Ahad, 22 Mei 2011

Cinta Semalam Episod 31

    


  Pagi itu merupakan pagi yang begitu ceria bagi Iman.  Tidak seperti hari-hari sebelumnya yang  suram dan membosankan.  Dia rasa begitu bersemangat sekali untuk bekerja.  Seperti ada satu kuasa magnet di tempat kerjanya sekarang yang memangil-mangil semangatnya datang kembali.
      “Selamat pagi Encik Iman,”kedengaran suara menyapanya sebelum masuk ke bilik pejabat. 
      “Selamat pagi,”balas Iman kepada setiausaha barunya itu sambil mengenyit mata nakal.
      Rusnanim terpaku.  Namun senyuman manisnya tidak lekang di bibir.  Dia tidak membalas kenyitan Iman sebaliknya menceber.  Iman terpelanting ke belakang.  Kemudian dia membuat isyarat kepada Rusnanim nakal sangat.  Iman berlalu masuk ke dalam biliknya.
      “Hai kawan!,”seperti biasa jantan yang makan nasi campurnya seorang diri tempoh hari  datang ke biliknya.
      “Hai…awak buat apa berdiri di luar itu.  Awak masuklah,”ejek Iman tanpa memandang adik sepupunya.
      Asrul melangkah masuk terhenjut-henjut.  Lagaknya tak ubah seperti seorang perompak pecah rumah orang.  Seperti biasa juga dia tersengih-sengih seorang diri.
      “Kau ni tak ada kerja lain ke pagi-pagi buta ni, Rul?,”tanyanya berbaur nada perli.
      Seperti orang dungu Asrul menggaru kepala.  Tak ubah seperti budak separuh biul.  Agaknya sepupu Iman yang seorang itu ada sindrom down.  Sebab itulah bila di tanya dia wajib menggaru kepala.
      “Maaflah.  Rambut aku gatal sikit.  Pagi tadi tak pakai syampoo,”ujarnya berdalih.
      “Yelah tu.  Hari-hari kau masuk sini, hari-hari jugak kau menggaru.  Kurap ke apa?,”usik Iman tersengih-sengih.
      “Hello.  Sori sikit cik abang ye.  Mulut tu dah terlebih insuran ke? ini trandmark aku okey.  Jangan jeles,”katanya bersuara kuat.  Tangannya terlentok-lentok.
      Terasa juga dirinya dihina ketika Iman mengatakannya ada kurap.  Silap haribulan dia sendiri yang ada penyakit kulit tu! Manalah tahu.
      “Datang rumah aku malam esok.  Ada parti sikit,”Asrul ajak-ajak ayam.  Iman seperti tidak memberi tumpuan sangat padanya.
      “Parti apa bendanya.  Parti hari jadi kau ke? ada badut tak?,”katanya mengusik.
      Asrul mendengus.  Nak saja dia jadikan Iman sebagai badut malam itu.  Semua benda tidak di ambil serius.
      “A’ah.  Parti hari jadi aku yang ke lapan tahun.  Ada belon, ada badut, ada banyak alat mainan, macam-macam ada….hey, pleaselah.  Tak ada kuasalah aku nak buat benda-benda macam tu.  Bapak aku nak raikan adik aku yang baru dapat anugerah dekan.  Dia dapat gelaran best student semester tau,”ulas Asrul panjang lebar.  Hidungnya seperti kembang kempis menceritakan kehebatan adiknya.
      “Ooo…si Hasrina? budak yang manja sangat tu?”
      “Ha, pandai pun.  Aku ingatkan kau bengap ubi,”jawabnya cakap lepas.
      Iman tersengih seorang diri.  Asrul memandangnya serius.  Agaknya sawan dia datang lagi.  Takpun disampuk hantu.  Asrul sudah mula membaca surah-surah yang telah diajar oleh Nek Tomah dulu.  Secara automatik Iman berhenti tersengih.  Dia menjegilkan mata.
      “Hoi! kau jangan nak buat hal lagi.  Kalau tak ada apa-apa hal, kau boleh…,”cakap Iman terputus.
      Tangannya ligat mencari fail-fail yang terdahulu di atas mejanya.  Entah apa jenis fail yang di cari pun tak tahu.  Agaknya saja berlagak sibuk supaya Asrul mengerti itu bukan masa yang sesuai untuk berbual.  Tangannya pantas mencari lagi.
      “Man…,”bisik Asrul perlahan.  Mulutnya didekatkan seperti hendak mencium telinga Iman.
      “Apa dia?,”Iman pun separuh berbisik.
      “Nak…,”kata Asrul terputus.
      “Nak beli sarapan kat bawah?,”duga Iman perlahan.
      “Pandai pun.  Macam tahu-tahu je kau ni,  Kau pakai ilmu apa Man?,”suaranya kembali kuat.  Iman menjauhkan telinganya dari mulut Asrul yang mungkin berbau!
      Asrul menanti jawapan dari sepupunya itu.  Untung sabut timbul. Sekurang-kurangnya dapat juga dia berjimat duit pagi ini.  Tak payahlah dia keluarkan duit sendiri.  Dia tahu, Iman pantang dicuit.  Kalau pandai mencuit, cakap apa saja pasti ditunaikan pada masa itu juga.
      “Ilmu kebarangkalian.  Akukan pandai.  Aku boleh baca gerak hati kau.  Macam mana aku boleh dapat ilmu tu kalau kau nak tahu.  Secara semulajadi.  Sebab hampir setiap hari kau buat benda yang sama.  Macam yang kau buat tadi.  Bijak tak aku? ha, bijak tak?,”perli Iman.
      “Kau memang bijak.  Siapa lagi tak bijak kalau bukan abang sepupu aku ni,”Asrul mengampu.  Dia tersenyum seperti kerang busuk.
      “Bagus.  Baru tahu ke? sekarang aku nak belanja kau sarapan pagi.  Malah bukan sarapan pagi saja tapi tengah hari sekali,”Iman tersenyum.
      “Betul kau nak belanja ni? kau memang berhati mulialah, Man,”Asrul tersengih-sengih di depannya.
      “Okey.  Tolong belikan roti canai.  Bungkus.  Aku belanja, kau bayar,”Iman tersengih panjang.
      Dia melihat riak muka Asrul.  Berubah seratus peratus.  Baru dia tahu siapa Iman yang sebenarnya.  Lain kali jangan sesekali bergurau dengan manusia bernama Muhammad Iman Naim bin Ahmad.
      “Okey.  Mintak sini,”Asrul tiba-tiba bersuara.  Iman berhenti ketawa.
      “Mintak apa?,”tanyanya pelik.
      “Duitnya.  Aku bayar tapi guna wang kau,”Asrul tergelak besar.
      Iman menahan geram.  Ingatkan budak yang macam tak cukup sifat itu yang terkena tapi dirinya sendiri diperbodohkan.  Memang geram.  Tapi apakan daya, dia terpaksa juga mengeluarkan sejumlah wang saku untuk Asrul.  Tak apa, banyak lagi hari lain yang menanti.
      “Tit..tit…,”nada dering pesanan ringkas dari telefon bimbit Iman berbunyi.  Tangannya pantas menekan punat ke menu mesej.  Pesanan ringkas daripada emaknya.  Iman membuka isi kandungan pesanan itu.
    ‘Jumpa di HKL tengah hari ni.  Ada perkembangan terbaru'


Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 30, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

6 ulasan:

mcm ni lah berkata...

ni bulih buek novel ni

hawiz berkata...

best2...pandai la atok karang..

~Nabilah~ berkata...

ape kata,atok buat novel jer..kan senang...hehehe...bleh buat duit 2...

Suhami Ahmad berkata...

mcm ni lah : Atok segan nak buek. Huhu. Tapi ni dah lamo atok karang

Suhami Ahmad berkata...

hawiz : Mokasih hawiz =)

Suhami Ahmad berkata...

~Nabilah~ : Camno? Atok tak tahu prosedurnya

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih