Rabu, 25 Ogos 2010

Cinta Semalam Episod 7

Hak Cipta Terpelihara 2007


Iman tersenyum seorang diri. Dia menggeleng kepala. Baru-baru ini kenangan lalu sentiasa segar dalam lipatan ingatannya.  Semuanya gara-gara emaknya yang selalu memaksa untuk berkahwin.  Memang sepatutnya dia kena mencari calon isteri sekarang. Umurnya semakin lama semakin lanjut.  Jika dia tidak mula mencari sekarang, mungkin seumur hidup dia akan tetap membujang.


“Assalammualaikum,”suara memberi salam menyinggah ke cuping telinganya dari belakang.

Iman menoleh pantas.  Seorang lelaki sudah berdiri terpacak menghadapnya.  Lelaki itu berpakaian kemas.  Rambutnya disisirkan ke tepi.  Berkaca mata. Segak orangnya.  Lelaki itu menundukkan kepala sedikit sebagai tanda berbudi bahasa.

“Waalaikummussalam,”jawab Iman.

“Encik Iman? Anak Datin Asiah? Pengusaha taman orkid ni?,”bertalu-talu soalan keluar dari mulut pemuda itu. Spek matanya yang berbingkai hitam ditolak ke atas.  Anak muda tersebut melemparkan senyuman.  Dia terus menghulurkan tangan untuk bersalam. Iman menyambutnya dengan pantas.

“Ya saya. Awak ni sapa pulak?,”dia cuba mengenalpasti wajah lelaki itu. Namun ingatannya lumpuh seketika.  Kening lebatnya hampir berlaga.

“Oh maafkan saya…saya Hakimi. Panggil jer Im,”pemuda itu memperkenalkan diri setelah melihat Iman di depannya berkerut-kerut.  Iman memandangnya agak lama. Dari atas bawa ke bawah.  Kemudian memandang muka lelaki itu semula.

“Pembantu mak saya?,” soal Iman semula.

“Ya saya. Saya pembantu kanan datin,”balasnya lagi sambil tersenyum.

Iman mengorek dalam-dalam lipatan otaknya tentang wajah lelaki yang baru di kenalinya itu. Dia memang pernah nampak muka ini dulu. Tapi ingatannya masih lagi kabur.  Tetap tidak jelas.  Iman tidak berputus asa.  Dia cuba mengerah kudratnya untuk mengingati pemuda yang seakan pernah dikenalinya dulu.

“Astaga. Iki ke? budak TMS lewat 90an?,”terpancul ayat itu dari mulut Iman tiba-tiba.  Pemuda berspek mata tadi memandang Iman dengan pelik.

Memang betul dia pernah bersekolah di TMS. Tapi macam mana anak Datin Asiah mengenalinya. Dia tak dapat mengecam lagi wajah lelaki yang berdiri betul-betul satu meter darinya.  Hakimi pula yang berkerut muka.  Dia berasa pelik.

“Iki ni akulah. Iman!Muhammad Iman Naim. Budak Tuanku Muhammad School dulu,”Hakimi mencari-cari lagi dalam gulungan ingatannya. Dahinya berlipat seribu.

“Iman? Iman?.....Oh…Encik Iman!Budak yang berlagak macho tu?,”Hakimi berseloroh.

Mereka ketawa terbahak-bahak. Memang tak sangka berjumpa lagi. Lebih-lebih lagi perubahan besar yang berlaku pada Iman.  Pemuda itu tampil dengan imej berambut pendek. Kemas. Lebih tampan dan segak. Penampilan 100% berbeza daripada dulu.  Hampir mustahil Hakimi untuk mengenalinya jika tidak bertegur sapa.

“Tak payahlah kau berencik-encik dengan aku.  Eh, kau macam mana sekarang?,”pandangannya tertancap ke arah Hakimi. Sesekali anak matanya liar memandang sekeliling takut emaknya curi-curi dengar. Yang ada cuma beberapa orang pekerja yang sibuk bekerja. Itupun jarak mereka agak jauh. Setelah yakin line clear, Iman memandang Hakimi semula.

“Ok takpe…tapi jangan panggil Iki lagi,”spek matanya di tolak ke atas semula.

“Apsal pulak?,”tanya Iman pelik.

“Itu nama budak-budak dulu. Tak komersial langsung. Tapi sekarang panggil jer Im,”Hakimi bergurau lagi.

“Ada-ada jelah kau. Erm..macam mana dengan Ben?,”tiba-tiba dirinya teringatkan Sufia. Dahi Hakimi mencerut semula.  Hakimi memandang Iman.

“Ben mana?”

“Ish kau ni. Lembab macam dulu gak. Nuriwani Sufia. Si Ben. Kawan baik kau tu,”Iman pula yang melawak. Masa zaman persekolahan dulu, mereka sekumpulan asyik ketawa saja. Mana kan tidak, hampir semuanya kategori masuk air.

Wajah Hakimi tiba-tiba berubah. Iman serba-salah. Mungkin menyesal berkata sedemikian. Ah! mana mungkin. Hakimi berfikiran terbuka. Tak mungkin dia terasa hati dengan perkataan lembab itu. Hati Iman bergolak lagi.  Iman terus mendapatkan kepastian daripada empunya diri.

“Kau terasa ke Im?,”tanya Iman mendapatkan kepastian.

Hakimi menggeleng. Raut wajahnya tidak berubah dari tadi. Pucat. Matanya menghala ke tanah. Dia tidak berani bertentang mata dengan Iman lagi.

“Sebenarnya,Ben..dia…”

“Sebenarnya apa? Kenapa dengan Sufia?,”Iman bertambah tidak keruan. Jiwanya lebih gundah dari tadi. Mungkinkah sesuatu yang buruk berlaku ke atasnya? Benarkah insan yang selalu dikenangnya sekian lama tiada lagi di dunia?

“Aku memang tak tahu apa-apa pasal dia, Man,”Hakimi memberi alasan.

“Jangan tipu aku Im,”wajah Iman pucat.

“Kitorang lost contack. Pasal dia, aku tak tahu. Yang pasti, dia dah bertukar sekolah sebelum PMR bermula lagi,”Hakimi menjelaskan segalanya.

Iman menghela nafas panjang. Tapi di mana Sufia sekarang? kenapa dia bertukar sekolah?Hatinya memberontak semula.

“Please…jangan paksa aku lagi. Aku memang tak tahu apa-apa pasal semua tu. Tapi aku dapat tahu, dia dah berpindah ke tempat lain,”Hakimi berkata lagi.

“Tapi kenapa?”

“Iman please…,”rayu Hakimi lagi.

Iman menggeleng perlahan. Dia terasa ingin mengamuk sepuas-puasnya. Biar melayang pasu orkid emaknya ke udara. Biar bersetai bunga-bunga orkid yang tidak bersalah itu. Namun bayangan datin meluputkan segalanya.

“Kau macam mana sekarang?,”Hakimi memberanikan diri memandang Iman.

Bijak dia mengalih topik. Tapi daripada semuanya jadi huru-hara, lebih baik dia melupakannya buat seketika.Ya seketika.

“Ha Man, mak kenalkan ni Im. Yang mak selalu ceritakan dulu,”Datin Asiah muncul tiba-tiba dari belakang. Iman mengurut-ngurut dada kerana terkejut.

“Mak ni dari dulu macam ni. Kalaulah Iman ni ada penyakit jantung, dah lama off tau. Kempunanlah mak nak timang cucu,”suara Iman rata. Dia masih lagi mengusap dadanya.

“Im, kau pernah jumpa anak umi sebelum ni?,”datin membahasakan dirinya sedemikian di kalangan pekerja-pekerjanya. Hakimi memandang Iman. Iman pun memandang Im.

“Belum. Ini first time kitorang jumpa,”hampir serentak keduanya menjawab.

“Marilah kita ke sana. Minum-minum sikit. Kat sini panas,”kata datin lagi.

Hakimi dan Iman mengekori dari belakang.Sedap juga minum air sejuk panas-panas begini. Tapi sebelum langkahnya pergi jauh, Iman sempat bertanya.

“Im please…Mana Sufia sekarang?,”kata Iman dalam hati.

 Dia tahu Hakimi ada menyimpan sesuatu darinya. Tetapi Hakimi tidak langsung menjawab soalannya. Mereka berdua mengatur langkah mengekori datin yang sudah jauh ke depan.





Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 6, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]


Tiada ulasan:

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih