Jumaat, 13 Ogos 2010

Cinta Semalam Episod 1

 Hak Cipta Terpelihara 2007


Kertas biru itu masih direnungnya. Masih jelas lagi tulisannya walaupun hampir dimamah usia. Iman melemparkan pandangannya ke rumah sebelah. Anak-anak jiran sedang berlari keriangan. Kadang-kadang terdengar jeritan senda gurau mereka adik-beradik. Dia turut tersenyum seolah mengerti keseronokan anak-anak tersebut. Perlakuannya kaku seketika tatkala emaknya berdiri terpacak betul-betul di hadapan Iman.

“Apa yang dimenungkan tu?,”tegur Datin Asiah membawa juadah petang.

Iman terperanjat. Dia memandang emaknya dengan pandangan berkaca. Sesekali anak matanya mencuri jeling dulang yang di tatang datin. Pergh! karipap panas.

“Mak ni. Buat orang terkejut je”

Bagi Iman duduk keseorangan di serambi rumah memang menjadi habit sejak dulu lagi.  Begitulah caranya mencari ketenangan yang hakiki. Kalau tak ke pejabat pasti masa terluangnya dihabiskan di buaian besi di halaman rumahnya. Kalau tidak pun, bermain tenis dengan rakan sekerja.

“Hai, ingat kekasih lama ke?,”kata datin lagi sambil menuangkan air horlicks panas ke dalam gelas. Iman mengangkat kening. Datin Asiah tersengih-sengih.

Orang tua ni pakai ilmu apa?Tahu-tahu je dalam kepala otak aku. Bisik hatinya.

“Ish,apalah mak ni. Merepek tah habis-habis. Orang nak release tension sikit je. Kerja kat pejabat tu pun bukannya sikit. Sesekali nak lepaskan penat kat depan ni tak salahkan?,”jawabnya yang sudah lama menyembunyikan surat yang dibacanya tadi. Dia tak mahu maknya tahu hal peribadinya. Biarlah dia simpan seorang. Biarlah selama-lamanya walaupun ia akan menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

“Mak gurau je Man,Ha…kot ya pun apa salahnya. Kau tu pun bukannya muda lagi. Umur macam kau ni dah sesuai berbini Man. Sunnah Nabi tu,”usik Datin Asiah lagi.

Iman memuncungkan bibirnya. Topik yang dibincangkan sudah menyimpang ke lain. Kalau diikutkan, nak juga dibiarkan orang tua itu membebel seorang diri. Apa taknya, asal berborak terus ke soal beristeri. Kalau tak memang tak sah.

“Mak ni…Orang tahulah nak buat macam mana. Mak tunggu jelah. Ini Muhammad Iman Naim bin Ahmad,”balasnya menepuk-nepuk dada.

Kuih karipap di depannya dicapai. Menekan masuk ke dalam mulut. Berderap bunyi rangupnya. Datin menggeleng kepala.

“Nak tunggu sampai bila? Mak ni pun hidup tak lama lagi Man. Mak teringin sangat menimang cucu sebelum mata mak ni tutup. Anim anak Encik Mahmud tu pun apa kurangnya? berpelajaran, cantik, baik. Kau tunggu apa lagi?,”pancing datin.

“Anim? Anim mana pulak ni mak?,”keningnya berlaga.

“Rusnanim,”datin mencuit bahu anaknya.

“Rusnanim....Rusnanim.....Anak Encik Mahmud tu? La, dia mana pandang Iman mak.  Lagipun dia tu anak emas. Tak padanlah,”Iman berdalih geleng-geleng kepala.

“Kau tu pun berpelajaran jugak. Anak tunggal jugak. Apa kurangnya?"





Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]




Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih