dia menancap tepat ke muka Asrul.  Iman tersengih lagi.  Menayangkan giginya yang putih tersusun.
      “Apasal pulak budak ni.  Kena sampuk ke?,”Asrul berkata perlahan. Pelik dengan sambutan hangat abang sepupunya itu.
           “Kenapa tercegat kat situ lagi.  Mari sini duduk.  Kita borak-borak.  Dah lama tak nampak adik sepupu aku yang sorang ni,”katanya tersengih-sengih.
      “Eh nanti.  Kau dah kena sampuk kat hantu ke? Itulah aku cakap, kalau kat kampung tu jangan kencing merata-rata.  Sekarang siapa susah?,”ceramah Asrul.
      Iman melayaninya begitu baik kali ini dan tidak seperti hari-hari lain.  Selalunya hendak bergurau dengannya sekalipun kena berfikir dua kali.  Mereka berdua memang selalu bertengkar.  Tapi selepas itu, berbaik semula.  Tapi hari ini memang lain dari yang lain.
      “Ala, aku dah lama tak manja-manja dengan kau.  Rindu pulak rasanya bila tak nampak muka kau sepanjang aku bercuti,”celotehnya  lagi.
      Kali ini dia berdiri betul-betul tepi tingkap biliknya.  Menyaksikan karenah warga kota.  Kedua belah tapak tangannya disusup ke dalam kocek seluar.  Dadanya mengembang sasa menyedut udara penyaman udara yang diulit bau-baun pewangi lavender.
      “Nanti kejap, kau jangan bergerak.  Duduk diam-diam,”arah Asrul serius.
      Dia merapati abang sepupunya itu.  Iman mengikuti kehendak Asrul.  Dia kaku di tempatnya sekarang.  Dia kaget.  Muka Asrul tiba-tiba berubah.  Mukanya lebih serius.  Iman merapatkan badannya ke dinding.
      “Err..kau nak buat apa?,”soal Iman menjauhkan mukanya dari nafas Asrul yang panas.
      “Shh..duduk diam-diam.  Aku nak halau hantu setan yang ada dalam badan kau ni.  Bismillah…”
      “Hoi! kau dah gila ke? aku sihatlah.  Nak jampi-jampi buat apa?,”Iman memekik lantang.  Mata Asrul kembali terbuka.
      Dia menolak badan Asrul ke belakang.  Asrul terpelanting jauh.  Lelaki bertubuh katik itu terduduk di atas meja Iman.  Dia bingkas bangun lalu menggosokkan punggungnya beberapa kali.  Mukanya kelat menahan sakit.
      “Eh…tadi bukan macam kena rasuk ke?,”tanyanya  berlagak bodoh.
      Tangannya masih menggosok punggung.  Dia merapati Iman lagi.  Tapi tidak serapat tadi.  Silap haribulan, Iman akan menghumbannya ke tingkat bawah pula.  Berdiri bulu romanya bila difikirkan semula.
      “Bila masa pulak aku kena rasuk.  Tapikan, mana kau belajar jampi-jampi ni?,”soalnya mengajukan soalan pada adik sepupunya itu pula.
      Iman buat-buat selamba.  Dia tahu yang Asrul sedang menahan sakit akibat tindakannya tadi.  Nak buat macam mana, benda dah terjadi.  Asrul pula tak ada kerja lain hendak dijadikan bahan gurauan.  Salahnya juga.
      “Masa kecik-kecik dulu.  Nek Tomah ajarkan,”jawabnya ringkas.  Keningnya bersatu menahan sakit.
      Asrul seolah lupa dengan tindakan kasar Iman tadi.  Dia menghenyakkan punggungnya di kerusi Iman pula.  Bergaya seperti Iman pada mula-mula tadi.
      Just forgot it.  I’m fine.  Don’t worry about me.  Aku cuma nak…nak…”
      “Nak apa? nak kahwin?,”duga Asrul di kerusi Iman.  Matanya hampir terjojol kerana teruja.
      Riak muka Asrul berubah tatkala melihat Iman mengangkat kening.  Dia cepat-cepat memberi tumpuan terhadap abang sepupunya itu semula.  Teringin juga sepupu tuanya itu nak bernikah.
      “Tengkorak kau.  Aku nak kau tolong aku sikit,”Iman menyelar keras.   
      Kakinya melangkah berhampiran Asrul.  Dia melampiaskan punggungnya di atas meja betul-betul mengadap Asrul.  Asrul pula menolak badannya ke belakang.  Takut tindakan gila Iman tadi berlaku lagi.
      “Bukan setakat sikit, banyak pun aku boleh tolong kau.  Apa dia?,”tanya Asrul semakin hairan.
      “Kau tak kisah?”
      “Iya.Apa dia?”
      “Betul ni?”
      “Ish…sungguh”
      “Tolong belikan nasi bungkus kat bawah.  Laparlah.  Aku tak turun lunch hari ni, boleh?,”suaranya serius selamba.  Asrul menggigit bibir menahan geram.  Hatinya menyumpah seranah sepupunya itu.
     Iman tersengih panjang.  Asrul pun mengikut sama.  Teringin saja dia cungkil gigi lelaki itu satu persatu.  Biar sengih dia tak memanjang lagi.  Biar orang tahu yang dirinya tidak senang dibuli.  Biarkan.
      “Boleh.  Boleh blah!,”tegas Asrul melipatkan tangannya ke dada.
      Please…kau sajalah sepupu aku yang paling baik, yang aku sayangi dan kupuja setiap malam,”pujuk Iman.  Tekaknya terasa kembang.
      Matanya dikecilkan.  Wajahnya dimimik muka kasihan.  Mulutnya mengeleber.  Kedua-dua tangannya dirapat ampun meraih simpati.
      “Ish…yelah.  Tapi dengan satu syarat,”celah Asrul semula.
      Dia bangun dari tempat persinggahan punggungnya sebentar tadi.  Bergerak setapak demi setapak seperti orang yang sarat dengan ilmu.  Berlagak seperti seorang pensyarah.  Kemudian menjeling tajam ke arah Iman serta-merta.
      “Syarat? apa dia?,”Iman tertanya-tanya.  Dia cuba berbahasa selembut yang boleh.  Walaupun hatinya memberontak supaya menghadiahkan sebuah pelempang siam pada Asrul.
      “Pakai duit kau.  Belanja aku sekali.  Setuju?,”giginya hampir tersembul dari persembunyian bibirnya.
      “Tak guna punya sepupu.  Okeylah, ambil duit ni,”Iman berkata kelat.
      Dia menghulurkan sejumlah wang kepada Asrul.  Kali ini giliran Asrul pula yang senyum meleret.  Dia segera keluar dari bilik itu takut-takut Iman akan berubah fikiran.  Iman kembali menyandarkan belakangnya di kerusi empuk di biliknya itu.  Terkena juga dia akhirnya.  Tak apa, hari mereka berdua masih banyak lagi.  Mungkin satu hari nanti dia akan kenakan Asrul cukup-cukup.  Seperti dia kecil dulu.  Dia akan pastikan dia pulun Asrul habis-habisan kelak. 


Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 24, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

miahahah ~ macm gay lak..hak2

Tanpa Nama berkata...

eh jap.iman tu laki ke pompuan =.="

Mohamadazhan.com berkata...

iman tu perempuan la, ni kisah hidup sebenar tuan blog ya.hehe.agak ja la =)

teacher bonda berkata...

lama TB x jengah atok nih..manyak kilika la tok..Asrul tu nama suami TB tu tok..hehehhe

KUREKURE COMEL berkata...

ada asrul....hehehe.....next...hihihi

Unknown berkata...

Novelgurl : Kan. Atok pun rasa diorang macam gay. Huhu

Unknown berkata...

Novelgurl : Iman tu laki. Muhammad Iman Naim

Unknown berkata...

Mohamadazhan hjDesa : Hepp! Iman tu pompuan. Ini bukan kisah idup atok. Ini kisah imiginasi atok. Keh keh

Unknown berkata...

teacher bonda : errk. Nama husband TB ek. Hihi. Atok start buat novel ni 7 tahun lalu

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Ha Mina...tungguuuuu..kih kih

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih