Salam.
Harini eden nak cuba buka lembaran baru lain dari lain jika nak dibandingkan dengan topik sebelum ini. Iaitu tentang dunia permotoran.<----------Ekau ilang akal ko Suhami??
Yelah, untuk topik ANGKA sawan pada kali ini, eden nak kongsi dengan kalian apa kebaikan dan keburukan yang eden perolehi sepanjang hampir setahun eden guna my bucuk cayang, Proton Saga SE
Kenapa pilih Proton Saga SE? Kenapa bukan Toyota Caldina? Kenapa bukan Mitsubishi Lancer? Kenapa bukan Honda Accord? <---------ko ingat aku tokey cendawan??
Sebelum eden kongsikan bersama kalian kenapa eden pilih Proton Saga SE, sebelum tu overview dulu iklan ni.....layan.....
NEW PROTON SAGA SPECIAL EDITION SAGA SE PHOTOS, SPECIFICATIONS & PRICES > SPECIAL ABOUT SAGA SE
PROTON sudah melancarkan Proton Saga BLM yang baru, the Sullivan’s Best Model of the year 2009, the SAGA Special Edition pada
8 Julai 2009. Apo kelebihan Saga SE? Mari kita lihat sape yang kena. Apakah special nya saga ini? Adakah hanya pemasangan bodykit semata-mata??
8 Julai 2009. Apo kelebihan Saga SE? Mari kita lihat sape yang kena. Apakah special nya saga ini? Adakah hanya pemasangan bodykit semata-mata??
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah melancarkan Proton SAGA SE, lebih elegant dan variasi sporty dengan model sebelum ini pada hari penduduk Felda dan peneroka di Felda Labis.
Proton SAGA SE menawarkan finishing interior baru lengkap dengan kerusi kulit, trim pintu, stereng kulit, panel meter kaler putih mutiara dan CD player dengan kemampuan MP3. Ko adooo? <----larikkk
Jadi, apo yang khusus tentang SE Proton Saga? Berikut adalah butiran yang akan membuat kalian melihatnya dengan jelas.
Dua warna yang ditawarkan - red brilliant atau putih solid dgn bumbung kaler itam<---ala-ala BMW
Grill depan baru dengan kaler hitam. <---ala-ala Mitsubishi Lancer
Depan baru, belakang dan side skirt.<----model lama x pakai skirt, pakai sua panjang
Tempat duduk, stereng dan tepi pintu tu kulit
AC warna krom gelap. <-----AC yang line kat tepi kete tu
Panel meter kaler putih mutiara
CD player dengan sokongan MP3.<-----ini yang ponting
Dan juga produk selepas pemasaran yang akan diperkenalkan dari masa ke masa. Pelancaran SAGA SE baru ditujukan untuk merangsang pembeli baru dan membuatkan mereka melihat kereta sebagai pilihan pertama mereka. Proton juga aim para pemuda pemudi yang ingin tampil berbeza
Ni bahagian dalam. Xdelah canggih sangat. Yang penting CD with supporting MP3 ado. Leh aku dengar IKIM.FM <------??.....ko gilo ko Suhami?? xdo mp3 pun leh dongar, asalkan ado radio
Gear knob dengan“red dot”. Kalau diorang letak fully merah macam Proton Wira SE, maybe the Proton Saga SE will looks more aggresive. Woargghhhh!
Ni pic bontot SAGA SE
Sebelum The Saga SE dilancarkan, proton ada buat survey view dari orang ramai. Ini model asal sebelum SAGA SE sekarang wujud. Layan....
Grill kat depan tu asalnya kaler krom. Lampu saga tu tinted <-----eden nak buat lampu tinted sblm raya ni
Ni dalaman asal yang tampak lagi bujang, sporty, garang, ganas, belia <----dah dah, ko jgn lobih2
RED SAGA THE CONCEPT punye bontot. Cun kan lampu dia.
Ni statistik kete paling laku kat Malaysia setakat Februari 2010 dulu. Sumber diperolehi kt sesawang INI
Top 10 national vehicles
Proton Saga 4,994
Perodua Myvi 4,885
Perodua Viva 4,518
Perodua Alza 3,611
Proton Persona 2,889
Proton Exora 2,128
Proton Savvy 304
Proton Waja 271
Proton Satria Neo 225
Proton Gen2 115
Top 10 non-national vehicles
Toyota Vios 2,349
Toyota Hilux 1,206
Nissan Grand Livina 1,013
Honda City 1,004
Toyota Camry 816
Honda Civic 634
Mitsubishi Triton 572
Naza Kia Forte 458
Nissan Sylphy 452
Toyota Avanza 437
Sebab kenapa eden beli THE SAGA SE
Saat kali pertama pergi kat proton show room, mata terus terpikat kat kaler red brilliant tu walaupun eden sedar eden tak brilliant.
Saat melihat seat nya kulit. Tak tahulah kulit ape, tapi kulit lah. Eden ni jenis selebet. Minum air tumpah2 dalam kete, pastu main futsal dalam kete, pastu makan cekodok cecah sos cap aminah dalam kete. So, bagi mengelakkannya cepat kotor, i do prefer the kulit
Saat melihat harganya yang murah. Eden bukan CEO cendawan atau Tokey hardware yang mana sinonim dengan Toyota Hilux atau Mazda atau Caldina atau Estima dan seangkatan dengannya. Tak kisah la, yg penting ini adalah hasil titik peluh eden yang pertama. Bangga. Cayang my SAGA
Saat melihat ada fungsi mp3. Senang. X payah nak beli CD lagu mahal2. Dunlod lagu kat komputer, then burn dalam bentuk mp3. Dengar la sampai muntah
Saat melihat ada sensor reverse. Yelah, aku ni lesen P pun tak pass lagi kena lah hati2. Buatnya aku terlanggar bontot kete mate belalang, tak menangis??
Saat melihat bonet kete tu besar punya! Senang. Suhami tu balik kampung tiap-tiap minggu. Punggah barang banyak-banyak. Ntah apa dipunggah. Selagi peti ais mak dia x muat, selagi tu dia tenyeh2 masuk lam kete tu.
Saat melihat penjimatan petrol yang maksimum. Seriously, memang giler jimat. Buat apa nak bawak kete besar gedabak then minyak dua kali ganda? padahal dalam masa yang sama those who hv mini car mcm SAGA ni boleh dua hala ulang alik dengan kadar minyak yang sama dengan gedabak car td. Ada lagi 2 3 bar tuh
Spare part banyak. Cuba korang tengok kat jalan skg, Saga dah ramai orang pakai. Barang ganti mesti banyak. Murah. So, kalau service kete ko tak nangis la
Body mantop dan design menarik. Aku suka body saga ni. Macam kacukan persona + waja. Tapi lebih kecik sikit la. Kecik-kecik cili padi (iklan pewangi baju). Cuba try test tengok lampu belakang dia, macam Mercedez kan. Pastu tengok lak body dia macam Evo 7. Lampu dia jelas kalau malam. Pastu orang beam ko. Ruang dalaman yang besar dan luas. Ko mekap2 sikit, mesti gempak kete ko.
Pikap. Dia memang guna enjin 1.3 tapi tak macam kete sama kelas dengannya. Macam kete lain even 1.3 tpi hakikatnya 1.2++ liter. Tapi saga adalah 1.3++ liter lebih lagi. Memang la mula-mula pecut dia macam slow sikit sebab saga ni berat jika nak compare dgn Myvi, Savvy atau Viva. Tapi bila dia dah naik sheikh, 8 tiang ko tinggal. Bawak 150 pun still steady xde gegar2....Tapi janganla bawak laju2 yo kalau sayangkan atok (Suhami)
Hope kalian dapat info. Ini hanya pandangan peribadi eden je setelah guna Saga ni hampir setahun. Ok, wassalam
1 ulasan:
off white outlet
jordan travis scott
goyard bag
supreme outlet
kyrie 7
Catat Ulasan