~ “Apa kurangnya? Tak, tak ada. Kau tak ada kurangnya Sufia. Nuriwani Sufia. Indah nama tu,”bisik hati Iman.
Satu ketika dulu dia pernah berpindah ke sekolah lain ketika berumur 15 tahun. Dia tinggal bersama-sama Nenek dan Mak Sunya di kampung. Jauh dari kehidupan mewahnya, jauh dari kota-raya, jauh dari teman-teman satu taman, teman sekolah lama dan jauh dari keluarga tercinta.
“Ape hal ni? Tak nampak orang ke? Kot ye pun beragaklah sikit. Sakit tahu tak?,”lunak suara kedengaran hampir di cuping telinga Iman.
Iman terpinga-pinga. Pertemuannya dengan Sufia buat pertama kali yang membingungkan dan dasyat. Budak perempuan itu bukannya sopan sangat. Lasak. Macam jantan. Rambut yang dikatakan mahkota wanita pun digayakan ala-ala lelaki. Free hair! Gaya JQ. Kalau bukan kerana baju kurungnya, pasti orang anggap dia budak jantan. Taiko sekolah.
“Eh, garangnya. Sorilah, saya dah terlewat ni. Saya betul-betul minta maaf. Sori okey,”Iman merayu sungguh-sungguh. Kuih koci Sufia juga terjatuh kesan di rempuh Iman tadi.
“Hei Ben, kau ni janganlah garang sangat. Tak baik tau. Kesian mamat tu. Tak baik Ben. Mamat tu dah mintak maaf. Dahlah Ben yeh,”pujuk Iki lantas tangannya ligat membantu Iman mengutip semula buku-buku yang berterabur tadi.
Spek mata bingkai hitamnya di tolak ke atas. Iki kawan baik Sufia. Sufia pun kawan baik Iki. Mereka berkawan baik walaupun Iki seorang lelaki. Tapi lagaknya lebih feminin. Bagi Iki, hanya Sufia sajalah kawan yang memahami dirinya. Dia tak kisah. Jantan ke, perempuan ke, pondan ke, khunsa ke, yang penting tiada orang yang mengacaunya. Dan dia sendiri pun tak perlu mengacau orang lain.
“Apa hal pulak? Habis tu macam mana dengan kuih koci aku tu? Aku nak makan pun tak sempat lagi kau tahu tak, Iki? Kita tak kira, kita nak awak ganti balik kuih kita tu. Apa nak jadi, jadilah. Bukannya tak mampu. Alah 20sen sebijik je,”Sufia membebel lagi. Pelajar-pelajar yang lalu lalang hanya memandang sinis. Mereka sudah masak dengan perangai Sufia. Budak tomboi yang suka membuli junior atau budak baru.
Iman tersenyum paksa. Nak saja dia hempuk kepala budak hingusan itu dengan beg sekolahnya. Tak pun disumbatnya kotak pensel ke dalam mulut. Kecoh sangat.
“Ha…tau pun 20 sen. Murah je pompuan. Nanti aku gantikan untuk kau. Dahlah tu. Cover macho sikit. Malu orang lain tengok Ben,”Iki memujuk lagi. Dia pasti kali ini dia berjaya memujuk Sufia.
“Aku tak kira. Dah lah langgar orang, lepas tu pulak buat tak reti je. Ingat kita ni apa. Okey, senang cerita awak ganti je duit kat saya. Bukan 20sen tapi seringgit. Fivple okey”
Nyata sekali pujukan Iki tidak termakan. Malah budak perempuan itu mengugutnya pula. Jam tangan sudah banyak kali dijelingnya. Sudahlah lewat untuk mendaftar pada hari pertama persekolahannya, lepas itu di tambah lagi dengan bebelan budak tomboi tu. Nak pergi, dikatakan biadap nanti. Memang salah dia. Jalan tak pandang ke depan.
“Okey, korang dengar sini. Saya betul-betul dah lambat. Buat masa sekarang awak ambik duit ni dulu sebagai ganti kuih awak tu,”Iman tersenyum.
Dia menghulurkan duit not RM5. Suaranya tenang. Tapi tak setenang perasaannya. Mungkin pihak pentadbiran sekolah akan memerlinya sebentar nanti kerana terlewat. Budak baru tapi sudah tunjuk perangai buruk. Ah! nasiblah. Apa nak jadi, jadilah.
“Terima kasih. Awak budak baru ke? Sebab tak pernah nampak muka. Awak ni kiut la. Nama sape ye?”tanya Hakimi dengan mood gatal.
“A’ah. Saya baru nak mendaftrar hari ni. Nama Iman Naim. Panggil je Iman,”dia menghulurkan tangan.
“Okey Iman, jangan risau pasal minah ni yeh. Tahulah kita nak pujuk macam mana. Apapun nama kita Hakimi. Panggil je Iki. Jangan Rikishi pulak,”ramah Iki sempat memperkenalkan diri. Sufia yang senyap dari tadi berubah muka. Riak mukanya yang tadi marah bertukar meluat.
“Dia ni sapa pulak?,”Iman tunjukkan jarinya pada Sufia.
“Dia….,”
“Hah!...kau jangan nak menggatal bagitahu nama aku Iki,”Sufia tiba-tiba memotong percakapan.
“Mendaftar sorang je ke?,” mata Hakimi memandang sekeliling kalau-kalau terpandang keluarga Iman. Tapi tidak ada seorang pun.
“Tak, sebenarnya auntie saya mengajar kat sini. So, saya ikut dia mendaftar hari ni?,”balas Iman semula. Sufia dan Hakimi memandang sesama mereka.
“Auntie? Mana dia?,”soal Hakimi lagi.
“Tu, panjang pun umur. Tadi dia cakap nak pergi tandas kejap,”Iman memuncungkan bibirnya pada seorang perempuan berbaju kurung moden. Hakimi dan Sufia mengetap bibir.
“Tak apalah, kitorang pergi dulu ye,”Hakimi meminta diri. Sufia mengekor dari belakang.
“Gila kau! Kau buli anak saudara cikgu disiplin!,”suara Hakimi sedikit keras.
Walaupun perlahan, Iman masih dapat mendengarinya. Kedua-dua sahabat karib itu kelam-kabut melarikan diri. Iman mendapatkan mak ciknya yang juga seorang guru disiplin di sekolah itu. Sebelum melangkah pergi dia sempat menoleh ke belakang. Budak dua orang itu kelihatan lari lintang-pukang. Iman meneruskan jejaknya ke bahagian pentadbiran sekolah. Ketika itu juga Sufia menoleh ke belakang semula. Iman sedang mengekori mak ciknya ke bangunan A.
* “Iman, mak cakap ni,”pintas datin.
Iman terbangun dari bayangan kenangannya yang lalu. Dia pantas mencari anak mata emaknya semula.
“Apa dia mak?”
“Itulah, orang bercakap, dia sibuk mengelamun entah ke mana. Mak tanya ni, macam mana dengan Rusnanim tu? Kau ada hati kat dia tak?,”datin tetap tidak berputus asa.
Iman tersenyum lagi. Tapi bukan teringatkan Sufia. Tapi kerana telatah ibu kesayangannya itu. Tak habis-habis nak memaksanya mendirikan rumah tangga.
“Kau ni samalah dengan Im. Agaknya dah tua kerepot , baru sibuk nak cari bini,”rajuk datin.
“Mmm…ayah mana mak?,”katanya mengubah topik perbualan.
“Dia main golf dengan kawan-kawan. Kenapa?”
Iman mencapai air horlicksnya yang semakin sejuk. Kuih karipap semua dah habis dimakan. Dia tersenyum. Sekurang-kurangnya datin taklah lagi menyibuk dengan urusan peribadinya. Bukan sekali, bahkan berkali-kali maknya berceloteh. Memang salahnya juga. Terlalu memilih. Sampai sekarang bukan saja belum berjumpa dengan bakal isteri yang sesuai malah teman istimewa pun masih belum ada lagi.
Zaman di Universiti dulu ramailah. Tapi tak semua yang kekal lama. Kalau diikutkan kata orang tuanya, dah lama dia bergelar suami kepada Rusnanim. Rusnanim?Ah, tak mungkin. Perempuan itu cuma cantik dan berpendidikan tinggi, namun langsung tidak menepati cita rasanya. Kali terakhir dia bertemu Rusnanim semasa majlis hari lahir ayahnya bertahun dulu. Tergedik-gedik. Manja. Tapi itu dulu. Sekarang dia dah pun bekerja di luar negara setelah menamatkan pengajian di sebuah Universiti di UK. Mungkin sekarang dia lebih matang dan berfikiran positif. Lebih sopan. Siapa tahu?
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 1, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
3 ulasan:
salam ziarah dari abu luqman
www,kachipemas.blogspot.com
@Tanpa Nama
Time kasih sudi singgah....sy dh terjah blog anda...menarik
@Tanpa Nama
Catat Ulasan