Ahad, 8 Mei 2011

Cinta Semalam Episod 29


  

    “Betul ke apa yang kau cakapkan ni, Ani.  Jangan pandai-pandai buat cerita.  Ini melibatkan masa depan rumah tangga akak,”Datin Asiah bercakap di hujung talian.
    Hatinya gundah-gulana mendengar pengakuan dari Puan Rohani sebentar  tadi.  Hampir 30 tahun dia sudah mendirikan rumah tangga.  Takkanlah tergamak suaminya berbuat sedemikian.
      “Saya cakap betul kak.  Saya nampak dengan mata kepala saya sendiri.  Takkan saya nak bohongkan akak pula,”adu Puan Rohani.
     Datin Asiah menarik nafas panjang.  Sukar untuk dia mempercayai suaminya bermain kayu tiga di luar sana.  Tapi mungkin apa yang dikatakan oleh Puan Rohani itu ada benarnya.  Sejak kebelakangan ini perangai suaminya memang pelik.  Sekejap panas baran, esoknya pula penyayang.
      “Kat mana kau nampak ni? dia keluar dengan siapa? akak bagi amaran sekali lagi, jangan pandai-pandai reka cerita, Ani,”datin ragu-ragu.  Dia masih  lagi gelisah. Hatinya tak tenang.
      “Saya tak kenal dia.  Tapi muda lagi kak.  Buat apa saya nak buat-buat cerita.  Saya bukannya bawa mulut.  Saya bukannya nak jaga tepi kain orang.  Tapi saya kesiankan akak.  Saya dah anggap akak macam kakak kandung saya sendiri.  Takkan saya nak aniayakan akak pulak,”Puan Rohani berkata lagi.
      Datin sudah tidak duduk diam.  Dia sudah tidak tahan mendengar cerita kononnya suaminya berlaku curang.  Datin berasa geram yang amat sangat.  Patutlah suaminya sudah jarang makan di rumah.  Patutlah suaminya selalu balik lambat. Sekejap moodnya baik sekejap lagi panas baran.
      “Akak tak mahu serkap jarang.  Akak nak siasat perkara ni betul-betul dulu.  Akak tak nak bertindak melulu,”katanya muktamad.
      “Nak siasat apa lagi kak? dah terbukti saya nampak dia tengah makan bersama dengan perempuan muda tu.  Lagipun takkanlah saya nak bohongkan akak! Apalah yang saya dapat?,”Puan Rohani meninggikan suaranya.
      “Sudahlah Ani.  Cukuplah tu.  Akak tak  percaya suami akak sanggup buat macam tu.  Akak akan siasat betul-betul dulu,”tegas Datin Asiah.
      Dia memang geram sangat.  Samada geram dengan suaminya ataupun geram dengan perempuan yang kecoh itu.  Mungkin kedua-duanya sekali.  Tiada lagi air mata yang berguguran.  Sebaliknya api kemarahan yang sedang menguasai dirinya pada ketika itu.  Dadanya berombak-ombak menahan ngilu kegeraman.
      “Suka hati akak lah.  Saya cuma sampaikan apa yang saya nampak.  Saya harap akak tak menyesal nanti,”mulut Puan Rohani kecoh.
      “Sudahlah.  Terima kasih jelah,”bengis Datin Asiah.
      Dia menghempaskan ganggang telefon dengan kuat tanpa mengucapkan kata perpisahan.  Datin duduk termangu di tepi telefon.  Kata-kata Puan Rohani tadi bermain-main dalam fikirannya sekarang.
      ‘dah terbukti saya nampak dia tengah makan dengan perempuan muda tu.Lagipun takkanlah saya nak bohongkan akak!.  Apalah yang saya dapat?’
      Mungkin dia betul.  Takkanlah dia nak menipu.  Kalau dia menipu sekalipun, apalah yang dia akan dapat? Ah! itu semua tidak benar.  Barangkali itu client suami aku.  Agaknya tengah berbincang fasal projek yang terbaru.  Ya mungkin sekali.  Buat apa aku nak cemburu!
      “Menungkan apa tu datin?,”perbualan Mak Jah mengejutkannya.
      “Eh Mak Jah, Tak apa-apalah.  Perkara kecil saja,”Datin Asiah menipu dirinya sendiri.
      Namun Mak Jah tidak percaya.  Perempuan pertengahan 50an itu cuba selidik lagi masalah yang di hadapi majikannya itu.  Dia menghampiri datin dengan lebih rapat.
      “Jangan berdusta datin.  Saya tahu, datin ada masalah ni.  Kalau datin tak keberatan, ceritakanlah kat saya,”katanya memaksa.
      “Tak ada apa-apa Mak Jah.  Percayalah.  Buat apa saya nak berbohong?,”balas datin semula.
      Mak Jah tidak  berpuas hati.  Dia sudah kenal majikannya itu lebih 30 tahun.  Dia sendiri tahu majikannya itu cuba menyembunyikan sesuatu darinya.  Dia tidak peduli.  Dia akan tetap terus bertanya.
      “Ceritakanlah pada saya datin.  Kalau datin anggap saya sebahagian dari keluarga ini, tolonglah beritahu saja.  Saya tak senang tengok datin begini,”Mak Jah cuba memaksa.
      Walaubagaimanapun Datin Asiah masih lagi diam membisu.  Dia tidak memandang wajah Mak Jah sekalipun.  Atas desakan pembantu rumahnya itu akhirnya datin mengalah.  Dia segera menggenggam kedua-dua tangan Mak Jah.
      “Mak Jah, betul ke datuk menduakan saya? kenapa dia buat saya begini,”jelasnya pilu.  Air matanya hampir tertumpah.
      “Astaghfirullah.  Siapa yang bawa mulut? tak mungkin datuk buat macam tu.  Lagi-lagi datin ni masih muda,  masih cantik.  Takkanlah datuk nak cari lain.  Siapa yang buat cerita ni?,”Mak Jah terkedu seketika.
      Dia membalas genggaman datin yang semakin kuat.  Mak Jah termenung seketika.  Betulkah majikannya sanggup buat begitu? Datin Asiah pula sudah tidak dapat menahan sedih.  Air matanya berjuraian jatuh menyembah lantai marmar.
      “Kenapa dia buat saya macam ni, Mak Jah.  Apa salah saya.  Makan pakai, saya jaga.  Saya tak pernah abaikan dia.  Apalagi yang dia nak? tak cukup ke semua tu?,”tangis datin tersedu-sedan.  Mak Jah tersentuh.
      “Jangan buat andaian sendiri datin.  Jangan dengar cakap orang.  Apa datin pernah nampak sendiri yang datuk berlaku curang?,”Mak Jah semakin resah.  
      Bajunya hampir kuyup dengan air mata majikannya.  Mak Jah memeluk datin erat-erat.  Dia sendiri  tidak tahu apa yang sepatutnya di buat sekarang.  Mak Jah betul-betul mati akal.
      “Rohani yang cakap.  Saya percayakan kata-katanya.  Sebelum ni pun mana pernah dia menipu saya”
      “Habis tu, datin percayakanlah dia bulat-bulat?.  Mungkin..mungkin dia cemburu dengan kebahagiaan rumahtangga datin,”tuduh Mak Jah melulu.
      Datin berhenti menangis.  Namun sendunya masih lagi kedengaran.  Kedua-dua biji matanya masih merah kesan tangisan tadi.  Dia memandang Mak Jah.  Kemudian menggelengkan kepala atas tuduhan tidak berasas perempuan itu tadi.  Mana mungkin Rohani cemburukan dia.  Lagipun perempuan itu sudah berkahwin.  Sudah ada suami.  Takkanlah dia cemburu lagi dengan kebahagiaan rumah tangganya.
          “Dengarlah cakap saya.  Datin sudah bersama dengan datuk dah lama.  Sudah lebih 25 tahun.  Datin kenal saya pun sudah lama.  Saya kenal hati budi datin.  Tapi berapa lama datin kenal benar dengan perempuan itu? Tak sampai pun 25 tahun.  Lagipun jarang berjumpa pula.  Siapa yang datin lebih percayakan?,”Mak Jah berani bersuara.
      Datin Asiah terdiam seketika.  Kata-kata Mak Jah itu memang ada benarnya.  Buat apa dia nak percayakan orang lain lebih dari suaminya? buat apa dia nak biarkan kata-kata orang luar entah betul atau tidak ceritanya untuk menghancurkan rumah tangga mereka? buat apa?
      “Sudahlah.  Jangan diikutkan sangat perasaan itu.  Buruk padahnya.  Nanti kalau datuk pulang, datin tanya baik-baik.  Itukan lebih elok,”syarah Mak Jah lagi.
      Walaupun sampai sekarang lagi dia mendara, tapi dia perlu untuk memberikan nasihat kepada majikannya itu.  Dia sudah menganggap mereka semua seperti ahli keluarga sendiri.  Dia pun tiada sesiapa di dunia ini lagi kecuali Datuk Ahmad, Datin Asiah dan Iman.  Setiap masalah yang berlaku dalam rumah itu dia sendiri perlu untuk masuk campur.  Walaupun melibatkan hal rumah tangga majikannya.  Walaupun hal peribadi.  Paling tidak pun dia akan cuba bertindak menjadi orang tengah. 
          Datin Asiah mengesat air mata.  Tangisannya sudah lama berhenti.  Namun esakannya masih lagi ada.  Dia rasa terharu sangat kerana ada juga insan yang sudi menghulurkan tangan di kala dia memerlukan sokongan yang tinggi.
       Sekurang-kurangnya dapat juga dia melupakan perkara yang menyinggung perasaannya tadi.  Dapat juga dia melepaskan tekanan.  Dapat juga dia melupakan cerita yang dia sendiri belum tahu kebenarannya.



Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 28, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

8 ulasan:

faiz berkata...

ada skandal ni...

~Nabilah~ berkata...

waaaa...pnjngnya...hehehe..btw,kdng2 tu jgn la trlau prcayakn org bulat2..yg pntingnya,siasat dlu..hehehe

Unknown berkata...

kisah Atok kah?

Unknown berkata...

faiz : Jeng jeng jeng....

Unknown berkata...

~Nabilah~ : Nama pun novel ~Nabilah~ ..Hihi...yup jangan percaya 100%

Unknown berkata...

Ali Kanchan aka Pirate : Bukan kisah atok. Tapi kisah imiginasi

KUREKURE COMEL berkata...

laaa....datuk tu ada skandal pulak...

Unknown berkata...

KUREKURE COMEL : Haaa...jeng jeng jeng...

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih