Bucuk aku lama dah tak g spital. Lama dah tak cek tekanan darah, jantung ok ke idok, paru-paru superb ke tak, buah pinggang berfungsi lagi ke, ada masalah hati ke tak? Patutnya duedate kena hantar bucuk g spital 3 minggu lalu. Memandangkan papa kau ni ada masalah kewangan + hampir muflis sementara, maka terpaksalah papa kau ni tangguh nak hantar kau pergi spital. Kesian my bucuk.
Hari ini telah tiba. Seperti yang papa kau ni janjikan, bila tiba gaji masyuk je papa terus buat janji temu ngan spital bucuk. Hari ni papa kau ni masuk opis setengah hari sebab pagi tu ada janji temu dengan spital bucuk. Masuk je spital tu, papa kau ni terus letakkan kad pesakit bucuk kat kotak janji temu.
Tengah dok layan cite haiwan teladan kat tv3 tu, tetiba nama papa kau ni staf spital panggil. Dia suruh papa kau ni pergi kat bucuk sebab dia nak buat inspection. Wah! spital ni makin baguslah. Staf dia sendiri yang buat inspection. So, papa kau ni ceritalah serba sedikit tentang prestasi kesihatan bucuk kebelakangan ni. Staf tu hangguk-hangguk kepala je. Lepas bagi penerangan, dia cakap kos perubatan dalam anggaran rm200 hengget. Nasib baik papa kau ni ada dapat duit bantuan khas kewangan oleh kerajaan. Kalau tak......Cakap mekasih cepat! Staf tu cakap dalam 11.30 pagi bucuk dah boleh keluar dari bilik pembedahan.
Tup tup tup....tak sampai kul 11, bucuk dah keluar dari bilik bedah. Cepat dan tangkas betul staf kat situ. Selepas membuat pembayaran, staf kat situ melemparkan taik....eh silap silap...melemparkan senyuman pada papa kau ni.
Now, papa kau ni dapat merasakan prestasi yang bagus selepas "MY BUCUK" di servis. Terima kasih Proton HQ Senawang.
1 ulasan:
jordan 13
moncler jackets
golden goose
off white
yeezy shoes
supreme shirt
jordan shoes
birkin bag
supreme outlet
curry shoes
Catat Ulasan