Hak Cipta Terpelihara 2007
“Mana Iman , Mak Jah? Tak turun sarapan ke?,”seperti biasa datin meletakkan jug berisi air Horlicks panas ke atas meja. Anak bujangnya sukakan air itu. Lebih-lebih lagi jika dia yang buat sendiri.
“Lah…dia belum turun lagi ke datin. Nanti kejap, saya panggilkan,”Mak Jah bergegas ke bilik Iman di tingkat atas.
“Apa yang kecoh-kecoh ni?,”kasut sukannya diletakkan ke tepi. Iman mengelap sisa-sisa peluh yang berbaki di mukanya. Mak Jah mematikan langkahan. Tidak kesampaian meneruskan niatnya sebentar tadi.
“Ni dari mana pagi-pagi buta ni?,”nada datin seakan keras. Dia masih lagi sakit hati tentang hal malam tadi.
“Alah mak…orang pergi jogginglah. Hari minggu ni, takde benda nak buat,”Iman mengendeng di belakang emaknya.
“Mmm…eloklah tu. Lain kali buat lagi,”sinis Datin. Iman memandang emaknya. Hai…orang tua ni ingat aku budak sekolah lagi ke apa? Pedih juga kata-kata orang tua ni. Tak kan marah lagi kot.
“Mmm…nasi goreng kampung. Air Horlicks panas. Ni mesti mak yang buatkan?,”katanya seakan memujuk.
“Dah…jangan nak mengada-ngada. Pergi mandi dulu. Bau mengalahkan kerbau,”datin berseloroh.Sah datin tidak marah lagi. Iman tersengih. Kan dah cakap, rajuk emaknya sekejap saja.
“Lepas ni nak ikut mak tak?,”datin masih lagi membuat muka serius.
“Ke mana?,”Iman sempat mencopot nasi goreng yang dibuat emaknya.
“Ikut jelah..”
“Yelah nak ikutlah ni. Tapi nak ikut pergi mana?,”Iman mengunyah nasi gorang tadi.
“Tapak projek orkid mak. Sambil-sambil tu boleh kenal ngan Im,”datin mula mengukir senyuman.
“Im mana pulak ni mak? Laki ke pompuan?,”garisan halus terentang pada dahinya.
“Lelaki. Kenapa? Kau dah berkenan ngan dia? Sama spesislah dengan kau tu. Tak kahwin-kahwin lagi. Nak tunggu orang masuk minang ke?,”gurau Datin Asiah. Namun terasa juga diperli. Iman terasa panas muka dengan bebelan emaknya itu.
*****************
Sementara itu di lapangan terbang, Encik Mahmud dan isterinya sedang berbisik sesama sendiri. Sesekali matanya menjeling ke lengan melihat jam. Encik Mahmud dan isterinya nampak gelisah.
“Betul ke Anim tu balik hari ni bang? Entah-entah dia
dah merajuk tak. Tak jadi balik langsung,”isterinya mengomel.
dah merajuk tak. Tak jadi balik langsung,”isterinya mengomel.
“Awak diamlah. Dia mesti dengar cakap saya. Awak tunggu jelah sekejap lagi,”kata Encik Mahmud dengan yakin.
Hatinya juga tidak tenteram. Takut-takut juga kalau anaknya itu tak balik ke Malaysia. Habis nanti impiannya untuk menyatukan anaknya itu dengan anak Datuk Ahmad tidak kesampaian. Kalaulah mereka berdua jadi diijabkabulkan, dia suami isteri juga menumpang senang. Sampai ke tua hidupnya senang!
“Awak tengok sana tu. Ha, kan Anim tu. Betul tak cakap saya?,”kata Encik Mahmud gembira. Sementara itu Puan Rohani memandang sekelilingnya.
“Mana?”
“Itu. Baju hitam tu,”lelaki itu beriya-iya menunjukkan anaknya pada isterinya.
“Eh, betullah bang. Rusnanim tu. Alahai, saya hampir tak cam bang,”Puan Rohani juga turut teruja.
Dari tangga bergerak itu, muncul seorang wanita anggun berskirt labuh gelap. Rambutnya yang lurus dan hitam pekat ibarat model syampoo berjenama. Cermin mata hitam disisipkan di atas kepala. Bibir halusnya menguntum senyuman. Tangan putih gebunya melambai manja. Matanya yang bundar dan alis yang melentik melengkapkan lagi pakej gadis bandar. Kakinya yang tirus menyongsong di sebalik belahan skirt labuhnya. Memang lengkap semua pakej sebagai seorang gadis yang layak bergelar model ternama. Gadis itu menuju ke arah ayah bonda yang sudah lama tidak berjumpa.
“Mama..Papa..!!!”
*************************
“Ni orkid belang rimau,”maklum Datin perlahan.
Iman mengangguk malas. Dia memang tak minat langsung dengan bab-bab bunga. Apa yang dikata oleh emaknya ibarat masuk telinga kanan keluar pun telinga kanan.Tak masuk langsung.
“Mak”
“Apa dia?”
“Orkid kat sana cantikkan?Orang ke sana kejap,”Iman menuding ke satu tempat.
Datin menggeleng. Dia faham sangat dengan perangai anak lelakinya itu. Iman duduk sebentar di kerusi rehat. Anak matanya sibuk dihujani dengan kemeriahan warna bunga yang pelbagai. Ada yang bewarna kuning, jingga, ungu, merah, coklat dan macam-macam lagi. Sungguh meriah. Tapi yang pastinya semuanya orkid dari spesis yang berlainan. Ketika itu juga pandangannya menembusi orkid-orkid itu menerewang ke alam fantasinya.
Hakimi hampir tersedak. Dia cepat-cepat menghirup air sirap yang dibelinya bersama mi goreng tadi. Kepalanya berpusing ke arah yang dimaksudkan Sufia.
“Mana?,”tanyanya tercari-cari.
“Tu. Yang tegak macam patung tu,”mulut Sufia turut memuncung.
“Iman tu. Kesian pulak aku tengok budak tu tercari-cari tempat duduk. Kita ajak dia makan dengan kita sekalilah,”katanya simpati.
“Kau jangan nak menggatal,” balas Sufia dengan meluat. Budak itu menjeling tajam kemudian terus menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.
“Menggatal apanya pulak? Dia tu kawan kita jugak. Satu kelas dengan kita lagi,” Hakimi mengeluh kecil.
Iman masih berdiri seorang diri dengan kedua-dua tangannya memegang makanan dan minuman. Matanya masih mencari-cari kalau-kalau ada tempat yang kosong. Para pelajar semakin ramai mengerumuni kantin sekolah. Lebih-lebih lagi keadaan kantin yang kecil tidak dapat menampung jumlah pelajar yang semakin ramai.
“Tak payahlah. Aku menyampahlah dengan budak tu. Berlagak bandar,”ujar Sufia lagi. Dia menghirup air laicinya perlahan-lahan.
“Tak baiklah kau ni Ben,”Hakimi menjeling.
Sufia dan Hakimi memandang Iman semula. Bayangan Iman sudah tiada di tempatnya tadi. Mereka berdua menoleh sekeliling kantin. Iman tiada!
“Hai!. Makan tak ajak pun,”Iman tiba-tiba muncul di depan mereka.
“Ops, mak kau meletup,”latah Hakimi. Sufia sempat mencubit lengan temannya karibnya itu. Buat malu saja. Masa tulah mak dia nak meletup.
“Sorrylah ganggu korang tengah makan," kata Iman tersenyum.
"Maaf, sini tak ada kosong,"balas Sufia selamba. Dia tidak memandang Iman sedikitpun.
"Sebenarnya saya nak bagitahu mi goreng awak tu ada lalat,”Iman menahan gelak. Sufia cepat-cepat melihat mi di depannya. Sah, memang ada seekor lalat sedang hinggap dalam mi gorengnya.
Aduh! Malu….malu….
“Saya pergi dulu ya,” Iman meminta izin pergi ke tempat Lazan yang berada beberapa meter darinya. Lazan juga tersengih-sengih dari jauh melihat muka Sufia bertukar merah padam.
“Ni kaulah punya pasal! Jatuh saham aku,” Sufia menyalahkan Hakimi. Muka Hakimi mencerut.
“Kita pulak yang salah"
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 5, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan