Ahad, 16 Januari 2011

Cinta Semalam Episod 15


Bahang matahari semakin panas.  Cahayanya yang terik menujah hingga ke segenap      pelusuk tempat.  Iman mengelap peluh jantannya.  Kulitnya yang cerah tidak dapat menahan kepanasan matahari terlalu lama.  Ditambahkan lagi dengan bunyi bising kenderaan yang lalu lalang di depan rumah.  Dia betul-betul rasa tertekan sekarang.
            “Betul kau nak balik kampung ni Man?,”ujar datin.  Dia memerhatikan Iman mengangkat buah tangan yang dikirimkan untuk emaknya di kampung.
      “Betul.  Iman dah nak pergilah ni.  Lama tak jenguk nenek,”Iman memujuk emaknya lagi.  Buah tangan tadi disumbatkannya ke dalam bonet kereta.
      Hampir dua tahun dia tidak pulang ke kampung neneknya di Kuala Pilah.  Rindunya pada rumah papan nenek, bendang, sungai, dan semuanya di situ semakin menebal.  Rindunya pada bunyi mengasyikkan air jeram di Ulu Bendul seakan memanggil.  Rindunya pada kawan-kawan lama pengubat nan lara.  Dan yang paling utama rindukan sekolah lamanya yang mencoretkan pelbagai kenangan suka dan duka dalam hidupnya..
      “Kau dah bagitahu ayah kau?,”tanya datin lagi.  Dia berasa tidak senang jika anaknya itu balik ke kampung kerana pergaduhannya dengan Datuk Ahmad tempoh hari.
      Air muka Iman berubah.  Dia tak mengerti kenapa moodnya berubah serta- merta setelah mendengar nama ayahnya.  Barangkali dia sudah berputus asa dengan perangai baran Datuk Ahmad.  Tidak habis dengan dendam yang tidak ada kesudahan.  Sampai bila perkara itu akan berlanjutan dia sendiri tidak pasti.  Agaknya bila dia sudah tidak ada di dunia ini barulah ayahnya akan menyesal.
      “Serupa jugak kalau Iman tak kasi tau.  Silap haribulan, mengamuk lagi macam hari tu.  Mak tak payah risaulah.  Iman amik cuti tahun.  Cuma seminggu je dekat sana mak,”Iman bersuara perlahan.  Datin Asiah terdiam.  Dia sudah menjangkanya dari awal.
      Iman mengangkat beg balik kampung ke dalam kereta Perdana V6 miliknya.        Datin cuma memerhatikan gelagat anaknya dari tepi pintu.  Mungkin betul juga kata anaknya itu.  Tetapi dia tidak mahu hubungan dua beranak itu renggang macam itu saja.  Dia tak mahu mereka meneruskan ego masing-masing.  Dia sendiri akan pastikan hubungan mereka akan bahagia seperti dulu.  Dia akan pastikan semua itu.
      “Okey.  Iman dah nak pergi ni.  Kalau ada apa-apahal mak contack je,”katanya yang tidak tahan lagi dengan kepanasan cahaya matahari.
      Iman mencium tangan emaknya.  Datin mengusap rambut Iman.  Sedih memang sedih juga.  Seminggu dia akan berjauhan dengan anaknya itu.  Pasti hari-hari yang dilalui bosan tanpa Iman.  Tiada lagi gurauan.  Tiada lagi berkongsi cerita.  Dan yang pasti tiada lagi usikan tentang hal perkahwinan Iman.
      “Baik-baik bawak kereta tu.  Hati-hati sikit kat Bukit Putus tu.  Bahaya,”datin menasihati anaknya.  Iman mengangguk.
      “Baiklah.  Betul ni mak tak nak ikut sekali?,”tanya Iman lagi untuk mendapatkan kepastian.
      Datin menggelengkan kepala.  Bibirnya menguntum senyuman.  Dia tidak dapat menemani Iman pulang ke kampung.  Siapa yang akan tengok-tengokkan rumahnya? kebun orkidnya? tempoh seminggu itu memang agak lama bagi dirinya yang sentiasa sibuk dengan urusan harian.
      “Siapa nak tengokkan pekerja mak nanti?Seminggu tu.  Ramai yang curi tulang nanti.  Dah sampai sana nanti jangan lupa telefon.  Kirim salam kat nenek sekali,”katanya.
      “Yelah.  Mak pun jangan lupa sampaikan salam pada ayah,”katanya tersenyum.  Dia segera masuk ke dalam kereta.  Enjin kereta sudah lama dihidupkan.  Kemudian kereta mewah buatan tempatan itu bergerak perlahan ke belakang.  Datin Asiah melihat kereta anaknya memecut laju sebaik saja keluar dari perkarangan rumah.  Datin menggelengkan kepala.
      “Iman nak ke mana , datin? banyak pulak beg dia bawak.  Apa mau lari dari rumah ke dia?,”tiba-tiba Mak Jah  bersuara dari dapur.
      Tanpa diduga dia muncul di belakang datin.  Datin tersentak.  Mungkin terperanjat dengan kemunculan Mak Jah yang macam biskut.  Kejap ada kejap tak ada.  Mak Jah pula tersengih memanjang.  Agaknya kelakar sangat melihat datin terperanjat beruk.
      “Terkejut saya.  Dia balik kampung.  Dah lama tak tengok nenek katanya,”datin memberikan penjelasan.  Mak Jah mencuit lengan majikannya.
      “Ke rindu pada kekasih lama , datin?,”sedap mulut Mak Jah membuat andaian.  Dia menutup mulut.
      “Ish Mak Jah ni.  Ke situ pulak.  Kalau ye pun apa salahnya,”datin ketawa terbahak-bahak.  Mak Jah pun sama.




Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 14, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]

2 ulasan:

KUREKURE COMEL berkata...

atuk buat list by episode ek...boleh?

Unknown berkata...

Ha, nanti ado maso atok buek eh
=)

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih