“Kalau kau anak jantan, sinilah!,”jerit Sufia lantang.
Budak-budak sekolah sudah ramai yang berkumpul di padang menyaksikan pergaduhan yang bakal meletus pada bila-bila masa. Semua kenal dengan Sufia. Budak yang selalu menimbulkan masalah di sekolah. Sufia menyingsing lengan baju kurungnya tinggi-tinggi.
Hakimi cuba menenangkan Sufia tetapi badannya di tolak ke tepi.
“Sabarlah Ben. Kita jangan pedulikan sangat budak-budak tu,”Hakimi memujuk lagi.
“Ah! sampai bila nak sabar. Sampai bila kau nak jadi mangsa buli dia? Selagi aku ada, selagi tu jugak tak ada siapa usik kau,”katanya marah. Dia sudah muak. Mulai hari ini tiada siapa akan membuli Hakimi, sahabat baiknya lagi. Perhitungan harus dilaksanakan masa itu juga.
“Sinilah kalau berani!,”gertak sufia lagi
“Masalahnya kau tu perempuan. Kalau jantan dah lama aku lanyak!,”balas budak lelaki berbadnan besar tersebut. Pengikutnya yang lain mentertawakan Sufia dan Hakimi.
Mata Sufia merah menyala menahan geram. Nafasnya turun naik.
“Aku peduli apa perempuan ke lelaki ke. Soalnya sekarang kalau dah berani sangat sinilah! Jangan nak buli-buli orang lemah,”suaranya nyaring. Hakimi hanya mampu tunduk memandang rumput padang. Kerana dialah perkara itu terjadi. Dia tidak mampu buat apa-apa lagi. Dia memang insan yang lemah.
“Aku kesian tengok kau je. Nanti tak pasal-pasal…”
“Tak pasal-pasal kenapa?!,”mata Sufia hampir terkeluar. Nafasnya laju turun naik.
“Terus lembik jadi perempuan sejati,”budak itu menahan gelak. Kawan-kawannya yang lain sudah tergelak besar. Budak-budak sekolah yang berkumpul di tengah-tengah pun tergelak besar.
“Kurang ajar!,”Sufia meluru ke arah budak tersebut. Satu tumbukan cuba dilepaskan tetapi budak lelaki itu berjaya menepisnya. Sufia cuba menampar pipi budak itu tetapi tanggannya ditampan. Budak itu menggenggam tangan Sufia sekuat hati. Sufia sedaya upaya ingin melepaskan diri tetapi tidak terdaya.
“Woi!, kalau dah cukup jantan sangat lawan dengan aku! Bukan dengan perempuan!,”suara garau mencelah dari belakang. Semua budak memandang empunya suara.
“Jangan cari pasal Man. Itu budak form 5. Budak tu samseng sekolah,” Lazan separa berbisik disebelahnya.
“Aku tahu apa yang aku buat,”bisiknya perlahan ke telinga Lazan. Sahabatnya itu hanya memerhatikan tingkah-laku Iman yang sudah jauh melangkah ke depan.
“Apa kau cakap tadi? Aku tak dengarlah. Boleh kau ulang sekali lagi,”budak lelaki yang bertubuh sasa tadi melepaskan pergelangan tangan Sufia. Dia menghampiri Iman pula.
“Aku cakap kalau dah cukup jantan sangat lawan dengan aku. Bukan dengan perempuan. Kau ni pekak ke apa?,”Iman pun menghampiri budak lelaki tersebut. Jelas sekali perbezaan fizikal mereka cukup berbeza. Iman bertubuh kecil sebaliknya budak tadi lebih tinggi dan besar dari dia.
“Kau cakap aku apa?”
“Memang sah kau ni pekak. Aku cakap kau ni pekak! Dengar tak?,”suaranya kuat. Budak lelaki tadi menolak tubuh badan Iman yang kecil. Iman jatuh ke tanah. Dia bingkas bangun semula. Satu tumbukan padu hinggap tepat pada mata lelaki yang jarak dua tahun lebih tua darinya. Lelaki tadi mengaduh kesakitan. Dengan penuh geram, dia membalas tumbukan padu tepat mengenai mulut Iman. Bibir Iman berdarah. Iman ingin membalas semula tetapi jeritan kuat dari belakang mematahkan semangatnya.
“Hei! Apa kamu dua orang buat ni?!! Nak jadi samseng sekolah ke?,”jerit Cikgu Zaiton. Budak-budak yang berkumpul di padang terus berlari lintang-pukang melihat kelibat cikgu disiplin sekolah mereka.
“Dia yang mulakan dulu cikgu,”kata lelaki bertubuh besar.
“Dia,”balas Iman.
“Sudah. Kamu ni harap saja pelajar senior di sini, tapi habuk pun tak ada. Kamu! Baru masuk sini sudah jadi samseng. Saya akan laporkan hal ini pada mak cik awak,"tegas Cikgu Zaiton pada Iman.
“Tapi cikgu…,” Iman merayu.
“Saya cakap sudah, sudah! Awak berdua ikut saya ke bilik Pengetua sekarang,”kata putus dari Cikgu zaiton. Iman pasrah. Dia sempat memandang Sufia yang sudah jauh ke sisi padang. Air muka Sufia seperti simpati. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa.
“Sekarang!,”tegas Cikgu Zaiton. Iman meneruskan langkahnya mengekori Cikgu Zaiton bersama budak lelaki berbadan besar ke bilik Pengetua.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 11, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
2 ulasan:
yay ! dia smpai 12 je eh tok?
SnowladieS : Banyak...nanti atok upload sikit-sikit yo....
Catat Ulasan