Bajukurungmelayu johor dah tempah. Kasut raya dah aim. Baju raye persalinan pertama, kedua, ketiga tak beli lagik. Servis kete lagi. Duit rayo nak bagi lagi. Anak buah confirm la tersengih-sengih kerang busuk kat pak teh dia menjelang pagi raya. Mentang-mentanglah aku bujang lagi. Korang paw aku ye. Kalau Cong Xi Fat Chai, yang tak kawen tu dapat duit raye. Ni aku lak kena kasi. Tu tak kira yang nak claim sebab pose penuh lagi. Yang budak2. Yang mak bapak budak.Nak bagi mak ayah lagi. Nak sponsor cat Nippon paint lagik sebab nak dapatkan key chain comey tu. Nak beli lampu kelip2. Nak beli pelita kasi pagar 1 rumah lagi. 1rumah 1malaysia. Nak belimercunkuih raya lagik. Nak guna taktik macam tahun lepas menyamar sebagai student nak duit raya buat muka budak2 sekolah kelip2 mata bajet comel dah tak menjadik dah. Sedare mare dah tahu aku dah keje. Meleleh air mata nak bayar itu nak bayar ini.
TETAPI!!!
Hebohan dari rakan sekerja juga di media blog petang semalam menyatakan bahawa kakitangan kerajaan dari gred 1-54 juga pesara kerajaan dapat bantuan khas kewangan sebanyak 500 hengget sebelum 1 syawal nanti. Wah! suko suko suko! Atok suko!!! Balik je dari kerja semalam, aku terus buka tv3. Aku tengok berita tv3. Tak cukup tv3 aku tengok lak tv1 pastu. CONFIRM dapat duit raya.
Yabe da be dooooo!!!. Syukur alhamdulillah. Malam tu, aku terngigau-ngigau ni. Duit raya! duit raya!
Siap merancang-rancang ape yang aku nak gunakan dengan duit tu nanti. Pekakas raya tak beli lagi satu hapak pun (pekakas??) <-----apekah?
Mengigau sampai lak ke sahur bawak ke pagi. Nak siap-siap pergi kerja ni. Muka mamai tak sememeh terus capai towel masuk bilik air. Amik berus gigi....pastu berangan lagik
Nak beli kasut raya...nak beli butang baju melayu (baju johor ado butang ko?)....nak kasi sorang RM** kat anak buah....nak servis kete....nak beli pelita......nak.....
Subhanallah!!!
Nasib baik gigi aku tak jahanam. Masa tengah berangan tu, aku tercapai ubat gigi cap...
Cap mens biore black and white................Inilah padahnya kuat berangan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan