Ahad, 27 Mac 2011

Cinta Semalam Episod 23

  
    “Datin , Iman dah balik tu!,”jerit Mak Jah di depan pintu utama.
      Kereta Perdana V6 itu menyusuri masuk ke perkarangan rumah sebelum memakir betul-betul belakang kereta Kia Spektra milik emaknya.  Datin Asiah segera keluar dari rumah setelah mendengar jeritan Mak Jah tadi.
      “Dah balik Man? macam mana Nenek dan Maksu kau?,”soal datin.
      Mak Jah pantas menutup pili air di dapur dan bergegas ke kereta Iman untuk mengangkat beg-beg anak tuannya itu.  Lagaknya seperti orang terjumpa emas di lombong.
      “Sihat.  Diorang kirim salam,”kata Iman pula seraya mencium tangan maknya.
      “Waalaikumsalam.  Marilah masuk dulu.  Kita cakap kat dalam,”kata datin sambil tersenyum lagi.
      Mak Jah pula terhuyung-hayang mengangkat beg Iman masuk ke dalam rumah.  Datin dan Iman memerhatikan telatah pembantu rumahnya itu.  Mereka kemudiannya  menggelengkan kepalanya.  Iman cepat-cepat membantu Mak Jah mengangkat beg untuk di bawa ke bilik.  Ada juga dua tiga jenis buah tangan yang dikirimkan oleh neneknya dari kampung.  Mak Jah mengangkatnya untuk di bawa ke dapur.
      “Apa cerita di kampung?,”tanya datin.
      Mak Jah meletakkan dua gelas air sejuk di atas meja sekembalinya dari dapur.  Wanita itu bergegas ke dapur setelah meletakkan minuman tadi atas meja.  Dia memang sentiasa sibuk.  Kalau tidak ada kerja sekalipun dia akan cuba sedaya upaya mencari kerja.  Jika kebanyakannya majikan lain akan merungut kalau pembantu rumahnya curi tulang, tapi Mak Jah pula sendiri akan merungut kalau tak ada kerja yang hendak di buat.  Memang untunglah datin sekeluarga.
      “Nenek rindukan mak.  Dia kata mak dan ayah dah lama tak balik kampung.  Bila kita nak pulang sama-sama?,”Iman menyampaikan hasrat neneknya pagi tadi.  Wajah kedut orang tua itu bermain-main dalam fikirannya sekarang.
      Datin terkedu.  Kata-kata anaknya itu benar-benar menyentuh perasaan.  Dia cuba berlagak biasa.  Otaknya sekarang sedang ligat berfikir untuk menjelaskan hal yang sebenar tanpa melukakan hati mana-mana pihak.  Dia menyusun kata.
      “InsyaAllah, suatu hari nanti mak baliklah.  Mak bukannya tak nak pulang ke kampung tu.  Tapi sejak ayah kau berselisih faham dengan nenek dulu, kami jarang balik ke kampung.  Kau pun bukannya tak tau perangai ayah kau tu macam mana.  Keras kepala,”barisan ayat keluar dari mulut datin tanpa tersekat.
      Kali ini dia pasti takkan menyinggung perasaan Iman mahupun suaminya.  Dia berharap kisah yang berlaku bertahun dulu tamat di situ saja.  Namun dia hampa.  Bukannya dia tak tahu perangai Iman itu macam mana.  Sedikit rahsiapun takkan boleh disorokkan dari pengetahuannya.  Budak itu jenis yang banyak bertanya.
      “Selisih pasal apa? Setahu orang ayah tak nak balik kampung sebab sibuk memanjang,”Iman membuat andaian.
      Sah jangkaan awal datin memang tepat.  Tangannya sendiri yang membesarkan Iman dari saiz tapak kakinya sebesar dua jari sehinggalah sebesar gajah sekarang.  Dia tahu perangai kaki sibuk anaknya itu dari dulu lagi.  Tapi bagus juga.  Kerana sifat ingin tahunya itulah yang membuatnya menjadi orang yang berjaya kini.
      “Tak payahlah mak ceritakan.  InsyaAllah mak harap satu hari nanti lembutlah hati ayah kau tu.  Ha mak ada perkara nak bincang dengan kau ni,”datin mengalihkan topik perbualan. 
      “Apa dia?,”tanya Iman selamba. 
      “Im dah berhenti kerja.  Mak tak tahu apa masalah dia tu sebenarnya.  Masuk hari ni dah seminggu mak tak nampak batang hidungnya.  Kau tahu kenapa dia berhenti?,”tanya datin .  Muka Iman serta-merta berubah.
      Bukannya dia tak tahu sejak dia bawa Iman ke kebunnya dulu, perangai Hakimi sudah banyak berubah.  Budak itu tak seceria dulu lagi.  Tak serajin dulu.  Selalu tak menumpu perhatian pada kerja.  Seolah-olah ada satu rahsia besar antara pekerja dan anaknya itu.
      “Cakap apa pulak? mak ni pandai-pandai buat cerita.  Mungkin dia dah dapat tempat kerja lagi bagus dari tempat mak ke, gaji tinggi ke ataupun dia dah kahwin kot.  Pergi bulan madu,”Iman membuat tafsiran ringkas.
      Air yang sudah lama terhidang di atas meja tadi akhirnya sudi di minumnya juga.  Membasahkan tekak yang rindukan kesegaran air sejuk.  Tekaknya terasa seperti baru diservis.  Dia mendepakan tangannya luas-luas di kerusi sofa.  Menunggu anggukan setuju dari emaknya terhadap salah satu tafsirannya tadi.
      “Tak mungkin.  Dia takkan lari tempat lain.  Dia pernah cakap dengan mak dia suka kerja kat situ.  Tapi kalau bulan madu tu mungkin betul juga.  Ish, tak mungkin.  Kalau dia dah kahwin, dia mesti bagitahu mak.  Tak mungkin…,”datin menggeleng kepalanya.
      Menyelar kesemua tafsiran Iman.  Tak mungkin pekerja kanannya itu berkahwin.  Tapi,  kalau dia berkahwin sekalipun anak dara mana dia hendak dinikahinya? datin memang sedia maklum, budak spek mata itu pernah memberitahunya dulu dia tak ada kekasih.
      Ish, takkanlah pasal aku cakap hari tu, macam tu sekali merajuk dia.  Iman separuh berbisik.    
      “Apa dia Man?,”datin menyampuk.
      Perempuan berambut kerinting itu seolah ada mendengar sesuatu ayat yang terbit dari mulut anaknya.  Sesuatu yang mungkin melibatkan Hakimi.  Dahinya berlipat seribu.  Ah! barangkali imiginasinya sendiri.
      “Mak risaulah Man.  Selalunya kalau nak cuti dia bagitahu.  Dia tak pernah cuti panjang-panjang macam ni,”mimik kerisauan terbit dari mukanya yang berisi.
      “Dia balik kampung kot mak...Rindu kat atuk ngan nenek dia,”andaian dari Iman lagi.
      Mungkin andaian kali ini ada betulnya.  Datin mengangguk perlahan.  Bagus juga kepala otak anaknya itu.  Memang pandai korek rahsia dan buat andaian logik.
      “Mungkin juga”
      Ish, tak mungkin.  Aku dah seminggu kat kampung, tak nampak pun batang hidung dia.  Pelik betullah.  Iman berkata dalam hati.
      Dirinya sendiri tidak bersetuju dengan andaiannya tadi.  Mungkinkah Hakimi merajuk fasal perselisihan faham mereka minggu lepas? Mana mungkin budak itu merajuk.  Lagipun Hakimi seorang yang penyabar dan tidak mendendam.  Otaknya berpusing ligat lagi mencari andaian lain.  Namun tiada hasilnya.  Dia akhirnya berputus asa.
      “Mari makan datin , Iman,”pelawa Mak Jah.
      Perempuan tua itu muncul dari dapur tiba-tiba.  Datin dan Iman memandang Mak Jah serentak.  Mereka anak beranak melangkah ke meja makan.  Meninggalkan sisa-sisa baki air sejuk tadi.
      “Dah mandi ke belum ni,”datin menyenduk nasi ke pinggan Iman.
      “Belum”
      “Patutlah bau semacam saja,”suara datin selamba.
      Iman tersengih-sengih.  Baju yang dipakainya tadi pun belum ditukar lagi.  Dia memang lapar sekarang.  Perutnya tiba-tiba berbunyi.
      “Mak, laparlah.  Kejap lagi orang mandi okey.  Kita makan dulu,”Iman memujuk.
      “Kita makan dulu…makan nombor satu.  Nah ambil pinggan ni,”perli Datin Asiah.
      Mak Jah tersipu-sipu.  Dia pun belum mandi lagi sebenarnya.  Barangkali dia turut terasa tempias datin tadi.  Dia buat-buat mengusap badan kucing parsi milik tuannya.
      “Mak Jah, mari makan sekali.  Pedulikan kucing tu.  Tahulah dia nak makan sendiri,”pelawa datin.
      Iman telah lama melayan keenakan makan tengah hari.  Dia tak mempedulikan sangat Datin Asiah dan Mak Jah mahupun kucingnya sekali.  Yang dia tahu sekarang dia sedang menikmati masakan tengah hari itu.  Ada lauk kegemarannya lagi.
      “Takpalah datin.  Makanlah dulu.  Nanti saya makan,”balas Mak Jah.
       Percakapan mereka terhenti seketika apabila kedengaran enjin motokar di pekarangan rumah.  Malah suapan mereka juga terhenti.  Mak Jah lantas berdiri dari lokasi asalnya.  Memanjangkan leher ke luar rumah.  Keningnya berlaga.
      “Siapa agaknya datang tengah hari ni?Mak Jah, pergi tolong tengokkan sekejap,”arah datin.
      Nak kata suaminya balik, lelaki itu jarang makan tengah hari di rumah.  Nak kata Puan Rohani sekeluarga datang pula, tak mungkin kerana mereka akan telefon dulu sebelum datang.  Pandangannya jatuh ke atas meja makan.  Masih mencari siapa pula yang datang rumahnya waktu begini.  Mak Jah pula bergegas keluar setelah menerima arahan tuannya.
      “Baik datin”
      “Makanlah lauk tu.  Iman kan suka lauk asam pedas,”mulut datin penuh.
      Dia memuncungkan mulutnya ke tempat yang dimaksudkan.  Seperti orang bodoh Iman mengikut kata emaknya.  Mencedok lauk asam pedas ke dalam pinggan walaupun pada hakikatnya dia tidak menyukai sangat lauk itu baru-baru ini.
       “Datuk Ahmad , datin.  Makan di rumah agaknya,”Mak Jah berkata sekembalinya dari luar.
      Datin Asiah dan Iman terkejut.  Sejak bila pula suaminya rajin balik ke rumah untuk makan tengah hari bersama-sama.  Malah makan malam sekalipun boleh dihitung dengan jari dalam sebulan.  Datin sedar sejak kebelakangan ini suaminya banyak berubah.  Kejap ada kejap  lagi tak ada.  Apapun syak wasangka itu cuba ditepisnya jauh-jauh.
      “Abang, mari makan sama-sama,”datin bersuara.
      Dia berlakon seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.  Suaminya mengangguk.  Dia meletakkan baju kotnya di atas sofa.  Mak Jah cepat-cepat mengutip baju kot tuannya lalu meletakkan di tempat biasa.  Kemudian lelaki yang agak buncit itu melabuhkan punggungnya di kerusi makan.  Duduk bertentangan dengan Iman.
      “Masak lauk apa?,”suaranya rata.
      “Ikan masak asam pedas bang.  Itu sayur campur dan ayam masak sambal kegemaran abang pun ada sekali.  Kenapa tak bagitahu nak balik? kalau tak boleh saya dan Mak Jah masak lebih sikit,”datin berkata lembut.
      Dia menyenduk nasi untuk suaminya.  Kemudian meletakkannya di hadapan lelaki awal 50an itu.  Lagaknya tak ubah seperti seorang dayang melayan seorang raja yang berkuasa.
      “Tak apalah awak susah-susah.  Lagipun saya kejap saja kat rumah ni.  Nak ambil dokumen penting kat bilik.”datuk memberitahu hal yang sebenar.
      “Alang-alang tu makanlah sekali bang”
      Datuk Ahmad mengangguk.  Tanpa di suruh Datin Asiah menyenduk nasi untuk suaminya.  Datuk Ahmad mencapai lauk sayur campur lalu mencedoknya ke pinggan.  Dengan perlahan nasi dan lauk tadi disuapnya ke mulut.  Seraya itu mengangguk beritma.  Barangkali sedang menikmati makanan kegemarannya itu.
      “Lauk ayam sambal, yah,”Iman bersuara serentak menghulurkan piring berisi lauk ayam kepada ayahnya.
      Datuk Ahmad memangguk pantas.  Dia mencapai piring yang dihulur oleh Iman tadi.  Lantas mencedok lauk ayam masak sambal ke dalam pinggannya pula.  Orang tua itu seolah-olah telah melupakan perselisihan faham antara mereka berdua selama ini.  Pernah juga Iman terfikir yang orang tua itu baru dapat letori agaknya.
      “Iman  baru balik dari kampung bang.  Katanya mak dan Usu kirim salam,”datin menyampuk.
      “Waalaikumsalam.  Nenek sihat?,”datuk bertanya kepada Iman.
      Itu kali pertama pada perkiraannya datuk ingin bercakap dengan Iman semenjak peristiwa hitam dulu.  Jika sebelum ini pandang mukanya sekalipun jarang sekali.  Apatah lagi berbual mesra seperti hari itu.
      “Sihat.  Sihat ayah.  Dia suka sangat bila nampak Iman balik kampung hari tu,”Iman teruja.  Dia memandang emaknya.  Datin tersenyum.
      Perangai Datuk Ahmad tengah hari itu memang pelik.  Tidak seperti hari-hari sebelumnya.  Kalau tak dapat letori pun barangkali ayahnya baru dapat tender terbaru agaknya.  Ataupun baru dapat bini baru.  Tak mungkin.  Kalaulah perkara itu terjadi habis satu KL datin kejar suaminya itu.
      “Projek kat Shah Alam tu macam mana? rasa-rasa boleh handle tak?,”muka datuk serius.  Dia menceduk lauk sayur campur lagi ke pinggannya.  Hati datin riang.  Sudah lama dia tak tengok kedua anak beranak itu mesra seperti hari ini.  Mukanya berwajah manis.
      “Boleh rasa-rasanya”katanya bersungguh-sungguh.
      “Kalau ada masalah, jangan lupa tanya ayah.  Ayah boleh bantu.  InsyaAllah,”suaranya serius.
      Datin sungguh seronok.  Keluarga idaman yang diimpikan sebelum ini kian berputik.  Tapi dia risau, kenapa suaminya tiba-tiba berubah? kenapa dia nampak begitu rapat sekali dengan Iman.  Kenapa? Ah! buat apa dia fikirkan semua itu.  Semua persoalan itu harus dicampakkan ke ruang angkasaraya kalau boleh.  Yang penting sekarang, dah lama dia tak merasakan bahagia seperti hari itu.


Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 22, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

8 ulasan:

faiz berkata...

mmg pandai btol atok buat novel..

anymz berkata...

wah!atok dah buek novel..kalo camni kena lah akak cari episod 1 dan baca dari mulo..
sorry lah tok,banyak lak masalah skang ni.tu yang dah lamo tak singgah sini..:)

KUREKURE COMEL berkata...

nak kena tgu lg....best2...

Unknown berkata...

faiz : Huhu. Xdolah. Macih faiz...

Unknown berkata...

anymz : Huhu. xpo kak anymz, amik maso ek...Macih datang umah buruk atok ni =)

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Hihi...tungguuuu

yanmaneee berkata...

balenciaga shoes
adidas tubular
Kanye West shoes
christian louboutin outlet
yeezy boost 350
hermes handbags
nike air max 95
timberland
nike shoes
nike react

Tanpa Nama berkata...

find out here now visit the website click reference cheap designer bags replica page browse around this site

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih