“Man, kau buat lagi,”suara datin memupuskan khayalannya. Iman tidak memandang datin sebaliknya membelek pasu bunga di hadapannya.
“Mana nak letakkan pasu bunga ni mak?,”Iman mengesat dasar pasu itu dengan tangan. Tindakannya di luar khayalan.
“Hey, kan kotor tu. Pegi basuh tangan tu dulu,”arah datin. Pergaduhan dengan suaminya tempoh hari telah lama dilupakan. Cuma perhubungan mereka suami isteri agak semakin dingin.
“Okey,”katanya memberi isyarat tangan.
Datin Asiah tersenyum. Dia memerhatikan anak terunanya dari jauh. Kalaulah arwah anaknya yang kedua masih hidup, tentu usianya lebih kurang 20 tahun. Mungkin saiz badannya setegap Iman, sekacak Iman, tinggi, putih, hidung mancung. Tentu segala-galanya sama dengan Iman. Sama acuanlah katakan. Tetapi takdir sudah menentukan segalaNya. Amir terlebih dahulu pergi menyambut seruan Illahi.
Di tepi pintu tandas, Iman terserempak dengan Hakimi. Hakimi yang pada ketika itu baru keluar dari tandas turut terkejut.
“Hai, datang tengok bunga ke?,”tanya Hakimi sedikit teruja. Dia tidak memandang muka Iman.
“Kau Im. Apa kau buat kat toilet ni?,”tanyanya sambil mencuci tangan.
“Jomlah borak kat luar sana. Lagipun sekarang ni waktu break,”Hakimi mempelawa Iman keluar dari tempat yang kurang menyelesakan itu. Iman hanya mengekor.
“Kau buat apa sini Man?,”Hakimi pula yang bertanya.
“Aku saja nak tolong mak aku sikit. Kenapa, tak boleh ke?”
“Aku tahu apa yang kau nak dari aku”
“Apa kau cakapkan ni Im? Aku tak pahamlah. Apa yang aku nak dari kau,”Iman buat-buat tak mengerti. Namun senyuman Hakimi yang meleret menjawab segala-galanya.
“Okey. Aku tahu apa yang kau nak. Sejak dari kita berjumpa minggu lepas, aku dah boleh agak Man”
“Apa kau merepek ni?”
“Kau nak tahu pasal Ben kan, I mean Sufia,”Hakimi menduga. Dia tahu tekaannya memang tepat. Air muka Iman berubah serta-merta.
“Habis tu, dah takda gunanya lagikan? Kau sendiri pun cakap kau tak tahu di mana dia sekarang,”katanya seperti putus asa.
“Yes I do. Kami masih berkawan baik macam dulu,”jelas Hakimi tiba-tiba. Iman agak terkejut. Kerongkongnya bergerak menelan air liur.
“Maksud kau?,”tanyanya ingin mendapatkan kepastian.
“Kami masih menghubungi,”jawab Hakimi terus terang. Iman memang tidak senang dengan jawapan yang keluar dari mulutnya. Namun hakikatnya Hakimi berasa berat ingin memberitahu hal yang sebenarnya.
“Kenapa kau tak bagitau aku awal-awal Im. Sampai hati kau buat aku macam ni,”kata Iman tidak puas hati. Hakimi diam membisu.
“Aku tak ada niat nak….”
“Kau ke dalang semua ni. Kau ke yang nak merosakkan perhubungan kami. Aku tak sangka, sahabat baik aku sendiri sanggup buat aku macam ni,”Iman meluahkan perasaannya yang terpendam bertahun lamanya. Hakimi kehilangan kata-kata.
“Jangan pandai-pandai buat andaian Man. Lagipun...."
“Andaian apa? dulu kau kata dah lost contack ngan Sufia. Tapi sekarang tiba-tiba pulak kau cakap Sufia dan kau masih menghubungi. Kau ni kenapa? puas sangat ke kau mainkan perasaan orang lain,”Iman cuba menahan marahnya. Namun kata-katanya masih dilafazkan dengan nada yang rendah tapi penuh geram. Takut nanti pekerja lain malah ibunya akan terdengar. Dia tidak mahu kecoh-kecoh di tempat itu.
“Kau dengarlah apa yang aku nak cakapkan ni,”Hakimi cuba memujuk. Dia memegang bahu Iman.
“Nak dengar apa lagi Im? Kau ni hipokrit. Entah-entah kau dah lama suka kat Sufia kan. Kau tahu aku ngan Sufia ada hubungan, lepas tu kau buat plan jahat kau tu nak jauhkan kami,”Iman menepis tangan Hakimi. Hakimi kaget.
“Please,don’t get me wrong. Aku tak terfikir pun nak aniaya kawan baik aku sendiri,”Hakimi cuba menjelaskan hal yang sebenar. Tetapi Iman langsung tidak menoleh ke arahnya.
“Kawan baik konon. Kalau kawan baik, dia tak buat macam yang kau buat sekarang”
“Man, please listen me first,”rayunya.
“Kau tahu tak apa maknanya kawan baik tu? Aku rasa kau dah salah tafsir makna kawan karib tu,”Iman menekan suaranya keras. Tapi masih mampu dikawal supaya tidak didengari orang lain. Hakimi benar-benar tertekan.
“Iman, aku serba-salah. Tolong fahami keadaan aku sekarang”
“Sudahlah Im. Aku malas lagi nak percaya sandiwara kau tu. Mulai saat ini, aku dengan kau tak ada apa-apa hubungan persahabatan lagi. Aku rasa aku tak sanggup lagi nak kawan dengan orang sehina kau. Hipokrit!!,”tengking Iman pada perkataan yang terakhir. Dia menghayunkan langkahnya meninggalkan Hakimi yang masih terkejut.
“Iman…aku bersalah,”kata-kata akhir yang mampu oleh Hakimi. Namun perkataan itu tersekat di kerongkong ketika melihat Iman telah jauh meninggalkannya.
“Aku serba-salah…,”katanya lagi.
Untuk membaca sinopsis, klik di [SINI]
Untuk membaca Cinta semalam episod 12, klik di [SINI]
Untuk membaca semua episod, klik di [SINI]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan