Rabu, 18 Ogos 2010

Cinta Semalam Episod 3

Hak Cipta Terpelihara 2007




Hai, ponteng lagi ke?,”sapa Asrul sebaik saja pintu pejabat Iman di tolak.

Iman kaget dan cepat-cepat bangun dari kerusi empuknya. Baju kotnya dibetulkan. Rambut kasi kemas.  Berderau juga jantungnya sekejap. Nasib baik si Asrul, kalaulah ayahnya…

“Engkau Rul. Aku ingatkan sapa. Bila masa pulak kau ketuk pintu tu?Aku tak dengar,”Iman masih lagi mamai-mamai.  Pagi-pagi buta begini mood selalunya belum datang lagi.

“Alah kau ni…macam tak biasa pulak”

“Tak biasa apa bendanya?,”soalnya lagi.

“Ke dari tadi aku tengok kau mengelamun. Ngelamun apa?Aweks lama ke?,”soal Asrul dengan perlahan.

Iman sudah lama meletakkan punggungnya di kerusi semula. Asrul pula melabuhkan punggungnya di atas meja Iman. Seperti hari-hari biasa dia akan melepak di bilik Iman kalau ada cerita baru. Paling tidak pun kalau dia berasa bosan.  Atau jika Pak Longnya merangkap bos besar tiada di pejabat.

“Aku dah ketuklah Man…Engkau tu je tak dengar. Kau ni kenapa?Dua tiga hari ni asyik termenung je aku tengok. Berak kapur ke apa?”

Iman bingkas bangun dari
tempat persinggahan punggungnya sebentar tadi. Dia memalingkan badannya pandangannya keluar. Biliknya yang terletak pada tingkat ketiga itu memberinya peluang untuk menyaksikan pelbagai karenah manusia di kota raya. Orang ramai sudah mula sibuk memulakan urusan harian masing-masing.  Iman menghembus nafasnya perlahan. Kemudian berpaling mengadap Asrul semula.

“Banyak kau punya berak kapur. Yang kau ke sini kenapa pulak? Nak berak kapur sekali?,” Iman mengenakannya semula.  Asrul terpelanting ke belakang.

“Aku saje je Man…Beramah mesra dengan kau. Apa, tak boleh ke?,”jawab Asrul pula.

Kerusi yang didudukinya terlentok ke belakang. Kakinya disilang rapat.  Lagak Asrul seperti seorang bos. Sesekali apa salahnya begitu. Iman tu pun bukannya siapa lagi. Abang sepupunya juga. Iman menjeling tajam.

“Rul, seronok tak kawin?,”tanya Iman tiba-tiba.

Dia sendiri pun tak tahu kenapa dia berkata begitu. Mungkin fikirannya kini asyik terbayangkan cinta pertamanya! Dia dah memasang perangkap untuk dirinya sendiri.

Apasal kau tanya? kalau kau nak tahu sendiri, cepat-cepatlah kahwin,”katanya menayangkan gigi.

Walaupun Asrul sendiri baru saja mendirikan rumah tangga tapi dia sering menjadi bahan rujukan Iman. Kali ini dia dah tak duduk lagi di kerusi tetamu itu lagi. Langkahnya menuju ke arah abang sepupunya itu pula.

“Nanti kau menyesal….,”bisiknya perlahan.

“Okeylah Man, ni aku nak ajak kau pergi lunch. Dah lama tak lunch dengan kau. Kita pergi kedai mamak depan tu, kau nak tak?,"katanya cepat-cepat alihkan topik.

Iman diam lagi. Kalau diikutkan perasaan, teringin saja dia menolak Asrul dari tingkap biliknya ke bawah sekarang juga. Lain di tanya lain dijawabnya.

“Bip…..”

“Encik Iman Naim, Datuk Ahmad nak jumpa di biliknya sebelum lunch,”suara perempuan membantutkan perlakuannya.

“Okey Roslinda. Terima kasih,”balas Iman. Matanya beralih kepada Asrul. Asrul pula menaikkan kening. Iman hanya mengangkat bahu. Baju kotnya di kemaskan semula.  Iman meminta pandangan Asrul. Asrul menunjukkan isyarat best.

“Kalau sempat,aku call kau,”Iman memberi isyarat.

“Kedai mamak depan tu. Aku tunggu kau waktu lunch,”Asrul mengingatkan semula.

Seperti tadi tanpa disuruh, Asrul juga turut keluar dari bilik mengekori buntut Iman. Meneruskan sisa baki kerja yang tertangguh sebentar tadi.

********************







“Bila Anim nak balik? Mama dan papa rindu sangat,”pujuk Puan Rohani dalam telefon.

“Mama ni…Anim tak puas lagilah ma. Dua tiga tahun lagi Anim baliklah. Anim janji”

Puan Rohani menghela nafas panjang. Geram sangat dengan karenah anak tunggalnya itu. Keras kepala.  Hampir setiap hari dia menelefon anaknya itu untuk memujuknya pulang ke Malaysia segera. Rusnanim tetap membantah.  Namun dia tetap akan memujuk Rusnanim kembali ke Malaysia. Itu sudah pasti!

“Tapi Anim…”

“Mama please….Jangan paksa Anim. Anim gembira kerja kat sini. Anim tak puas lagi. Anim nak timba sebanyak mungkin pengalaman kat tempat orang,” katanya menolak lagi.

Puan Rohani mengetap bibir. Memang dasar kepala batu. Walau apapun, Rusnanim tetap anaknya. Dialah racun dialah penawar. Batu yang keras sekalipun akan terhakis jika selalu tersiram air, inikan pula hati seorang manusia.

“Okey ma, dah lewat malam ni. Anim ada meeting pagi esok. Nanti Anim call lagi okey. Bye…,”talian telefon terputus. Puan Rohani termangu seorang diri di kerusi sebelah telefon.

Matanya merenung gambar Rusnanim. Gambar ketika dia masih bersekolah dulu. Manja. Ceria. Itulah yang boleh digambarkan tentang Anim 10 tahun lalu. Namun sekarang, bila saja dia bercakap tentang perkahwinan, terus anaknya itu takut untuk balik ke Malaysia lagi. Alasannya sibuk dengan kerja. Kalau tak pun nak timba pengalaman di tempat orang. Ah, dia dah lali.

“Puan, juadah tengah harinya dah siap. Lekas jemput makan.,”pembantu rumahnya tersenyum di sebalik juraian langsir dapur yang memisahkan antara dapur dan ruang tamu. Kain batik yang dipakainya dikemaskan tatkala dia merasakan kainnya itu hampir terlondeh. Dia tersenyum lagi. Puan Rohani menggeleng perlahan lantas mengatur langkah ke dapur.



Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 2, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih