Selasa, 15 Mac 2011

Letupan Nuklear di Jepun

Sudah jatuh di timpa tangga. Jepun kini dilanda musibah paling teruk sekali. Baru saja dilanda gempa bumi yang dasyat sehingga mencetuskan tsunami besar, kini Jepun berhadapan dengan radiasi akibat letupan loji janakuasa nuklearnya.


Pihak kerajaan Jepun juga telah memaklumkan bahawa empat reaktor di Fukushima Dai-inchi telah terbakar dan perkara ini telah menyebabkan masalah radiasi berlaku dikawasan berkenaan.  Ketua Pihak Berkuasa Keselamatan Nuklear Perancis (ASN), Andre-Claude Lacoste, berkata kejadian Chernobyl adalah tertinggi dengan tujuh mata manakala kemalangan di Pulau Three Mile, Pennsylvania pada 1979 mendapat lima mata.  Kejadian itu diklasifikasi sebagai Tahap 4 mengikut Skala Kejadian Radiologi dan Nuklear Antarabangsa, iaitu berkisar di kawasan itu sahaja. Sehingga pukul 5 petang hari ini, IAEA mengesahkan tahap radiasi adalah terkawal.
Namun begitu, tindakan pantas telah diambil oleh pihak kerajaan Jepun dengan memindahkan penduduk yang berada 30 KM dari kawasan loji berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Menteri Sains, Tenologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Maximus Ongkil meminta orang ramai agar tidak mendengar khabar angin termasuk yang disebar melalui SMS dan internet kononnya kesan radiasi akibat kebocoran loji nuklear itu akan sampai ke Filipina dan negara Asia lain.
Ongkili berkata berdasarkan maklumat terbaru dari IAEA, laporan itu adalah adalah tidak berasas.

Orang ramai dinasihat supaya mendapatkan maklumat mengenai kejadian itu daripada sumber yang sah, iaitu yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau agensi lain.
Gempa bumi berukuran 9.0 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada Jumaat lalu serta mencetuskan tsunami besar selain menimbulkan kebimbangan mengenai krisis nuklear ekoran kejadian letupan di loji berkenaan.




Video youtube letupan loji janakuasa nuklear di Jepun.

8 ulasan:

Unknown berkata...

mak da cakap jangan main mercun eh nuklear. kan da terbakor! heheheh

Cik Rimau berkata...

cik rimau takut kesan radiasi tu.. ade kmungkinan x sampai kat ngre kite?? huhu.. hope x la..

faiz berkata...

bahaye btol org jepun camni..bkn main2 radiasi ni..

zulhusnie mahadi berkata...

ada sms bertempiaran mengatakan bhawa hujan kat malaysia akan mmbawa kesan radiasi. klu kena kat kulit, pergh, mlecur. bak kate sms itu...erm,sms ni smua orang bleh reka2 klu xde sumber yg sah...

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Kite bakor je! kite bakor! ehhh?

Unknown berkata...

Cik Rimau : Atok ado baco paper, risiko tu utk sampai ke negara kito minimum lah

Unknown berkata...

faiz : Boleh buek buto faiz

Unknown berkata...

zulhusnie mahadi : Atok tak pasti yang tu. Tapi insyaAllah tak sampai ke Malaysia kot

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih