“Dengar khabar kita ada tetamu malam ni datin. Siapa tu?,”tegur Mak Jah kepada Datin Asiah yang sedang termenung di halaman rumah. Datin tersenyum. Dia mempersilakan wanita lebih dua tahun tua darinya itu duduk disebelah kerusi yang didudukinya sekarang. Muka datin berseri-seri memandangnya.
“Puan Rohani sekeluarga. Dia saja datang melawat kita. Lagipun katanya Rusnanim ada ikut sekali. Anak dara diorang. Dengarnya baru balik dari oversea,”jelasnya. Teh panas yang di bawa Mak Jah tadi dicicipnya perlahan-lahan.
“Oversea tu apa datin?,”Mak Jah menggaru kepalanya yang tidak gatal. Datin Asiah ketawa kecil.
“Luar negara. Luar dari negara kita. Macam Eropah,Amerika. Ha, lebih kurang macam tulah,”jelas datin tersengih-sengih. Mak Jah tersengih-sengih.
“Oh, I see,”jawab Mak Jah selamba.
“Amboi, sejak bila pulak pandai speaking ni. Bagus, dah ada kemajuan,”gurau datin pulak.
Kadang-kadang seronok juga kalau dia melayan karenah Mak Jah. Pembantu rumahnya itu telah lama bekerja dengan keluarga datin lebih 20 tahun lalu. Kalau tanya pasal arwah Amir, dia pasti tahu. Kalau tanya pasal Iman pula, dia lagi arif. Tanyalah pasal apa. Dari sulit hingga terang-terangan semuanya ada dalam poket dia. Dia pun tahu pasal Sufia. Budak tomboi itu.
“Mak Jah dah sediakan ke lauk-pauk untuk tetamu kita malam nanti?,”tanya datin tiba-tiba. Angin petang menampar lembut pipinya. Hidung Datin Asiah kembang-kuncup menerima tetamu ciptaan Illahi itu.
“Oh ya tak ya. Mak Jah tengah masak lah tu,”jawabnya lagi.
“Bau apa ni Mak Jah?,”hidung datin yang kembang sedikit tadi terus mengembang besar.
“Ala lauknya hangus la tu…eh hangus.Ala datin , saya lupa!,”latah Mak Jah. Perempuan tua itu bingkas bangun ke dapur.
“Cepat Mak Jah, nanti lagi teruk. Cepat,”kata datin sedikit cemas. Dia menggelengkan kepala. Kemudian dia mengikut jejak Mak Jah ke dapur dengan segera.
**************************
“Imannya mana kak? dari tadi tak nampak batang hidung pun,”soal Puan Rohani memecah kesunyian. Encik Mahmud memandang isterinya. Malam itu isterinya kelihatan berseri-seri sekali. Baju kurung moden berkilau di saluti selendang di bahu. Rambutya yang kerinting mengerbang dilepaskan.
“Kejap lagi turunlah tu Ani. Ha, panjang pun umur. Itu pun dia,”datin memuncungkan mulutnya ke arah Iman yang baru turun dari tangga.
Mukanya sedikit serius. Datin pun malas nak bertanya. Silap haribulan dia yang kena marah. Biarlah mood anaknya sejuk sikit. Dia tahu perangai Iman tiba-tiba berubah sejak siang tadi. Sejak tadi lagi dia tidak bercakap sepatahpun. Angin tak ada, ribut tak ada, dia terus balik dari taman orkid tanpa beritahu.
“Iman, marilah sini. Sebelah pakcik. Kita makan sama-sama,”pelawa Encik Mahmud disebelahnya. Iman hanya tersenyum tawar. Dia menuruti arahan lelaki yang bekerja bersama ayahnya itu.
“Macam mana kerja?,”kali ini giliran Puan Rohani yang bertanya.
Iman memandang emaknya. Jelas sekali dia berasa tidak selesa dengan kehadiran suami isteri tersebut. Namun, setiap tetamu harus dilayan dengan baik.
“Okey. Setakat ni tak ada masalah lagi. Projek terbaru akan dimulakan bulan depan,”jawabnya ringkas. Dia menghadiahkan senyuman palsu. Kedua suami isteri itu mengangguk perlahan.
“Projek di Shah Alam?,”soal Encik Mahmud. Iman hanya mengangguk. Dia mula menyuapkan nasi ke mulutnya.
“Mana pulak perginya Datuk?,”Puan Rohani bertanya lagi. Mulutnya penuh dengan nasi. Air muka datin tiba-tiba berubah. Mak Jah memandang majikannya. Tanpa di suruh Mak Jah pergi ke dapur semula untuk menambah lauk-pauk yang tinggal sedikit.
“Dia ada hal dengan kawan-kawan. Kejap lagi baliklah tu,”jawab datin pantas. Ternyata dia tidak senang dengan pertanyaan sedemikian. Iman memandang emaknya.
“Rusnanim mana Ani. Tak jadi ikut ke?,”datin mengalihkan topik perbulan.
“Ada kat luar tu kak. Katanya nak ambik angin sekejap. Kejap lagi masuklah tu,”jawab Puan Rohani. Encik Mahmud tersenyum memandang isterinya.
“Ha, itupun dia,”giliran Encik Mahmud pula yang menyampuk.
Dari pintu utama kelihatan seorang wanita yang kelihatan anggun sekali. Rambut hitam pekatnya yang panjang, diikat ekor kuda. Keayuaannya lagi terserlah dengan pakaian baju kurung moden warna biru lembut. Hayunan kakinya melangkah masuk dengan penuh bergaya. Dia menyelak rambutnya yang lembut ke belakang tatkala melihat ada juraian rambutnya yang terlepas dari ikatan. Wanita itu duduk di sebelah ibunya, betul-betul berhadapan dengan Iman.
Iman terhenti makan serta-merta. Matanya diterbeliakkan besar-besar ke arah wanita yang hampir tidak dikenalinya itu. Gaya perempuan itu tidak ubah seperti seorang supermodel. Wanita itu bersalaman dengan datin dan menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Iman. Jantungnya hampir gugur. Memang Rusnanim sudah berubah dari segi penampilan dan gaya. Nampak lebih anggun dan sopan. Iman memandang Encik Mahmud dan Puan Rohani untuk meminta jawapan.
“Rusnanim, kawan kau masa kecik”
Wow. Cantiknya. Ini ke Anim??? Ah!, muka je cantik tapi perangai buruk buat apa. Bisik Iman dalam hati. Datin menyedari perubahan anak terunanya itu. Dia tersenyum. Itu petanda yang anaknya sukakan Rusnanim.
“Jemputlah makan , Anim,”pelawa datin lembut.
“Terima kasih auntie,”suaranya bagaikan buluh perindu. Sungguh merdu bagai menusuk-nusuk gegendang telinga Iman. Lelaki itu menelan air liur.
“So, macam mana rasanya dah balik Malaysia sekarang,”datin menuangkan air ke dalam gelas Rusnanim. Manakala kedua-dua orang tuanya tersenyum sesama mereka. Iman pula meneruskan makan setelah terhenti seketika tadi. Dia sempat mencuri pandang wajah Rusnanim. Suasana di meja makan malam itu senyap sekejap.
“Okey. Rasa tenang kat sini. Anim pun baru seminggu lebih balik Malaysia sebenarnya. Tak keluar mana-mana pun. Ini barulah keluar ke rumah auntie,”katanya lembut.
Ala. Nak tengok akulah sebenarnya tu. Iman berkata perlahan. Namun matanya curi-curi pandang ke arah Rusnanim lagi. Mukanya bujur sireh. Hidungnya mancung. Dahinya luas. Bibirnya halus berbentuk. Pipinya pauh. Kulitnya putih melepak!
“Habis dah berhenti kerjalah kat oversea tu?,”tanya datin lagi. Orang tua Rusnanim tersenyum-senyum.
“Sudah auntie. Anim pun malas lagi nak duduk oversea tu lama-lama,”jawab Rusnanim seraya memandang ibu bapanya. Kemudian tersenyum yang di buat-buat. Puan Rohani menyiku lengan suaminya.
“Anim ni anak baik kak. Dia kata kat saya hari tu nak kerja kat butik saya. Eh, mana boleh dia kerja kat situ. Dia mana ada kemahiran kerja kerja kat butik ni. Dia sesuai kerja pejabat je kak. Orang cantiklah katakan,”Puan Rohani memotong perbualan mereka. Dia meyiku lengan suaminya lagi. Encik Mahmud ketawa di buat-buat.
Iman mencuri pandang Rusnanim kesekian kalinya. Tetapi kali ini Rusnanim perasan dengan tingkah lakunya. Iman cepat-cepat menoleh ke arah lain. Mukanya merah padam.
“Kalau macam tu, kerja saja dengan datuk,”cadang datin. Puan Rohani mendongakkan kepalanya memandang datin.
“Memang moleklah tu. Lagipun papanya ada. Boleh tolong tengok-tengokkan si Anim tu nanti. Kot-kot ada budak lelaki yang tertawan ke, papanya boleh tau,”Puan Rohani mengalihkan pandangannya pada Iman. Dia tertunduk menghabiskan sisa baki nasi yang tertinggal. Tekaknya terasa tersekat.
“Elok sangatlah tu. Nanti kakak cuba berbincang dengan datuk,”ujar datin lagi. Nasinya telah lama habis. Tanpa disuruh, Mak Jah cepat-cepat keluar mengemas pinggan mangkuk di atas meja. Mereka semua berpindah pula ke ruang tamu. Manakala Rusnanim meminta kebenaran mengambil angin malam di halaman rumah. Mata Iman hanya mengekor belakang Rusnanim yang langsing.
“Apa yang tercongok kat sini Man. Anim kan ada kat luar tu. Tak baik dengar cakap orang tua-tua tau,”Puan Rohani melabuhkan punggungnya di sofa ruang tamu. Iman terkulat-kulat. Dia memandang emaknya.
Susah betullah orang tua ni. Aku bukannya nyibuk hal diorang pun. Nak suruh aku pikat anak dia la tu. Iman bermonolog lagi. Namun apabila dia menyedari maknya memandang tajam,dia terus meluru keluar.
“Biasalah kak, orang muda. Macam kita dulu-dulu jugak,”bebel Puan Rohani lagi. Kali ini dia mengenyit mata pada suaminya. Mereka bertiga duduk di ruang tamu.
Di luar rumah, Rusnanim sedang duduk di buaian hadapan rumahnya. Langkahnya berat menuju ke arah wanita tersebut. Namun digagahinya juga.
“Sejuk kat luar ni kan?,”soalan budak-budak dari Iman.
Tetapi dia buat-buat selamba. Rusnanim cuma menganggukkan kepala tanpa melihat Iman sekalipun. Iman berdiri di sebelah perempuan yang berbaju kurung biru lembut itu.
“Duduklah bang,”pelawa Rusnanim ringkas.
Iman dapat rasakan jantungnya hampir meletup tatkala mendengar Rusnanim memanggilnya sebagai abang. Dia tersengih seperti kerang busuk.
“Terima kasih. Sedap tak lauk tadi?,”soalan kedua budak-budak yang keluar dari mulutnya. Sah, dia memang tak ada pengalaman berborak dengan perempuan secara tidak formal.
“Sedap. Pandai auntie masak. Abang tolong sekali tak?,”ramah Rusnanim perlahan.
Jantung Iman rasa nak gugur lagi dari tangkainya apabila kali kedua Rusnanim memanggilnya abang. Memanglah abang, dia kan lagi tua dari Rusnanim setahun. Bongok betul bila difikirkan balik.
“Bila Anim nak balik oversea semula?,” dia cuba mencari anak mata yang lembut itu tetapi Rusnanim tidak memandangnya.
“Anim takkan balik lagi. Anim akan terus tinggal di Malaysia. Kenapa? abang tak suka Anim tinggal kat sini?,”Rusnanim tersenyum manis.
Sungguh lembut tutur katanya. Berbeza dari dulu. Tidak tergedik-gedik. Tidak seperti orang manja. Memang banyak berbeza. Iman terkulat-kulat lagi. Dia menggaru kepalanya yang tak gatal. Sekarang dia sendiri dapat rasakan bahawa perangainya seperti budak 13 tahun baru nak belajar mengenali perempuan.
“Saja tanya. Dah lama kita tak jumpa kan? kalau tak silap abang , dah dekat 6 tahun. Lama tu.,”kali ini Iman menggatal menggelarkan dirinya abang. Rusnanim tiba-tiba ketawa kecil. Angin malam bertiup lembut menjanjikan kebahagiaan hakiki.
“Dulu kita memang tak boleh berjumpa”
“Kenapa?,”muka Iman berkerut.
“Yelah, dulu abang suka buli Anim. Kacau Anim. Ingat lagi tak masa abang jadi monyet dulu?,”kata Rusnanim semakin ramah. Iman mengimbas kembali kata-kata Rusnanim sebentar tadi. Sejak bila pulak dia jadi monyet. Iman memandang Rusnanim semula.
“Bila Anim? abang tak ingat sangatlah,”katanya dengan suara rata.
“Masa kita kecik-kecik dulu,”balas Rusnanim tersenyum. Dia menutup mulut, takut ketawanya tiba-tiba berdekah.
“Bila?Anim pandai buat cerita kot,”Iman berjaya memandang anak matanya. Pancaran mata itu sungguh lembut dan bersinar-sinar. Rusnanim melarikan pandangannya ke tempat lain.
“Mana ada. Anim ingat lagi. Masa tu abang dengan ada budak tu buli Anim masa kecik dulu,”katanya menegakkan pendirian. Kilauan air dalam kolam terbias pada mukanya. Rusnanim kelihatan seperti bidadari.
“Betul. Abang memang betul-betul tak ingat,”katanya serius.
Buaian yang bergerak menghasilkan bunyi yang tenang. Suara cengkerik pun sudah tidak wujud lagi di tengah-tengah bandar itu. Rusnanim berhenti tersenyum. Dia cepat-cepat membutangkan baju di bahagian lehernya tatkala dia merasakan bahagian itu terdedah. Iman mengalihkan pandangannya ke kolam.
“Fine,we forgot about it. Oh, sepupu abang tu apa cerita?,”soalnya.
“Dia dah kahwin,”jawab Iman pantas. Dia hendak bagitahu Rusnanim bahawa Asrul sudah berbini.
“Anim tahu tu. Anim ada pergi majlis persandingan diorang. Anim ada perasan abang, tapi abang tak perasan Anim kot,”Rusnanim tersenyum lagi. Giginya cantik tersusun. Tidak digelar gadis ‘bergigi pagar’ lagi.
“Eh, ye ke?Nape tak singgah rumah abang dulu masa tu?,”tanyanya beriya-iya.
“Anim kejap je kat Malaysia. Lepas tu balik UK,”jawabnya perlahan.
Iman mengangguk. Dia mamandang tingkap rumahnya. Dari luar dia ternampak Encik Mahmud dan isterinya memerhatikan mereka dari dalam. Mereka sedang berbisik sesama sendiri.
“Abang kerja dengan uncle sekarang kan?”Iman cepat-cepat memandang perempuan disebelahnya semula.
“Ya..ya. Kerja kat sana. Dekat 3 tahun kot,”jawabnya tersekat-sekat. Dia sedikit terkejut dengan pertanyaan Rusnanim yang tiba-tiba.
“Okey kerja kat sana?”
“Okey jugaklah. Banyak juga projek yang abang dah uruskan,”balas Iman tenang.
“Best tak?”
“Boleh tahanlah. Tapi masa nak dapat tender yang susah sikit”katanya lagi. Dia menoleh ke tingkap rumahnya lagi. Kalau-kalau dua orang tua penyibuk itu masih mengendapnya lagi. Bayangnya dengan emaknya sudah tiada.
“Anim pulak kat sana macam mana? tak ada mat saleh yang tersangkut ke?”
“Ish, abang ni. Suka sangat usik Anim,”katanya tersipu-sipu.
“Eh, betullah tu. Anim ni kan cantik, pandai takkanlah tak ada seorang yang nak tackle,”Iman mengusik lagi. Dia dapat lihat dengan jelas perubahan muka Rusnanim.
“Ada tu ada jugak. Ada seorang lelaki tu minat betul kat Anim. Tapi bukan mat saleh seratus peratuslah. Kacukkan melayu-inggeris”jelasnya.
Iman dapat merasakan di atas kepalanya sekarang ada api menyala-nyala. Dia mengumpul nafas semula.
“Siapa namanya? umur dia? keje sebagai apa?,”bertalu-talu soalan keluar dari mulutnya. Rusnanim memandang dengan pelik.
“Apalah abang ni. Macam polis pulak. Nama dia Adam. Sebaya dengan Anim dan berkerja sebagai Pegawai Pemasaran kat sana. Kami di bawah syarikat yang sama. Tapi itu dulu. Sekarang kami dah ikut haluan masing-masing. Dengar cerita, dia dah pun berkahwin dengan wanita mat saleh,”suara Rusnanim sayu. Tapi hati Iman berbunga. Hatinya riang. Entah kenapalah dia berperasaan begitu tiba-tiba.
“Lupakanlah Anim. Dah tak ada jodohlah katakan. Muka cantik macam Anim ni ramai lagi lelaki yang tertawan,”Iman cuba memujuk. Tapi sekarang dia teringin sangat melonjak riang di hadapan Rusnanim. Dia ingin meluahkan rasa hatinya yang gembira bukan kepalang.
“Macam mana dengan girlfriend abang pulak? mesti cantikkan? Sesuailah dengan abang yang hensem, baik, berada, romantik,”tanya Rusnanim. Iman dapat merasakan hidungnya kembang kuncup. Tetapi dia sedaya upaya untuk menyembunyikannya.
“Eh, mana ada. Abang single lagilah. Tak siapa yang nak kat abang ni,”Iman merendah diri. Tapi dia cuba memancing Rusnanim. Untung-untung Rusnanim akan memujinya lagi.
“Nanti adalah tu,”balas Rusnanim ringkas. Iman sedikit hampa. Apa yang diharapkan,cuma mimpi dia saja.
“Macam mana dengan Sufia?,”tanya Rusnanim tiba-tiba. Iman hampir tersentak ke belakang. Sejak bila pula Rusnanim tahu pasal Sufia.
“Sufia mana?,”Iman buat-buat tak mengerti.
“Sufia lah,”gigi Rusnanim kelihatan lagi.
“Eh, macam mana Anim boleh tahu ni?,”tanya Iman pelik.
“Anim tahu dari…,”percakapan Rusnanim terhenti tatkala papa dan mamanya panggil untuk pulang ke rumah. Rusnanim memandang Iman. Iman berasa hampa.
“Nanti kita cakap lagi okey. Mama dan papa dan panggil tu. Apapun Anim enjoy berborak dengan abang,”katanya bergegas ke kereta papanya. Iman cuba berkata sesuatu tapi tersekat di celah kerongkong.
“Macam mana dia tahu agaknya?,”katanya perlahan. Dia memerhatikan kereta Encik Mahmud sehingga hilang ditelan kegelapan.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 13, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan