Rabu, 1 Jun 2011

Melaka Bandaraya Bersejarah

Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Ok, kita sambung semula percutian bajet 3 hari 2 malam kito yo. Lokasi pertama kita sekarang di Melakau. Selepas sahaja sesi [MAKEOVER], atok dan 2 orang kawan berlepas ke Bandar Hilir. Masa sampai je kat sana bebola mata hampir terkeluar melihat pembangunan dasyat di Melakau. Kalo tak silap atok dah lebih 5 tahun tak menjejakkan kaki di Melaka.

Banyak lampu bling-bling memeriahkan suasana malam. Kelihatan pakcik becha mengayuhkan bechanya yang macam lampu fun fair mengelilingi Bandar Hilir untuk menarik perhatian pelancong. Ramai anak-anak kecil yang berpimpinan tangan dengan mak ayah sambil melemparkan senyuman paling manis. Pelancong asing pun ramai yang berfotoshoot di sepanjang jalan. Orang tempatan pun ado. 

Kami outing start dari pukul 8 malam sampai 11 malam. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh posing maut. Sampai bateri [MUCHUK MACHAM D90] kong. So, atok tak mau cita panjang, kalian layan je gambor-gambor yang sempat aku snap.

Motep kau bersandar kat tiang tok??




Belakang tu  lah kapal Pirate of Carrebean...erk




Cantik tak? Ni tinggikan shutter speed n ISO, rendahkan Apature slr...no editing!





Macam kat eropah kan. Tak payah aku nak bazir beli tiket melancong ke Paris...tu dia.




Atok yang pakey spek Lady Gagap tu...tengah milih apa ntah kat Jonker Walk







Ini kalau korang tak tahu bangunan apa, memang la aku tak tahu nak cakap apa......(jap aku nak google...kompius antara A Famosa atau Staydius  +_+  )





Pelbagai aksi dan ragam dapat disaksikan....ramai gak photographer malam tu




Nice colour combination





Teringin nak borong sume trompah tu kasi cucu-cucu aku..tapi duet habeh sebis si bobot  =(


So, apa lagi? Sekarang musim cuti sekolah kan. Apo kato bawak kengkawan, famili, sanak-saudara p melancong kat Melaka. Jimat segala-galanya. Masa kat Melaka tu pun atok feeling2 kat eropah. Nak p eropah kang, habis gugur sume bulu kaki. Ok, atok nak p shopping dvd Adobe Photoshop opismate jap....Tataaa!

16 ulasan:

faiz berkata...

melaka mmg bersih ngan cantik kan..

zazaw berkata...

yey melakaaaaa
g jonker walk tak???
g melaka tak ajak cucu
ahahahahah

cik RQS berkata...

nice!..share laa lagi..memang ngah cari tempat cuti menarek ni..

sahromnasrudin berkata...

atok...cucu atok nie cadangkan muka atok tue letak la mata satu..baru mcm pirates of straits malacca kan hehehhheehe

blog-tips-kurus berkata...

kesian.. A Famosa warna putih itam la tok! kat atas bukit tuuuuu...

*naik cruise waktu malam lagi indah yek? wajib nak posing depan kapal tu kan!! huhuii! (*.*)

SITI NOARIZAH ARIS berkata...

Tuk.. den pun suko g melako dr kocik sampai ke tuo ni ha..tapi lum dtg mlm2 g kat sano nntilah satu hari nak meraso gak macam atok tu..hehe!!

Tanpa Nama berkata...

pesal atok pakai spek lady gagap tuh ? pelik bebenor ~ ha2

Mohamadazhan.com berkata...

saya suka pergi melaka sebab byk muzium...byk ilmu sejarah =)

masih boleh kasi gilap lagi pic tu.hehe


Info Sihat: Kebaikan Epal Hijau

Unknown berkata...

faiz : Betul...satu sampah pun atok tak jumpo

Unknown berkata...

zazaw : Wajib lah p Jonker walk tu. Ha, atok tak teringat lak zazaw duk melakau, xpe next time atok roger2 ek

Unknown berkata...

MISS QASEH SAIFUDIN : Ala, atok pun tak lama p Melakau tu. Cuma lepak kawasan Bandar Hilir sajok.

Unknown berkata...

sahromnasrudin : Erk...kompem macam pirate kan...hihi

Unknown berkata...

blog-tips-kurus : A Famosa yang atas bukit tu kan..atok tahu lah...(sambil rujuk kamus pelancongan Melaka)

Unknown berkata...

CT NoArIzAh ArIs : Ha, best tau datang malam2...sejuk je...ramai orang...tak panas macam tengah hari tu

Unknown berkata...

Novelgurl : Pesyen...huhu

Unknown berkata...

Mohamadazhan hjDesa: Tapi atok tak sempat skodeng muzium masa tu. Hihi, thanks ek, atok masih pucuk hijau lagi =)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih