“Ayah tak balik lagi ke mak?,”tanya Iman sambil mencedok lauk gulai terung ke dalam pinggan.
“Tak. Dia ada hal agaknya. Ha, kenapa?,”soal datin pelik.
Sudah lama anaknya itu tidak bertanyakan perihal ayahnya di rumah. Paling tidak sekalipun, soalannya lebih terjurus kepada urusan pejabat dan bukannya peribadi. Hubungan Iman dan suaminya masih lagi hambar seperti dulu.
“Seminggu dua ni dah lama tak nampak ayah makan malam kat rumah. Sibuk sangat ke?"
“Dia memang macam tu. Sibuk ngalahkan menteri. Entahlah, mak pun tak tau nak cakap apa lagi,”Datin Asiah menuang air ke dalam gelas anak bujangnya. Datin mengerut dahi. Ah, barangkali Iman sudah memulakan langkah untuk menjernihkan kembali hubungan anak dan bapa itu. Jika itu tujuannya, maka dia menadah syukur ke Hadrat Illahi kerana doanya selama ini telah diperkenankan. Datin Asiah cuba untuk berfikiran positif.
“Biarkanlah mak. Dia memang betul-betul sibuklah tu,”balasnya pula. Nasi yang masuk dalam mulut tadi dikunyahnya perlahan-lahan.
Iman sedar dengan perubahan wajah emaknya. Sudah semestinya emaknya berasa pelik dengan pertanyaan Iman. Setiap hari dia berharap hubungannya dengan Datuk Ahmad bukan hanya sekadar sebagai majikan dan pekerja malah sebagai anak dan bapa.
“Kalau betul-betul sibuk bekerja tak apa. Jangan dia sibuk cari yang baru sudah.,”datin menjeling anaknya.
“Mak ni ke situ pulak,”Iman hampir tergelak tapi tidak jadi kerana mulutnya penuh dengan makanan.
“Mmm…dulu ayah kau ada cakap ngan mak. Kau dah buat homework pasal projek kat Shah Alam tu?,”soal datin. Sesekali suaminya ada juga berkongsi cerita perihal di tempat kerja. Maka, secara tidak langsung Datin Asiah adalah sedikit gambaran tentang pekerjaan suaminya.
“Dahlah Man. Kau cakap dengan mak pun bukannya mak paham sangat pasal benda-benda macam ni,” Datin Asiah menceduk kuah tom yam ke dalam pinggannya. Bosan dengan karenah Iman yang suka meninggi diri. Kalau meninggi diri saja tak apa, ini siap mendabik dada sekali.
“Eh, tadi kan mak yang tanya,”usik Iman. Datin Asiah menjeling.
Suasana senyap sepi. Yang terdengar hanya bunyi kipas berpusing. Sekali-sekali terdengar bunyi pinggan berlaga di dapur. Barangkali Mak Jah sedang sibuk mencuci pinggan mangkuk. Puas dia memujuk Mak Jah supaya duduk makan bersama tetapi dia menolaknya dengan baik. Nak siapkan kerja dulu alasannya. Datin Asiah dan Iman enak menikmati hidangan makan malam.
“Tadi Asrul ada telefon mak tak?,”tanya Iman tiba-tiba. Dia mencapai gelas yang diisi air oleh emaknya tadi.
“Tak, kenapa dengan dia?,”datin pula yang bertanya.
“Dia kata nak dinner sama kita nanti. Nak bagitau isteri dia dah mengandunglah tu,”kerongkongnya bergerak meneguk air yang masuk ke tekaknya.
“Eh,ye ke? Bertuah punya budak. Dah nak dapat cucu pak ngah kau,”kata datin gembira.
Datin tersengih. Sekurang-kurangya dia sesuatu sebagai lesen untuk mengugut Iman pada satu masa nanti.
“Eh, itu macam ayah kau je tu. Cuba kau tengok-tengok kat luar tu Man,”pinta Datin Asiah kelam kabut. Dia mencuci tangannya segera. Mak Jah segera mengemas sisa-sisa makanan di atas meja.
Iman bergerak ke pintu utama. Bayang Datuk Ahmad sudah terpacak di depannya.
“Baru balik ayah?”sapa Iman lembut.
Datuk Ahmad hanya diam membisu. Dia melucutkan tali lehernya. Iman hanya membatu. Sabar dengan karenah ayahnya.
“Anak tanya tu bang. Baru balik ke?,”tanya datin Asiah menyusul dari belakang. Dia menoleh ke arah Iman.
“Awak tak nampak ke saya baru balik? Memanglah saya dah balik. Saya bukannya pergi kerja. Kenapa? Awak lagi suka saya tak balik ke rumah ni?,”jawab Datuk Ahmad dengan nada tinggi.
Datin tersentak ke belakang. Iman dah lama mengalihkan pandangannya ke luar jendela. Kenapalah dendam ayahnya belum padam lagi.
“Apa abang ni? Saya tak bermaksud macam tu, janganlah ambil serius sangat. Salah ke kalau anak tegur? Kenapa abang benci sangat kat dia?,”kata datin lagi.
Kali ini dia seolah-olah tidak dapat mengawal emosi lagi. Namun air matanya masih mampu ditampung. Iman sudah lama naik ke bilik. Malas dia nak bertengkar dengan ayahnya lagi. Dia sudah muak. Tetapi kesian dengan emaknya terpaksa melawan perasaan seorang diri.
“Awak jangan buat bising malam-malam buta ni boleh tak? Saya penat ni,”Datuk Ahmad merungut. Baju kotnya dihempaskan ke sofa.
“Siapa yang bising? Abang ke saya? Anak tanya baik-baik, sampai hati abang buat macam tu. Abang tak sayang kat anak ke? Sudah-sudahlah dendam abang tu,”balas datin tidak puas hati.
“Awak jangan cuba nak naikkan angin saya. Nanti tak pasal-pasal…”
“Tak pasal-pasal apa bang?"
“Sudahlah, saya malas nak bertekak dengan awak malam-malam buta ni. Saya penat tahu tak?,”Datuk Ahmad mengalah.
Datin masih mengesat mata. Semakin dikesat semakin banyak pula air matanya yang luruh.
“Mak Jah! mana airnya? Kamu tak tahu ke aku tengah haus ni?,”tempik Datuk Ahmad kuat. Mak Jah yang sibuk mengemas meja tadi terkocoh-kocoh ke dapur untuk mengambil air tuannya.
“Kenapa dendam ayah tak pernah luput dari hatinya?,”Iman bermonolog bersendirian dalam biliknya. Namun dirinya masih tabah menghadapi hal tersebut. Tidak seperti ibunya yang terlalu mudah menggugurkan air mata. Perkara yang menyayat hati 11 tahun lalu masih menghantui dirinya. Sejak peristiwa hitam itu, ayahnya menjauhkan diri darinya, berdendam marah yang tidak berkesudahan.
≈ “Kita nak ke mana ni bang?,”kata Amir Naim dengan perasaan yang pelik.
“Alah kau ni. Duduk betul-betullah. Tadi gatal nak ikut,”bengis Iman kepada satu-satunya adiknya saja.
“Ingatkan tadi nak round-round keliling taman ni je. Tapi sekarang dah masuk highway ni,”budak sekolah rendah itu menampakkan wajah yang risau. Mana taknya, abangnya sudahlah tak ada lesen , bawah umur pula.
“Duduk diam-diamlah Mir. Nanti aku tinggalkan kau kat tengah-tengah jalan ni baru kau tahu,”Iman cuba memujuk adiknya. Namun perasaan takutnya untuk memandu di tengah-tengah jalan raya itu tetap ada. Iman menumpukan perhatian pada pemanduan.
“Macam mana nak duduk diam. Abang pun bukannya cekap lagi memandu. Tak ada lesen pulak tu. Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?,”Amir benar-benar risau.
“Eh, kau tutup mulut kau boleh tak? Dari tadi memekak je. Menyesal pulak aku bawa kau tadi. Kalau aku tau lah perangai kau macam ni, tak ingin aku nak bawak,”bengis Iman pula. Amir hanya membuatnya rasa cemas di tengah-tengah jalan yang dipenuhi kenderaan besar-besar itu.
“Kalau ayah tau macam mana? Dah lah bawa kereta ayah tanpa kebenaran. Lepas tu pulak bawak jauh-jauh gini. Hey bang, pusing baliklah,”budak lelaki yang baru nak melangkah ke alam remaja itu merungut lagi. Dia tak nak abangnya melangok tak tentu pasal dengan kereta ayahnya. Kalaulah ayahnya tahu dia bersubahat dengan Iman, mesti ayahnya tak percayakan dia lagi.Diakan anak ayah.
“Okey, kalau kau takut reputasi kau jatuh, kau boleh turun sekarang,”Iman mengarah adiknya turun segera. Brek kereta ditekan kuat. Tubuh kedua beradik itu melantun ke depan. Kereta sudah kaku.
“Tak nak. Abang dah gila ke? Okeylah, bawalah kereta ni ke mana yang abang suka. Tapi kalau ayah dapat tahu, jangan sekali-kali libatkan nama Amir,”budak itu berputus asa.
Tapi dia sendiri tidak tahu hendak buat macam mana lagi. Dia hanya mampu biarkan dirinya di bawa oleh Iman ke tempat yang dia sendiri tak pasti. Pemanduan abangnya yang tidak berapa cekap meruntun hati sanubarinya.
“Okey, kita dah sampai. Tengok, aku dah cakap aku boleh bawaklah. Aku tahulah,”Iman mematikan enjin kereta. Keretanya betul-betul memakir di hadapan rumah Rusnanim. Seketika kemudian, Rusnanim keluar dengan senyum lebar. Amir menjeling.
“Abang Iman bawa kereta ke? Ish, beraninya,”tegur Rusnanim manja. Mamanya tersenyum memerhatikan Rusnanim dan Iman dari tingkat atas rumah.
“Eh, tengok oranglah. Anim nak keluar tak petang ni? Kita keluar jalan-jalan kat taman,”pelawa Iman. Adiknya masih tercegat dalam kereta. Meluat melihat telatah Rusnanim yang tergedik-gedik.
“Mestilah nak. Kita keluar kat taman mana. Budak dalam kereta tu ikut ke?,”Rusnanim memuncungkan mulutnya ke arah Amir, budak yang kurang empat tahun dari usianya. Amir menjolok kerongkongnya dengan jari telunjuk.
“Buat apa dia nak ikut? kita keluar dua oranglah,”terangnya sempat menjeling ke sebelah.
“Eii…bestnya. Lepas tu kita makan-makan tau. Nanti Anim bagitau mama,”kata Rusnanim beriya-iya.
“Tak payah bagitaulah. Mesti mama Anim kasi punya. Anim cakap je Anim keluar dengan kawan. So, petang ni kira jadilah?,”bibir merahnya mengukir senyuman manis. Kemudian dia menoleh ke arah adiknya. Adiknya menjeling.
“Okey, pukul 4.00 petang tau. Anim tunggu,”balasnya lagi.
“Menggedik-gedik,”kata Amir perlahan.
“Dah, jom balik. Nanti anak manja ayah marah,”usik Iman. Amir hanya menceber.
“Jangan kata abang nak bawak lagi kereta petang ni,”tanya Amir tidak senang hati.
“Apsal pulak? Kau takut ayah tahu kau bersubahat? Jangan risaulah, petang ni kau takkan ikut okey. Lagipun ayah tak ada kat rumah minggu ni. Outstation. So, dalam minggu ni jugak akulah raja,”kereta Mazda itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah Rusnanim. Budak perempuan tadi melambai-lambai sehingga hilang dari pandangan.
“Eh, bawaklah slow-slow. Janganlah macam pelesit. Abang tu pun bukannya pikap lagi,”muka Amir pucat semula.
“Kau duduk diam-diamlah. Aku tinggalkan kat tepi jalan ni baru tau”
“Perlahanlah sikit”
“Jangan nak memekak!”
“Abang tak dengar ke?”
“Diamlah!”
“Abang!kereta depan tu bang. ABANGGGG…!!!”
BUKK!!! Kereta yang dipandunya berpusing beberapa kali setelah mengelak sebuah kereta yang muncul di hadapan tiba-tiba. Cermin kereta pecah berderai. Keretanya terpelanting ke bahu jalan. Keretanya terbalik. Dia cuma terdengar orang ramai kecoh-kecoh di tempat kejadian. Iman sudah tidak ingat apa-apa lagi. Iman berasa sakit teramat sangat. Semakin lama matanya terasa berat. Dunianya tiba-tiba gelap gelita.
“Iman, bangun sayang. Mak rindukan kau nak,”sayup-sayup suara Datin Asiah kedengaran. Iman membuka matanya perlahan-lahan.
Mak, nenek, pakngah, Asrul, maksu semuanya ada. Tapi mana ayah? Mana dia?
“Mak, kat mana Iman sekarang mak?,”tanya Iman sayu. Suasana itu begitu asing baginya.
“Sabar nak. Iman kat hospital sekarang,”datin telah lama menangis. Nenek dan maksu pun turut sama menitiskan air matanya. Pak Ngah dan Asrul memandang sesama mereka.
“Apa dah jadi sebenarnya mak? kenapa Iman ada kat hospital? kenapa mak?,”tanya Iman keliru. Kepalanya terasa berat. Berdenyut-denyut.
“Rehatlah sayang. Dah dua minggu sayang koma. Rehat ye nak,”datin memujuk.
“Tapi kenapa Iman kat hospital? Apa dah jadi sebenarnya? mana Amir mak? mana adik?,”bertalu-talu soalan keluar dari mulut Iman. Air mata datin semakin deras menitis ke lantai.
“Sabar ye sayang. Sayang rehat dulu. Tak baik macam ni nak. Iman anak baikkan?,”datin mengusap pipi anaknya dengan belakang telapak tangan.
“Mana adik mak? mana?kenapa dia tak ada kat sini? adik kat mana sekarang mak?,”tanya Iman lagi.
Datin menangis teresak-esak. Dia memandang emaknya. Perempuan tua itu mengangguk. Datin menarik nafas panjang.
“Amir dah pergi sayang,”datin meraung.
“Dia pergi mana mak? dia ada dengan Iman tadi. Dia naik kereta sama-sama Iman tadi. Adik pergi mana mak? kenapa dia tak bagitau Iman?,”tanya Iman terpinga-pinga. Dia masih tidak ingat apa-apa.
“Allah lebih sayangkan dia nak. Dia dah kembali ke rahmatullah. Dah dua minggu dia pergi sayang,”katanya dengan berat hati.
“Mak tipu! mak jahat! sampai hati mak cakap adik dah mati. Mak jahat! keluar..keluar semua!!.”
“Sabar nak”
“KELUARRRR!!!!”
Iman tersentak dari tidurnya. Tanpa disedari air matanya membasahi bantal. Dia mengesat sisa-sisa air mata yang keluar tanpa disedarinya itu. Malah lebih memilukan mayat adiknya tidak ditemui. Menurut kata orang mayat Amir telah tenggelam di sungai sebelah jalan tersebut. Amir telah bersemadi buat selama-lamanya tanpa berbatu nesan.
Sudah 11 tahun, ya 11 tahun perkara itu berlalu. Namun dia masih tidak dapat melupakannya. Dengan penuh kesayuan dia menadah tangan menyedekahkan Al-Fatihah buat arwah adiknya agar ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Dia memang banyak buat salah pada Amir. Dia tidak sempat mencurahkan kasih-sayang seorang abang pada Amir. Dia menyesal. Sejak peristiwa hitam itu, segala-galanya telah mengubah hidupnya.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 10, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
6 ulasan:
yang ni last ke?
Ada lagi tapi atok tak upload. Nanti atok upload k. Macam mana setakat ni? bosan tak baca?
banyak lagi ke tok -____-" takbosan lah..tak sabar nak bace lagi he..he..
atok upload je ke ?tak baca ehh?
ok2...seminggu sekali atok post satu episod k...
^_^
oryte! thanks tok :DD he
SnowladieS : Samo2...nanti rajin bagi komen yo...atok buek ni maso bayo2 tia dulu
Catat Ulasan