Ahad, 17 April 2011

Cinta Semalam Episod 26

    


  “Roslinda, masuk bilik saya sekejap,”kata Iman Naim sambil memegang anak tekak.
      Dia kusyuk bermain-main dengan pennya.  Dia masih teringat gurauan Asrul sebentar tadi.  Entah-entah budak itu sudah lesap membeli makanan tengah hari.  Memang tekaannya tepat.  Sekarang Iman terlihat budak tak matang itu tengah sibuk memilih lauk di kedai mamak yang terletak di depan pejabatnya di tingkat bawah.  Iman menggigit bibir.  Tanpa disedari pintu biliknya telah diketuk orang.
      “Ya, Encik Iman.  Ada apa,”terpancul suara lembut seorang wanita.
      Iman mengamati suara itu betul-betul.  Dia amat mengenali suara itu.  Itu bukan suara Roslinda.  Dan itu juga bukan suara ayahnya!  Iman Naim memusingkan kerusinya ke depan.  Dengan serentak dia cepat-cepat berdiri dari sila panggungnya.  Pandangannya terpaku seketika.
      “Anim.  Apa Anim buat kat sini,”terpacul ayat itu dari mulut Iman Naim.
      Dia masih lagi terkejut.  Dia tahu dirinya seperti orang bodoh sekarang.  Iman Naim cuba berlagak biasa.
      “Saya berkerja di sini sekarang Encik Iman.  Menggantikan tempat Roslinda,”katanya lembut.
      Gadis menawan itu melemparkan senyuman manis.  Penampilannya begitu menarik sekali.  Rambutnya disimpul kemas.  Dia sedia menerima arahan daripada Iman pada bila-bila masa saja pada hari pertamanya bekerja.
      “Roslinda? dia pergi mana? kenapa Anim gantikan tempat dia?,”soal Iman keliru.
      Sejak bila pula perempuan boyot itu berhenti? dia memang tak tahu hujung pangkal ceritanya.  Tahu-tahu sekarang sudah berhenti.  Ah! dia tak pedulikan semua itu.  Yang penting sekarang Rusnanim betul-betul berada didepannya.  Dia seolah-olah bermimpi sekarang.  Dia mencubit lengan kirinya kuat-kuat.  Sakit!.  Sah dia tidak bermimpi sekarang.
      “Roslinda dah bersalin.  Dan dia tidak akan kembali lagi.  Dia nak jadi surirumah sepanjang masa.  Dia dah berhenti,”jawab Rusnanim ringkas dan padat.
      Dia nampak efisyen pada kerjaya.  Perwatakannya sekarang begitu anggun dan profesional.  Patutlah ramai mat saleh tersungkur apabila melihatnya.
      “Tapi kenapa awal sangat dia bersalin? kenapa saya tak tahu apa-apapun pasal dia nak berhenti?,”Iman bertanya soalan bangang.
      Dia sendiri pun tidak tahu kenapa soalan itu tiba-tiba gatal keluar dari mulutnya.  Kalau orang mengandung nak bersalin sekalipun, tidak kira waktu dan tempat.  Nasib baik dia tak terlepas cakap di mana bekas pekerjanya itu beranak.  Iman Naim cuba berlagak macho.
      “Maaf Encik Iman.  Saya tidak tahu apa-apa pasal semua itu.  Saya cuma dapat tahu dia dah berhenti tiga hari lepas.  Kenapa, Encik tak suka saya bekerja dengan Encik Iman ke?,”tanya Rusnanim penuh formal.
      Perempuan itu buang jauh-jauh kemesraan mereka sebelum ini.  Dia tak mahu urusan peribadi dicampuradukkan dengan kerja.  Tangannya dirapatkan ke depan.  Menanti arahan dari Iman yang tidak terdengar dari tadi.
      “Ish, saya tak cakap macam tu kan? Lagipun tak payahlah berencik-encik dengan saya.  Janggallah,”Iman bersuara dalam keadaan seperti itu.
      Rusnanim masih diam membatu.  Dia tidak bergerak sebarang seinci sekalipun.  Dia masih lagi menanti dan terus menanti arahan selanjutnya dari bossnya itu.  Wajahnya tiada sebarang reaksi.
      “Tak boleh.  Sekarang waktu kerja dan saya akan tetap panggil encik seperti mana Roslinda panggil.  Mulai sekarang saya telahpun berkerja bawah encik.  Ada apa-apa yang perlu saya buat?,”Rusnanim bersuara rata.  Iman dapat lihat wajah yang serius pada mukanya.
      “Okeylah.  Kalau itu yang awak nak.  Terpulang.  Awak tolong buatkan saya air horlicks panas,”kata Iman perlahan.
      Rusnanim sedikit gembira.  Akhirnya arahan yang di tunggu selama ini keluar juga.  Walaupun tugas pertamanya sebagai pembancuh air dia tetap teruja.  Dia menganggukkan kepala.  Serentak dengan itu dia merapatkan kedua-dua tangannya ke belakang  pula.  Mungkin menanti arahan yang seterusnya pula.
      “Baiklah encik.  Ada apa-apa lagi yang perlu saya buat?,”suara Rusnanim kedengaran.  Wajahnya sedikit serius dari tadi.
      Nak buat apa lagi? nak kena cium ke?  Iman berkata dalam hati.
      Rusnanim betul-betul cantik hari itu.  Dia terpegun seketika.  Lagaknya seperti seorang wanita yang penuh berkeyakinan.  Baju kotnya yang berjalur menjadi simbolik kekuatan dipadankan dengan seluar longgar ala pario.  Rusnanim mengerutkan dahinya apabila perasan Iman sedang merenungnya dengan pandangan yang tajam.  Dia tidak keruan seketika.
      “Encik Iman,”suara halus Rusnanim mengejutkan Iman dari lamunan.
      “Err…tak ada apa-apa lagi.  Awak boleh keluar sekarang.  Kalau ada masalah, tanya saja pada Asrul,”balasnya tersekat-sekat.
      Walau apapun Iman masih dapat mengawal diri.  Rusnanim keluar dari bilik tanpa berkata apa.  Iman dapat merasakan sesuatu dalam dirinya.  Sesuatu perasaan yang berbunga.  Dia sendiripun keliru menafsirkan perasaannya ketika itu.  Namun yang pasti dia rasa bertuah sangat bahawa Rusnanim sekarang bekerja bersama-sama dengannya.  Dapatlah mereka bersua muka setiap hari!


Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 25, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

8 ulasan:

Novelgurl berkata...

eleh..drama biasa..sokmo cmtu..jap g mula r skandl tuh..hoho

| gad1s s0ypans | berkata...

heee,jgn skandal ngn at0k udah yep.....

c(:

faiz berkata...

nmphnya Iman nak buat skandal pasni..

KUREKURE COMEL berkata...

wahhh...anim...lps ni mesti blh bercinta semula kan....hehehe

Suhami Ahmad berkata...

Novelgurl : haa....Anim ni bekas awek dia dulu tau...huhu

Suhami Ahmad berkata...

| gad1s s0ypans | : Erkkk!

Suhami Ahmad berkata...

faiz : Ha...apakah terjadi seterusnya? tungguuuuu

Suhami Ahmad berkata...

KUREKURE COMEL : Anim dah muncul. Sufia? kih kih

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih