Selasa, 15 Mac 2011

Apartment Villa, Single Storey Terrace, Double Storey Terrace or second hand house

Mesti kalian pernah terfikir nak beli rumah macam mana. Samaada Apartment Villa, Rumah Teres setingkat, Rumah Teres 2 tingkat, Semi D ataupun rumah dah siap (atas tangan). Camni, semalam atok ado survey rumah-rumah sekitar Seremban nih. Al-maklumlah atok baca paper haritu mengatakan harga rumah makin lamo makin mahal. So, terdetiklah di fikiran atok untuk menterjebakkan diri ke kancah perumahan ni. 

Atok nak mintak pendapat korang. Atok ada survey beberapa jenis rumah sekitar Seremban (kalo area lain atok rasa lagi mahal kot such as Nilai, Lembah Klang, Shah Alam n so on). So, survey punya survey. Atok tersurvey pula rumah-rumah seperti berikut.


Rumah Teres 2 Tingkat Amethyst-E
Double Storey Terrace
  • Luas binaan 2,000 k.p.s
  • 4 bilik tidur dan 3 bilik air
  • Harga Bumi dari RM 224,200
  • Hak milik bebas
Kelebihan atok pilih rumah ni
  • Luas, dan ada privasi. So, kalau ada tetamu datang, boleh nyorok-nyorok kat bilik atas.
  • Berdekatan dengan IPT dan kemudahan awam.
  • Berhampiran dengan bandar Seremban
  • Berhampiran dengan LEKAS (Lebuhraya Kajang-Seremban) So, kalau atok pindah Putrajaya, kira cepat sampai tu. 
  • Mungkin aset ni akan naik 10-15 tahun akan datang.
  • Senang nak renovate sebab ruang dalam luas.
Kelemahan atok pilih rumah ni
  • Mana aku nak raba duit banyak camtu? Petik kat pokok duit-duit? Gaji kelayakan atok max. RM205,000 sajok. Balance haku kena buat personal loan. Aiyo....tu tak termasuk beli perabot? Ubai suai? Tak pasal-pasal atok termasuk sebagai salah seorang penjawat awam bergelar bankrap. Opss!
  • Atok kureng berkenan dengan rumah besar ke atas. Atok prefer rumah yang lebar. Tak kisahlah single storey sekalipun. Sekurang-kurangnya atok boleh buat taman skodeng ke, buat renovation ke kan kalau ada duit nanti.





Single Storey Terrace Olive
Single Storey Terrace (pilihan 1)
  • Luas binaan 1,320 k.p.s atau 22' x 70'
  • 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Harga Bumi dari RM 158,460
  • Hak milik bebas
  • Terletak di Lavender Height, Senawang
  • Corner Lot dalam RM 250,000
  • Lokasi yang strategik. Berdekatan dengan lebuh raya LEKAS, pasaraya dan sebagainya.
atau

Single Storey Taman Bukit Galena
Single Storey terrace (pilihan 2)
  • Luas binaan 1363 k.p.s atau 22' x 70'
  • 4 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Harga Bumi dari RM15+,000
  • Hak milik bebas
  • Terletak di Taman Bukit Galena, Seremban
  • Corner lot dalam RM 21+,000
  • Dekat dengan PLUS dan bandar Seremban. So, kalau atok pindah Putrajaya, kira dah dekat tu.
Kelebihan atok pilih rumah single storey ni
  • Rumah ni atok boleh sewa. Mana tahu kot-kot atok bersara dan menetap kat kampung, boleh gak rumah ni disewa. Berbanding double storey tadi, susah sikit kot nak sewakan.
  • Murah. Maknanya, jika rezeki ada, atok ingat boleh beli lagi rumah lain macam ni sebagai pelaburan hartanah masa depan pulak.
  • Atok tinggal sorang. So, buat hapa nak rumah besar-besar.
  • Potongan gaji atok tak banyak. So, boleh invest ke tempat lain.
  • Atleast, ada harta kat bandar sebijik. Kalau ada rezeki, boleh cari yang lain kat tempat luar bandar. Ternyata rumah lebih murah.
Kelemahan atok pilih rumah ni
  • Keluasan tak besar.
  • Tak ada privasi, kiranya jika tetamu datang diorang boleh skodeng bilik kau, jamban kau. erk!
  • Perabot tak banyak boleh tangkap muat.
  • Nanti sedara kau pandang enteng kat kau. Ala...berlagak lebih, rumah teres setingkat je. (pedulik apa haku!)




Desajaya Villa Apartment

Apartment Villa
  • Luas binaan 30' 6'' x 35' 2''
  • 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Harga Bumi dari RM 177,000
  • Hak milik bebas
  • Terletak di Taman Tasik Jaya (100m dari highway LEKAS)
Kelebihan atok pilih rumah ni
  • Selesa. Memang taste atok. Design macam hotel. Kalau nak bagi markah, atok letak 9/10 dari segi keselesaan.
  • Eksklusif. Nampak mewah. 
  • Dalam hati apartment ada Taman. Maksud atok, view dia mengadap taman. Ada tempat jogging. Percuma carpark berbumbung. Ada security.
  • Boleh buat homestay. Jika atok bersara dan menetap kat kampung, apartment tu boleh je dijadikan homestay sebab design pun macam hotel.
  • Sesuai untuk mereka yang belum bekeluarga.
  • Atok sudah jatuh cinta pada design ni dan siap buat refundable reserve RM50 hengget
Kelemahan atok pilih rumah ni
  • Kena bayar yuran penyelenggaraan.
  • Kemungkinan dapat penghuni yang bising. Takda ketenteraman.
  • Tak luas sangat.
  • Tak boleh nak renovate luaran
  • Tak boleh nak basuh kereta.
  • Car Park terhad. Buatnya kalau ada orang masuk minang atok, mana nak parking? Pastu rumah tu pun tak luas sangat bahagian ruang tamu.
  • Tak sesuai untuk keluarga.
  • Tak boleh nak tanam pokok serai ke, pokok jambu ke. Tanah takdak!




Rumah second hand
  • Yang ni secara general la. Atok survey kat www.mudah.my.
Kelebihan atok pilih rumah ni
  • Atok boleh dapat harga lebih murah. Harga boleh bincang dengan tuan rumah
  • Boleh pilih jenis macam mana atok nak. Yang corner lot ado. Semi D ada. Single teres ada. Boleh pilih mana nak.
  • Kadang-kadang rumah dah siap renovate. Tak payah nak pikir nak pasang lampu apa, nak cat camna. Siap ada pokok-pokok bunga bagai.
  • Tak perlu nak cuci. Cuma cuci kaki saja.
Kelemahan atok pilih rumah ni
  • Leceh. Macam-macam prosedur atok kena lalui. Kos guamanlah. Kos setemlah. Itulah. Inilah. 
  • Takut kena tipu kat tuan rumah.
  • Takut ada hantu...
So, macam mana ye? Kalau kalian jadi atok, apa kalian buat? Atok masih dalam peringkat konfius ni. Tolong atok ye bagi advice....Inilah untungnya kita ada blog    ^__^
Tolong ye.....


16 ulasan:

dhiera berkata...

apa kata atok beli tanah then kumpl duit buat rumah..
at least atok boleh design rumah idaman atok sendiri. nak rumah besar kena la beli tanah besar~huhu

AngahSayang2314 berkata...

wahhh mahalnyerrrrrrr......tapi jauh la...

Salfiza berkata...

wahh,semua pon cantik2...
atok,beli semua la rumah2 tu! ^____^

faiz berkata...

atok...rasenye amikla double storey tu sebab pelaburan mase panjang...lupakan niat atok nak dok kampung lopeih pencen tu...sebab dok kampung ni aktiviti keagamaan kat masjid dieorang tak aktif...tak pon atok ushar rumah lelong...tp kena renovate plak nanti...

KUREKURE COMEL berkata...

tok...nak boli umah cepat2 tau...
sbb makin naik gile ni....


mina beli rumah...share loan dgn mat...atok try la kawen cepat2...heee...


kat seremban kan byk lg rumah murah2...huhuhu...atok beli yg setingkat tu je...20x70...


nnti bila dah pencen blh duk kg...
boli cepat ye tok...


kat mudah.my jgn percaya tau...
byk tipu la...huhuhu

Suhami Ahmad berkata...

dhiera : InsyaAllah, niat atok macam tulah. Sobab tu atok tak mau boli umah bosar2 kek bandar. Niat atok nnt boleh sewo umah teres setingkat tu dan balance leh kumpul buek umah kt kg

Suhami Ahmad berkata...

AngahSayang2314 : Area lombah klang laie mahal, ngah

Suhami Ahmad berkata...

Salfiza : Ayoyo Sal. Meninggal atok baco statement Sal

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Atok memang niat nak duk kat tanah sawah faiz. Itu impian atok. Atok tak sesuai duk bandar

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Mokasih banyak2 nasihat tu Mina. Atok hargai sangat ^__^

Cik Rimau berkata...

atok dah buat plihan ke? huhu

Suhami Ahmad berkata...

Atok nak amik single storey je =)

apis of art berkata...

atok bli tanah,pelan rumah bg sy buat.hehe
Single Storey Terrace design die cantik..

Tanpa Nama berkata...

cantik

Tanpa Nama berkata...

nak beli umah desajaya villa jugak. nak jiran boleh?

Tanpa Nama berkata...

senang cite kite kawen ler tok..buleh beli umah pakai loan bersama...keh3

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih