Khamis, 29 Julai 2010

Cikgu Nasir ajar subjek Biolwanan

Hello pelajar-pelajar sekalian. Amacam dengan sesi pembelajaran dengan cikgu minggu lepas, "macam mana nak jadi follower"?? adakah pelajar-pelajar sume pass? atau terlepas? aku tengok macam terlepas je. Tak ramai pun jadi follower cikgu <--------bunyi macam pakse je!
Ye, kali ini cikgu nak ajar pelajar subjek Biolwanan. Biolwanan adalah gabungan dua subjek iaitu subjek biologi dan keusahawanan. Dalam dunia ni, aku sorang je ajar subjek tu.

Cikgu ada terjumpa nota si Suhami tempoh hari. Dia baru je pergi kursus tanaman cendawan. Ape lagi, aku rembat la. Cikgu pun takde bahan nak ajar minggu ni. Ala, ilmu tu milik Allah kan.  Boleh kongsi sama-sama.

Minggu ni cikgu nak ajar pengenalan cendawan sajok. Langkah yang lain ko kene amik tuisyen tambahan dengan aku. Hahaha. Cikgu takdelah kedekut ilmu sangat. Sharing is Caring maaa....(macam pernah dengar je tapi kat mano?). Minggu depan cikgu ajar step seterusnya. Baiklah, sebelum buah tomato hinggap ke muka cikgu, baik cikgu berhenti berceloteh dan mulakan sesi pengajaran. Sila buka buku seks teks Biolwanan sekarang!

PENGENALAN

Kalau dulu, cendawan ni pames dikalangan opah-opah dan tok wan di kampung sajok. Tapi sekarang ni cendawan telah dikenalpasti oleh pakar perubatan sebagai khasiat yang tinggi seperti :
  • Ado schizophylian iaitu bahan dalam ubat antitumor dan kanser.
  • Tingkatkan sistem imun dalam tubuh.
  • Anti radangan
  • Anti bakteria
  • Anti parasit
  • Melindungi hati (sapo frust tu, makan cendawan banyak2)
Cendawan skang dipelbagaikan dalam bentuk kapsul, campuran kopi, suplement kesihatan, kerepek cendawan, cendawan goreng dll.

Khasiat Pemakanan Cendawan Tiram Kelabu (100gm berat basah) <---------berat basah tu berat bersih ke?

Tenaga         = 37kcal
Air               = 89.2 gm
Protien         = 3.6 gm
Lemak         = 0.7 gm
Karbohidrat = 4.1 gm
Serat           = 1.8 gm
Kalsium       = 2 mg
Fosforus     = 88 mg
Zat Besi      = 1 mg
Natrium      = 6 mg
Kalium        =  195 mg
Vitamin B1  = 0.03 mg
Vitamin B2  = 0.45 gm
Niasin         = 1.9 gm
Vitamin C   = 9.4 gm

Ha, banyak tak banyak. Suplement ko adooo?

Kalau pelajar-pelajar sumer nak tahu. Ulang suara, kalau pelajar-pelajar sumer nak tahu!
Endut!! Sila bagi tumpuan. Jangan main sodoku masa saya tengah mengajar! <---------cikgu bajet bagus
Baiklah pelajar sekalian, kalau nak tahu terdapat lebih 2000 jenis spesis ungka.....eh eh...spesi cendawan di dunia tapi hanya 25 jenis saja yang
 boleh di makan. Kat Malaysia ni ada 7 jenis sajok. Antaranya adalah ;
  • Cendawan Tiram Kelabu
  • Cendawan Tiram Putih
  • Cendawan Tiram Pink (yang ni xdo!)
  • Cendawan Abalone
  • Cendawan Shitake
  • Cendawan Telinga Anjing Kera
  • Cendawan Jerami Padi
  • Cendawan Butang



Cendawan Tiram Kelabu (Pleurotus sajor caju)




Cendawan Tiram Putih (Pleurotus florida)






Cendawan abalone ( Pleurotus systidiosus)




Cendawan Shitake (Lentiaus polytricha)






Cendawan Telinga Kera (Auricularia plytricha)




Cendawan Jerami padi (volvovoitlia volcace)





Cendawan Butang (Agaricus spp)



cendawan butang




Cendawan butang


Minggu depan Cikgu Nasir akan ajar macam mana nak buat beg sekolah cendawan itu.  Jumpo lagi!

Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih