“Kau nak apa?,”soal Sufia kepada Lazan.
Nada suaranya agak tegas. Matanya hampir terkeluar. Hakimi di sebelahnya tidak mempedulikan mereka berdua. Dia sedang sibuk membuat rujukan subjek sejarah.
“Shh…Lepaklah Ben. Kau ni nak angin satu badan je kenapa. Kalau hari tertentu tu aku fahamlah. Ini hari-hari,”suara Lazan separa berbisik.
Dia tidak mahu perbualan mereka akan menggangu konsentrasi pelajar-pelajar lain. Dan dia juga tak mahu orang lain tahu dia berada di depan Sufia sekarang. Mereka semua sedang sibuk mentelaah pelajaran sejarah. Baguslah kalau begitu.
“Ah! dengan kau buat apa nak baik-baik. Jantan semuanya sama,”rungutnya lagi.
Nada suaranya juga sudah perlahan. Takut orang lain dengar lebih-lebih lagi cikgu sejarah mereka, Cikgu Zaiton. Lazan tersengih-sengih. Dia memandang Hakimi yang duduk di sebelah Sufia.
“Sebelah kau tu bukan jantan?”
“Dia kawan aku. Tak macam kau. Tak macam budak-budak lain,”Sufia memandang Hakimi.
Hakimi tersenyum suka walaupun matanya masih mengadap buku. Sesekali dia melemparkan pandangannya pada Sufia dan Lazan.
“Boleh aku duduk sini kejap?,”Lazan tersengih-sengih.
Belumpun mendapat jawapan dari Sufia lagi, Lazan sudah duduk bertentangan dengan budak itu. Sufia mendengus kasar. Matanya menjeling tajam. Kalau aku hentak kerusi ni atas kepala kau nanti, kecoh pula satu perpustakaan ni nanti.
“Kau nak apa sebenarnya ha?,”kata Sufia serius. Hakimi berhenti serta-merta membuat rujukan. Dia cuba untuk menenangkan sahabat karibnya itu.
“Iki, kau jangan masuk campur. Nanti tak pasal-pasal dengan gigi-gigi kau sekali hilang,”Sufia memberi amaran. Hakimi mengalah. Dia sudah faham dengan karenah Sufia.
“Weh, rileks ar…aku tak buat salahpun. Aku mintak ampun. Aku cuma nak kasi kau ni aje,”muka Lazan sudah merah padam.
Lebih memalukan lagi, ada dua tiga orang budak sedang memerhatikan mereka. Jangan main api dengan Sufia, nanti kita sendiri boleh malu.
“Apa benda ni?,”soal Sufia memandang surat yang baru di beri oleh Lazan.
“Kau bukaklah sendiri. Aku mana tahu,”ujarnya. Hakimi sempat menjeling. Sufia menoleh sekeliling. Batang tubuh Cikgu Zaiton sudah tidak ada dalam perpustakaan. Barangkali ke tandas sekejap.
“Sejak bila kau jadi posmen ni? Sape kasi?,”suara Sufia semakin tenang. Namun, persoalan demi persoalan sedang bermain dalam kotak fikirannya.
“Tu. Budak tu,”muncungnya dihalakan pada Iman. Sufia memandang tempat yang dimaksudkan. Iman sedang merenungnya sambil tersenyum.
“Apehal dia kasi?,”tanya Sufia. Dia memandang Lazan semula.
“Manalah aku tahu. Dia minat kat kau kot,”gurau Lazan. Sufia menjeling tajam.
“Ni kau buat apa lagi menyibuk kat sini? Blah ar…,”kata Sufia.
“Aku nak tengok isi dalam surat tu,”Lazan seperti memerangkap dirinya sendiri. Hakimi menjegilkan biji matanya memberi isyarat kepada Lazan supaya pergi segara. Buruk akibatnya nanti.
“Yelah-yelah. Aku pergilah. Nanti jangan lupa kasitahu isi dalam surat tu ye,”usik Lazan lagi. Sufia menghentak kaki. Lazan mencicit pergi dari situ.
“Apa kelas hantar surat. Zaman nenek moyang aku dulu pakailah surat-surat macam ni,”Sufia berkata sendirian. Hakimi sempat membelek surat yang bersampul merah jambu.
Tidak jauh dari meja mereka berdua, Iman sedang duduk memerhatikannya. Di sebelahnya Lazan yang masih lagi tercungap-cungap. Iman tergelak puas. Sufia menjeling tajam.
“Macam mana?,”soal Iman kepada Lazan yang masih mengurut dada.
“Okey, misi berjaya,”jawabnya tersangkut-sangkut.
“Budak ni lain sikitlah,”kata Iman yang masih lagi merenung Sufia. Budak itu tidak membaca surat yang diberikan oleh Lazan tadi sebaliknya dimasukkannya ke dalam beg.
“Tahu tak apa. Cuma satu je yang aku pelik dengan kau ni,”Lazan menyambung pembacaannya yang tertangguh tadi. Takut selepas waktu kedua subjek sejarah selepas ini, Cikgu Zaiton akan menyoalnya pula di dalam kelas.
“Pelik kenapa?,”tanya Iman.
“Budak lain lagi mahu mengelak dari singa betina tu. Kau pulak lagi nak rapat dengan dia. Bukan pelik ke tu?,”dahi Lazan berkerut.
“Dia kan manusia juga. Aku percaya satu hari nanti, hati dia akan berubah juga,”kata Iman lagi. Serentak itu juga loceng sekolah berbunyi menandakan pertukaran waktu. Budak-budak kelas 3 Amanah berpusu-pusu keluar dari perpustakaan. Sufia dan Hakimi pun sudah bergerak untuk masuk ke kelas. Iman mengemas buku-bukunya sebelum menjadi orang terakhir yang keluar dari tempat tersebut.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 7, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan