1. Kalau DULU pergi sekolah dengan beg sebondong tanpa miss setiap buku. Kalau boleh semua buku nak bawak walhal jadual ada tampal kat box pensel.
Tapi SEKARANG pergi sekolah dengan beg yang ada roda tu. Lagi untung kalau kat sekolah dah menggunakan notebook yang kecik tu.
2. Kalau DULU balik je dari sekolah sharp pukul 1.05 atau 1.30 tengah hari. Petangnya boleh tengok cerita Gaban ataupun main keladang sampai ke petang.
Tapi SEKARANG balik sekolah je dari sekolah kena pulak pergi kelas tambahan. Tak cukup dengan tu, ada kelas ko-korikulum sampai petang. Balik je dah penat nak beriadah.
3. Kalau DULU cikgu marah, herdik, diri atas kerusi, cubit, tempeleng sebab tak siapkan kerja sekolah atau tertinggal buku, itu sudah jadi perkara biasa.
Tapi SEKARANG cikgu sentuh sikit dah mengadu kat ''mama dan papa''. Lepas tu "mama dan papa" ambil tindakan tegas nak saman cikgu.
4. Kalau DULU balik je dari sekolah sukahati nak beli aiskrim, cendol, ABC, cikedis kat kedai runcit depan sekolah. Tapi SEKARANG dah tak boleh, malah nasi lemak pun di hadkan di jual di sekolah!
5. Kalau DULU pelajar bergaduh setakat bibir berdarah, baju koyak, mata lebam je. Tapi SEKARANG kalau bergaduh siap bawa pisau, siap bawa geng kutu dari luar, siap bertumbuk sampai mati!!
20 ulasan:
haha.menarik lah atok!
yang no3 tu saya dah kena waktu mengajar lepas....
naya...dipertikaikan pula cikgu tak pndai ajar...
dulu lain, sekarang lain..
skrg ni, 'fruit daughter' baru Std 1 dah demand touch screen hp. cissssss!!! (",)
tula...bdk sekarang byk sgt program dia...dulu kelas tambahan pun time nak upsr je...
atok,
sy dulu sekolah tinggi klang..sekolah atas bukit..petang takde kelas gune..buku teks tinggal kt kelas..bawa fail je heheheheheee
Zaman sekarang nk lepaskan ank ke sekolah pun risau bdk2 sekarang berani tak bertempat dgn cikgu pun dyorang tak takut.
wow TMS! hihi
zazaw suka no 3 dengan 5. sokong 100%
budak sekrang manja
byk sungguh beza skolah dulu dan sekarang kan..
rindu tul ngan zaman skolah...hurmm
sebagai bakal guru, sy amat takut dengan situasi para pelajar di sekolah tapi tak pa..insyaallah sy boleh lakukan....
dulu2 lg best dr sekarang ni.. budak2 pijak kepala pun pasal ibu bapa masuk campur,xbagi jentik anak die. yg kite ni dulu ibu bapa siap suruh cikgu pukul lg ade.hehe..
Mohamadazhan hjDesa : Kan...dulu takde pun isu-isu cenggini
blog-tips-kurus : Aiyooo..kelas...atok pakai nokia 3310 je dari dulu kini dan selamanya +_+
faiz : Kan. time nak peksa besar je baru ada kelas tambahan cenggitu
sahromnasrudin : Wah...macam kat sekolah omputeh. Bawak fail je kan. Untung la sahromnasrudin
CT NoArIzAh ArIs : Betul tu. Tak tahu kat mana silapnya.
diana amin : Sekolah kita dulu tu na =)
zazaw : kat mana silapnya kan. Mungkin silap kat mak bapak kot. Terlalu manjakan anak-anak.
chii : Atok pun rindu jugak...
Azham Vosovic : InsyaAllah, Azham Vosovic boleh lakukan. Gud luck !
a pis of art : Yup. Memang berbeza kan. So kepada ibu bapa, kalau nak tengok anak tu berjaya, janganlah manjakan sangat
Catat Ulasan