Ahad, 27 Februari 2011

Cinta Semalam Episod 19

     
 Bayu pagi dari bendang menghembus lembut ke daratan.  Pelepah kelapa yang meliuk di tiup angin masih tegap di tempatnya.  Budak-budak sedang menuju ke sekolah.  Tapi jumlah mereka tidak seperti dulu.  Semakin sikit.  Masing-masing sudah besar barangkali.  Iman kembali teringat nostalgia zaman remajanya dahulu. 
      “Cepatlah Man, Ben dah lama tunggu kau tu,”Hakimi berjalan laju.  Langkahnya bersepah.
      “Dia nak apa?,”katanya masih keliru.  Mula saja loceng rehat tadi, Hakimi terus mengajaknya ke tepi padang.  Dia memang tidak ada idea apa yang diinginkan oleh Sufia sekarang.
      “Adalah.  Cepatlah, karang waktu rehat habis,”katanya lagi tergesa-gesa.  Iman hanya membututi rakannya itu.
      “Dia nak cari gaduh lagi ke?  Dah….aku tak sanggup lagi.  Aku dah taubat,”langkahnya mati sebelum tiba di padang sekolah.  Hakimi pun turut berhenti.
      “Apa pulak.  Kau ikut jelah”
      Dari jauh Iman ternampak Sufia sedang duduk bersendirian di bangku sekolah.  Budak itu sedang duduk termenung.
      “Kenapa lambat sangat Iki?,”tanya Sufia perlahan.  Mukanya nampak pucat.  Iman sudah duduk berhadapan dengannya.  Sebelah Sufia, ada Hakimi.  Angin segar dari padang yang lapang menjadi tema kedamaian mereka bertiga.
      “Imanlah.  Macam-macam soalan dia tanya aku,”ngadunya.  Iman membetulkan duduknya.  Buat kali pertama dia berhadapan dengan Sufia.  Mukanya bersih, sebersih air di kali.  Rambutnya halus, sehalus sutera.  Matanya redup, seredup awan yang putih. Sufia memang comel!
      “Maaf, kalau ambil masa awak,” katanya memulakan perbualan.  Sufia tidak berani memandang wajah Iman yang sedang merenungnya.
      “Tak apa.  Lagipun saya diet.  Tak makan pagi,”katanya bergurau.  Hakimi  menyiku lengan Sufia.  Mereka berdua ketawa kecil mendengar ayat yang keluar dari mulut Iman. Sungguh mat belia!
      “Kita panggil ni pun sebab kita nak minta maaf pasal hal tempoh hari.  Habis nama awak busuk satu sekolah kerana saya.  Saya minta maaf banyak-banyak,”Sufia merayu bersungguh-sungguh.  Iman tersenyum manis.
      “Tak apalah.  Benda dah lepas buat apa nak kenang lagi,”ujarnya memandang Sufia yang masih tertunduk memandang bawah.  Tiba-tiba perempuan itu berani mendongakkan kepalanya memandang Iman.
      “Betul?,”katanya mendapatkan kepastian.
      “Betul.  Saya tak kisah,”jawabnya sepatah.
      “Yahoo…kalau macam tu kita dah tak hutang apa-apa dari awaklah ye?,”tanyanya lagi masih teruja.
      “Tapi….,”air muka Iman sedikit berubah.
      “Tapi kenapa pulak?,”air muka Sufia pun turut berubah. Habis semuanya nak berubah. Nasib baik Hakimi pun tak berubah air muka. Muka dia tak ada perasaan.
      “Sampai hati awak tinggalkan saya sorang-sorang masa Cikgu Zaiton datang.  At least, awak ceritakanlah hal yang sebenar,”Iman buat-buat merajuk.  Sufia memandang Hakimi.  Kedua-duanya rasa bersalah.
      “Ala, kita tahu kita salah.  Sebab tu kita suruh Iki panggil awak jumpa kita.  Kita dah minta maaf dah,”Sufia memujuk.  Iman teringin sekali tergelak.  Ini kali pertama dia dapat melihat reaksi wajah Sufia sebegitu.  Merayu. Selalunya masam atau marah.
      “Kalau setakat lebam tu saya tak kisah.  Tapi habis saya kena marah kat mak cik haritu”
      “Ala, sorilah.  Kita bukan apa, kita takut kat Cikgu Zaiton tu.  Kalau cikgu lain, kita berani,”Sufia mencari kedudukan anak mata Iman.  Mata mereka bertemu.  Masing-masing bertentangan mata seketika. Sufia cepat-cepat memalingkan pandangannya ke tempat lain.
      “Berani kerana benar,”usik Iman lagi.
      “Memanglah, tapi saya dah minta maafkan,”kata Sufia serba-salah.
      “Tak kan nak lepas macam tu je,”muncung Iman panjang kerana merajuk.
      “Maksud awak?,”nadanya keliru.
      “Belanja saya?,”tiba-tiba air muka Iman berubah.
      “Okey, jom kita belanja awak sekarang,” Sufia sudah mengangkat buntut.  Begitu juga dengan Hakimi.
      “Nasi goreng?,”teka Iman.
      “Ala, air sirap cukuplah,” kata Sufia lagi.
      “Cis, kedekut!”
      “Kata nak diet,”perli Sufia.
      Iman tersengih sendirian.
      “Hoi! Apo dimonungkan tu? Budak ni memang tak boleh diharap langsung.  Habis jagung den dimakan kat ayam,”Nek Tomah meleter di tepi pintu.  Iman tersedar dari khayalannya.

“Apo kau buek ni Man….Nenek suruh kau kasi ayam makan jagung jo.  Tak suruh kau termonung.  Tengok, kan habis berterabur jagung ni ha.  Lailahaillallah, pakai kain pelekat lagi tu.  Kot yo pun tukarlah kain tu dulu tadi.  Osah boto budak ni,”bebel Nek Tomah lagi.  Iman terkulat-kulat di tepi reban.  Dia tersengih.  Habislah kalau nenek meleter, sampai ke malamlah jawabnya.
“Sori nek.  Iman tak sengaja”
“Apo sori sori? Sori naik lorilah..eh naik lori…naik kobau…eh…Itulah dio, suko kacau nenek,”Nek Tomah melatah.  Iman tergelak terbahak-bahak.

Petang ini dia nak keluar jalan-jalan ke pekan.  Dan kalau sempat ke rumah Lazan.  Mak su cakap dia memang tinggal di kampung sekarang.  Bolehlah berborak panjang.   Lepas tu nak pergi Hutan Rekreasi Ulu Bendul.  Dia nak pergi semua tempat yang telah lama ditinggalkannya.



Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 18, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

4 ulasan:

LadyBird berkata...

cito atok karang sondiri ko ni?
best la atok..

(sori cakak negeri sembilang secare membute tuli) :P..

poham ke? :P

Unknown berkata...

Iyo buek sendiri. Cito ni atok buek maso nunggu keputusan pekso dulu. Buek sikit2.

Poham kek atok tu...hihi
=P

KUREKURE COMEL berkata...

wahhh.....nk kena tgu ahad dpan lg...huhuhu...

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Huhu...tunguuu. Cito memang dah siap, tapi atok tak mau sekali gedebuk keluarkan
;P

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih