Selasa, 17 Ogos 2010

Bagaimana mahu bikin beg cendawan?





Salam. Arini cikgu nak ceritakan lak pasal pembikinan bongkah. Minggu lepas cikgu bagi intro apa itu cendawan kan. Kalau nak baca entry terdahulu, sila klik SINI


PENYEDIAAN BEG MEDIA/BONGKAH CENDAWAN

Selalunya bahan-bahan utama dalam penyediaan cendawan di panggil media dan tips arini ialah tentang teknik penyediaannya.  Contoh yang digunakan ialah bagi penanaman cendawan tiram kelabu

1. Bahan yang diperlukan
  • Habuk kayu gotah ( jangan guna habuk kayu getah yang dirawat)
  • Dedak padi/gandum (dedak padi murah sikit tp senang dijangkiti tapi dedak gand um bagus tapi mahal n susah nak cari)
  • Kapur pertanian (kalsium karbonat)
Nisbah atau kadar campuran yang diperlukan adalah
  • 100 : 10 : 1
  • Habuk kayu getah : Dedak padi/gandum : Kapur pertanian
  • Juga air berdasarkan sukatan pecah berderai, mean boleh kepal-kepal
Nota berguna :
  • Dedak padi leh la letak lebih sikit bagi jadikan cendawan lebih gelap, mantop, tebal dan tahan lama. Sikit je, ko jangan letak banyak-banyak. Nanti jadi cendawan lain lak.
  • Habuk kayu getah tu amik la yang tak gelap sangat tak cerah sangat warna dia. Habuk ni tak boleh terdedah kat hujan nanti lembab senang dapat serangan kulat hijau
  • Kapur ni lak fungsi dia sebagai antibodi la kat beg media tu supaya bantu elak serangan Israel....er silap2....serangan kulat hijau. Masa sebelum letak beg cendawan tu kat rak, kena tabur dulu kapur ni kat setiap rak dan lantai-lantai.
  • Kelembapan campuran antara 60-65%
  • Guna plastik Pp bersaiz 0.6'

Contoh cara-cara nak buat beg media berdasarkan 100 kilo habuk kayu, 10 kilo dedak dan 1.1kg kapur yang boleh hasilkan sehingga 180 beg media adalah

  1. Ada 3 pusingan. Pada pusingan pertama masukkan 1/3 x 100kg habuk kayu ke dalam mesin pembacuh simen tu/ gaulkan atas simen.
  2. Campurkan 1/3 x 10 kilo dedak padi
  3. Campurkan 1/3 x 1.1kg kapur.
  4. Gaul sehingga sekata. Masukkan 2 baldi besar air.
  5. Ulang langkan 1-4 untuk bahagian 2/3 yang berikutnya tapi bagi air tu tak perlu sampai 2 baldi. Cukup rasa pecah berderai campuran tu then stop.
Yes!, bahan-bahan dah siap. Sekarang ni perlu padatkan dalam beg media. Cara-caranya adalah
  1. Masukkan campuran dalam beg plastik guna corong turas.
  2. Hentak sikit plastik tu kasi padat sikit.
  3. Masukkan leher penutup
  4. Pastu tutup la guna stopper.
  5. Siap
Langkah selanjutnya minggu dopan iaitu bagaimana nak kukus beg cendawan

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih