Selasa, 21 Februari 2012

Durian Tunggal atau Bukit Katil

Assalammualaikum dan peace yo!


Oh tidak. Kecelaruan jiwa melanda atok laie. Sojak dari aritu laie atok try usha nak boli rumah. Kesian kan, dah pencen baru nak boli rumah. Antara topik perumahan yang atok ponah perbincangkan dolu di Sendayan, Bandar Utama Cheng,  isu perumahan di Melaka dan banyak lagi.

Tapi masalah eh, sampai la ke hari ni batang paip rumah pun tak nampak. Sampai orang nak muntah menjawab pertanyaan atok isu perumahan ni. Atok bab mengeluarkan duit banyak ni perlukan maso 2 3 tahun baru nak melabur. Perlu kajian yang banyak. Kono selalu tanyo orang yang berpengalaman. Buat research kat tenet. Kono jumpo Bok Miah.

InsyaAllah, mula bulan 3 ni atok dah bulih keluarkan duit KWSP. Atok ingat nak gunokan duit tu untuk boli rumah. Yang menjadi permasalahan atok sekarang ni, ado duo taman perumahan yang bersaing hebat di dalam kepala otak ni. Iaitu taman di Durian Tunggal dan Taman di Bukit Katil.

Malam ahad haritu, atok try usha perumahan di Bukit Katil dengan kawan atok. Tapi waktu malam la. Maso tu hatok dah rabon ayam. Rumah kat situ memang tenang, jauh dari hiruk pikuk kota. Dekat jugak dengan pusat pentadbiran kerajaan Melaka dalam 5 minit camtu kalau tak silap atok. Nak ke bandar Melako pun dokek. Kebetulan, semalam ado akak kat Melaka ni inform atok, terdapat satu rumah kat area situ yang dah siap sejak tahun 2008 tapi masih bolum dimiliki. Akak Eifa koba kalau nak buat homestay pun masyuk kat area situ. Kawan dio buat homestay boleh dapat sebulan dalam 500-600 hengget. Tapi atok tak tahu bukaan dia berapa. Kalau tak silap 20 x 70. Ado 3 bilik, 2 bilik air.

Taman di Bukit Katil


Pilihan yang keduo ni pulak, atok ado usha kat Durian Tunggal. Durian Tungga ni jaraknya dengan pusat pentadbiran Melaka dalam 9 minit. Dari tol ayer Keroh dalam 8 minit. Makno eh dekat dengan kampung atok lah. Rumah kat sini  dijangka siap tahun Febuari 2014. Ado 4 bilik, 2 hall dan 2 bilik air. Binaan tapak 20 x 71...Keluasan tanah 20 x 80, makno eh ado tanah 9 kaki kat belakang. Lokasi ni berdokatan dengan UtEM. So, atok bolih ajak student sana sewa umah atok samo2, dapek tampung 50% bayaran ansuran bolanan pun jadiklah kan. Tapi atok takut kawasan ni kawasan banjir. Then, kawan atok koba berisiko gak kalau rumah tak siap ni. Dio koba bayaran ansuran start di potong setahun rumah dalam proses pembinaan. Siap tak siap potong gak. Ek?

Taman di Durian Tunggal


Camne ek? bagi pendapat tolong atok plis....Atok buto bab perumahan

25 ulasan:

blog-tips-kurus berkata...

dah tekad nak area Melaka le ni yek?
bagus atok buat kajian siang & malam tu. dah temuduga orang ramai? analisis statistik jenayah adalah isu penting juga selain lokasi & kemampuan pendapatan tetap + sampingan. buatlah istikharah juga ye. Sekian.. :-)

Faisya berkata...

diz is my personal opinion eh tok.2 2 tmn ni ok je.tp se bygkan klu duk bukit katil,kalau nk kesana jln jam wo.pastu trafic lite byk, tgu lama.tp lg dekat dgn bandar.tp melaka tu kecik je, mana2 tmn pun rs dekat jer....

durian tunggal wpun jauh sikit dari bandar boleh cilok jln lain,myb dkt kerubung ke,batu berendam ke (eh, ye ke? pepandai je kan... ;p)

faiz berkata...

yg penting kemampuan tok...tgk kemudahan sekeliling...kalo potential utk jd tempat tumpuan lg bgus...

Aziela berkata...

Er, nak tanya sket. Beli rumah nak buat apa? Nak duduk ke, nak buat pelaburan? Yang ke-2, walaupun rumah x siap lagi, x semestinya x bagus. Dalam agreement hak kita dilindungi. Boleh consult bank. Agak2 nak bertanya pasal pinjaman rumah, tanyalah bank apa pendapat pegawai dia, atau boleh tanya lawyer. Reputasi developer pun harus diambil kira. Lagi satu, walaupun rumah dah tentu siap, kenapa tak ada orang duduk lagi sejak tahun 2008? CF lambat ke? Kenapa lambat? Apa yg tak diluluskan? Mana cacatnya? Atau pun kawasan tu banyak han..han..han...?

Hehehehhe...memang banyak aspek yg perlu dinilai. And akak rasa, option yg ada nie tak cukup lagi. Pergi round bebanyak lagi. Bawak omak atok skali. Disaping mengeratkan kemesraan dgn ibu, boleh minta pandangan ibu..ha, camno?

D berkata...

atok dok melaka ke tok?!
npe atok nak beli umah kat durian tunggal or bukit katil?
npe tak beli kt tempat lain?!
lorong pandan keh ?
krubong keh?

haha. dekat sket dengan cucu.
wakakak

LadyBird berkata...

lady x reti nak komen bab2 rumah ni.. tp kalu lady.. lady ambik rumah yg dkt dgn kampung.. sng lagi jenguk2 ibu ayah tercinta..

Tanpa Nama berkata...

kena tgok cf dulu tok.. lepas tu tgok persekitaran.. survey sama ada pnh berlaku jenayah ke x.. tgok jiran2.. tgok kemudahan yang ada.. yerlah nak beli rumah ni bukan 2,3 ribu tapi berpuluh dan ratus ribu mmg kena fikir masak semasak masaknya ^_^

Unknown berkata...

pada chii..dedua ok..lgpun kedua2 tempat ni x jauh sgt dr bandar..tp mcm atok ckp..durian tunggal dekat gak ngan umah kan..

apa pun..buatlah pilihan dengan bijak :D

Hanie Dew berkata...

aku tak dapt bg cadangan sbb aku pun takde rumah lagi. baru nak tanya atok.

pa pe pon atok fikir dan teruskan buat researh. rumah ni aset jangka panjang.

Si BuDaK KaChAk berkata...

sy pun tak pakar dlm bidang perumahan ni...

tp dr apa yg atok ckp mayb sy akn pilih durian tunggal...dekat dengan kampung sy...hehehe

kakzie berkata...

Atok....beli rumah ni nak duduk ker atau nak wat hstay?atau disewakan?....kalau nak duduk biar cari yg kita selesa persekitran spt tak jem tak huru hara tapi kalau nak wat bisnes kena cari tmpt yg strategik yg ada potensi utk tlg jana pendapatan atok.....so tepuk dada tanya poket.....kalau mkck pilih yg bukit katil coz boleh wat hstay hehehehehe

Woofer Storm berkata...

kalau bnyak duit,rasa nak beli je dua2..leh jdi pelabran jangka panjang..

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : Atok dah nekad nak boli umah di Melaka. Kompem.

Unknown berkata...

Faisya : Kawan atok pun ado cito, jalan kat Bukit Katil tu banyak traffic light T_T

Unknown berkata...

faiz : Jemaat ni atok try turun site tengok camne

Unknown berkata...

Aziela : Atok raso ado logiknya kato2 akak ni. Kot ye pun dah siap, napo sojak 2008 takdo orang duduk kan. Musti ado han.....Ish, risau lak atok bab milih boli umah ni

Unknown berkata...

Zakaria's daughter : Ala, atok kalo bulih nak boli umah dokek ngan tompek kojo

Unknown berkata...

LadyBird : Makno eh di Durian Tunggal ek?

Unknown berkata...

umie mia : Atok raso itu sebaiknya. Kono pikir masak2 dan buek kajian dulu kan. Thanks Umie

Unknown berkata...

chii : Atok akan try buat research lagik =)

Unknown berkata...

Hanie Dew : Thanks Hanie Dew , atok akan buek kajian lagi dan lagi

Unknown berkata...

Si BuDaK KaChAk : Atok pun raso berat ke sana

Unknown berkata...

Zie : Tapi atok nak duduk. Raso eh, di DUrian Tungal tu pilihan yang topat kot

Unknown berkata...

Woofer Storm : Tapi atok tak banyak duit T_T

mas saari berkata...

cari rumah yang dekat dengan kemudahan awam, senang! pastu biarlah rumah tu kita mampu nak bayar bulan2...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih