“Trutttt…..”telefon bimbit Iman berbunyi.
Dia memerhatikan nama dan gambar yang muncul pada skrin telefonnya. Nama ‘emakku sayang’ muncul bersama muka Datin Asiah yang penuh dengan kelembutan sebagai seorang ibu.
Apahal pula orang tuanya telefon waktu-waktu begini. Selalunya kalau ada hal yang ingin dibicarakan sekalipun, emaknya akan beritahu di rumah. Memang pelik. Tanpa berlengah lagi dia segera menyambut panggilan tersebut.
“Assalammualaikum. Mak , ada apa telefon Iman ni?,”kata Iman Naim sedikit cemas. Hatinya tidak sedap.
“Waalaikumsalam. Iman, mak ada perkara penting nak cakap dengan kau ni,”balas Datin Asiah di hujung talian.
Memang sudah dijangka. Pasti ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh emaknya. Iman membetulkan duduknya. Dia kini betul-betul menumpukan sepenuh perhatian pada panggilan yang difikirkan mustahak itu. Panggilan yang jarang dibuat oleh emaknya pada waktu-waktu begitu.
“Apa dia mak? penting sangat ke hal tu?,”Iman bertanya lagi. Bunyi siulan burung hutan dalam screen saver laptopnya tidak menarik perhatiannya langsung.
“Mak rasa lebih baik kita jumpa,”ujar datin serius.
“Kenapa ni mak? Orang kan kerja lagi sekarang,”kata Iman lagi.
Dia berasa tidak setuju dengan cadangan emaknya tadi. Iman bangkit dari kerusinya sekarang. Menuju ke tingkap kaca di biliknya. Pandangannya tertancap ke tingkat bawah. Terlihat Asrul sedang enak menjamah nasi campur. Tak guna punya jantan. Harapkan pagar, pagar tak boleh harap!
“Itu mak tahulah. Kita jumpa waktu Iman lunch. Lagipun lagi setengah jam lagi bukan? Kita jumpa di HKL”
“Buat apa kat hospital tu mak? siapa yang sakit?,”tanya Iman sedikit cemas..
Dia tak faham sangat apa yang emaknya cuba sampaikan. Dia tidak tahu siapa yang sakit. Siapa yang berada di hospital sekarang. Dia memang tidak mengerti apa-apa.
“Nantilah mak ceritakan. Mak tunggu tau. Assalammualaikum,”katanya seperti ingin cepat.
“Waalaikummussalam,”Iman menamatkan perbualan.
Iman masih tidak dapat menangkap apa yang dikatakan oleh emaknya tadi. Hospital? buat apa dia pergi hospital? siapa yang sakit? ayah ke? ataupun Nek Tomah yang sakit?. Dia segera keluar dari pejabat walaupun waktu lunch belum tiba.
Dari jauh kelihatan Datin Asiah berjalan berulang-alik setempat. Dia nampak begitu resah sekali. Tatkala itu Iman muncul dari tempat letak kereta. Dalam benaknya terfikir macam-macam perkara. Siapa yang sakit? Nek Tomah? kalau Nek Tomah yang sakit mesti Datuk Ahmad ada sekali. Tapi kalau ayahnya sakit kenapa Maksu dan Nek Tomah tiada? Lagipun datin nampaknya keseorangan. Iman bermain perasaan lagi.
“Siapa sakit?,”tanya Iman masih lagi ragu-ragu.
Datin hanya diam membisu. Sebaliknya dia menarik tangan Iman masuk ke dalam hospital. Datin nampak cemas. Dia mencepatkan langkah menuju ke sebuah bilik unit rawatan rapi.
“Itu Man, tengok kat dalam sana,”Datin Asiah berkata dengan gelabah.
Dia memaksa Iman melihat apa yang disuruhnya tadi. Iman terkejut. Dia serba-salah melihat apa yang dikatakan emaknya tadi. Dia memandang dari luar bilik yang berkaca. Dia memandang emaknya kembali.
“Kenapa jadi macam ni mak?,”Iman masih keliru barangkali.
Tangannya melekap ke dinding kaca bagi menghalang silauan cahaya terbias pada retina yang boleh menghalang pandangannya. Muka Iman berubah. Dia betul-betul terperanjat sekarang.
“Dia dah lama menghidapi penyakit barah otak, nak,”jawab datin sedih.
Sapu tangan telah lama dikeluarkan dari beg tangan. Dia akan cuba mengempang air matanya yang bakal gugur pada bila-bila masa saja. Tangan Iman digenggamnya erat. Iman membalas. Dia tahu hatinya emaknya sedang luluh.
“Tapi kenapa baru sekarang Iman tahu. Kenapa mak?,”dia seolah-olah menyalahkan diri sendiri.
“Mak tak tahu Man. Mak sendiripun tak tahu. Dia dah lama sembunyikan perkara ni. Memang salah mak jugak,”rintih datin pilu.
Tangan Iman dilepaskan. Kini dia bergerak setapak untuk melihat orang yang dikatakan dengan lebih rapat. Hatinya semakin sayu.
“Apa yang mak cakapkan ni? itu semua dah ketentuan dariNya. Mak tak patut salahkan diri mak,”pujuk Iman.
Dirinya sendiripun hampir tewas dengan perasaan sedih sekarang. Namun dia cuba melawan perasaan tersebut. Dia tak akan biarkan dirinya menangis dengan mudah. Dia memandang emaknya lagi. Dia cuba mententeramkan hati orang tua itu.
“Mak salah Man. Mak tamak. Mak selalu abaikan dia. Mak pentingkan diri,”datin bersedih.
Air matanya sudah mula menitis. Cepat-cepat dia mengesat dengan tisu. Namun tangisannya terlalu sukar untuk ditapis lagi. Sudahnya dibiarkan saja air itu menitis ke lantai. Dibiarkan saja perasaan pilunya gugur menyembah bumi.
“Bukan salah mak. Mungkin, tak nak menyusahkan orang lain,”pujuk Iman lagi.
Namun air mata datin masih lagi berjujuran jatuh ke lantai. Dia sendiri menyesal dengan perlakuannya selama ini. Dia tidak sepatutnya berbuat begitu. Dia benar-benar menyesal.
“Mak menyesal”
“Mak jangan risau. Sekarang ni teknologi perubatan kita semakin maju. InsyaAllah, semuanya akan baik ,”Iman begitu yakin dengan kata-katanya.
“Doktor akan lakukan pembedahan. Pasal kos, biarlah mak yang tanggung. Tapi mak takut sangat. Mak takut…,”suara datin yang bergetar bersulam sendu meruntun jiwa kelelakian Iman.
“Apa yang perlu ditakutkan. Selagi kita berdoa insyaAllah, Tuhan akan menyebelahi kita. So, harapan untuk pulih macam mana?,”katanya menyedapkan hati.
“50-50. Nyawanya ibarat telur hujung tanduk. Kalau dia pulih sekalipun, separuh dari anggota badannya akan lumpuh. Dia akan cacat seumur…,”datin tidak dapat meneruskan kata-kata. Perasaan sebak tiba-tiba menyerang emosinya.
Iman mengangguk mengerti. Dia faham benar perasaan orang tuanya itu sekarang. Kakinya melangkah lebih rapat lagi dengan dinding kaca. Dia merenung simpati.
“Kalau kita tak lakukan pembedahan?,”tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulutnya.
“Dia cuma…cuma akan bertahan tiga bulan lagi,”jawab datin tersekat-sekat.
Perempuan pertengahan 50an itu tidak dapat menahan perasaan. Iman memeluk emaknya. Akhirnya dia tewas juga dengan perasaan sedih. Iman menitiskan air mata juga. Hatinya betul-betul luluh mendengar pengakuan emaknya. Dia tidak mahu peristiwa yang menimpa adiknya berulang kembali. Dia tidak mahu!
“Jangan risau. Kami akan cuba sedaya upaya. Sabarlah,”bisik Iman dalam hati sambil memandang jasad yang terbaring kaku di atas katil.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 26, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 26, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
12 ulasan:
wah! tiba2 ada drama
bagus ni atok...ada bakat menulis..teruskan =)
dah habis nanti cuba buku kan...mana tau boleh meletup :)
ayah die ke sakit tu..
awat tetiba episod 27 ni,,huhu,,dah byk ketingglaan,, atok ni pandai buat cerpen gk ek
siapa yang sakit tu ??
bekas makwe dia eh ?
tok sapa sakit?ni buat tertanya2 ni...
Pirate : Ha....bacalah...bacalah...hihi
Mohamadazhan hjDesa : Ish, atok suko2 yo....tak kanlah meletop...
faiz : Ha....biarlah rahsia...hehe
wanacesh : Dah lamo dah atok buek...dah episod 27 pun
Novelgurl : Huhu.....tunggu next episod...kih kih
KUREKURE COMEL : Cer teka. Atok tak leh gtahu >_<
Catat Ulasan