Sabtu, 4 Disember 2010

Petua menghilangkan jerawat

Hi uolls, cantik tak arini?
Dah cuba petua Kak Milah minggu lepas? Petua mengurangkan kepanasan demam. Kalau uolls nak baca, uolls search je wokey. Kak Milah malas nak repeat. Kalau uolls suruh akak repeat, confirm aku tak ingat dah. Tak pun klik kat SINI.

Baiklah, dalam sebulan ni sistem pengurusan Apo2 Yolah sedikit berterabur kan. Bagi mereka yang telah mengikuti bolg Apo2 Yolah sejak awal mesti perasan. Kadang-kadang Kak Milah punya turn, tapi Atok ngan Tok Wan pulak yang ke udara. Mungkin blog agak padat dengan sesi pencarian Apo2 Yolah Next Top Icon dulu. Tapi sekarang everything is back to normal wokey. Alamak terspeaking lak aku.

Baiklah sebelum si Suhami menembak kepala aku dengan senapang raifal M16, baik Kak Milah terus ke topik perbincangan. Bagaimana untuk menghilangkan jerawat? Kak Milah tahu ada juga pembaca blog Apo2 Yolah ini terdiri dari kalangan adik-adik remaja. So, topik kali ini memang sesuai untuk uolls. Mak bapak budak yang ada jerawat pun boleh torai wokey.


Ada 7 petua hilangkan jerawat yang Kak Milah nak share dengan uolls. Jangan ko ingat Sultan Melaka yo hantar 7 dulang hantaran pada Puteri Gunung Ledang....aku pun nak 7 jugak wokey.

Petua 1 : Uolls tahu tak ubi kayu? Ha, uolls ambil sepotong ubi kayu kemudian kupas kulitnya. Buang kulitnya. Kalau uolls nak makan kulitnya pun boleh. Tapi lepas tu kalau pitam jangan salahkan Kak Milah wokey.  Bersihkan kemudian parut. Perah untuk dapatkan airnya. Sapukan air perahan pada muka uolls yang ada bekas jerawat. Jangan kau pi tampal kat muka nenek kau. Tak pasal-pasal kau kena penampau.  Lakukan setiap hari selama seminggu. Insya-Allah, kesannya memuaskan.

Petua 2 : Yang ni kalau uolls ada kayu manis wokey.  Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Macam biasalah campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bekas jerawat uolls. Amalkan selama seminggu. Kompem hilang jerawat uolls.

Petua 3 : Ambil 10 helai daun sireh muda. Muda wokey. Aku cakap muda, muda jugak. Yang daun tua tak boleh.  Ok, bersihkan dan tumbuk lumat-lumat. Muka hendaklah dibersihkan dengan air menggelegak suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat. Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering. Lastly uolls cuci muka bersih-bersih dan lap kering. Amalkan 3 kali seminggu.<---Err..macam makan ubat demam pulak. 3 kali sehari selepas makan.

Petua 4 : Uolls tahu tak petua Kak Anita Sarawak? Ulam wokey uolls.  Selain daripada ulam yang enak dan berkhasiat, pegaga juga boleh digunakan untuk menghilangkan tanda hitam parut jerawat di muka. Caranya ialah dengan mengisar daun pegaga dengan bedak sejuk dan air secukupnya. Kau jangan ingat masakan je ada secukup rasa wokey.  Petua pun ada.  Pupukkan adunan tersebut di tempat tanda hitam parut jerawat di muka uolls setiap hari atau setiap malam sebelum tidur. Campuran kisaran pegaga dan bedak sejuk tersebut boleh disimpan di dalam peti sejuk dengan memasukkannya ke dalam botol yang kering.

Petua 5 : Yang ni kayu manislah. Tapi lain cara.  Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Esoknya, cucilah dengan air suam. Kompem cap ibu jari kesannya.

Petua 6 : Tumbuk sepuluh helai daun sireh muda. Tempelkan pada muka terutama bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu. Err...macam Kak Milah dah ulang je tadi ni.

Petua 7 : Akhir sekali, uolls boleh guna timun.  Uolls kisar timun dan tapis airnya.Kemudian tampalkan hampas timun pada wajah yang berparut. Air kau buang wokey. Jangan telan.  Biarkan hampas tadi selama setengah jam. Kemudian cuci dengan air suam.


Amacam performance akak? Wokey ke not wokey? Kalau wokey UNDI MASUK. Kalau tak wokey, kena wokey gak sebab takut kena belasah kat Suhami lagi. Jumpa Kak Milah pada petua Kak Milah sesi akan datang wokey. Cau cin cau!



                                    

6 ulasan:

SHA berkata...

hahhahahah...lawak sungguh performance itu...sangat suka...yaribaaa

zazaw berkata...

wahh
tak menahan
bulih yo
nanti jd
pengacara
HAHA

Unknown berkata...

SHA : keh keh keh....Kak Milah memang sengal... :P

Unknown berkata...

zazaw : Cuba bayangkan Kak Milah ganti Fafau...kompem rating MELODI jatuh mendadak

Zoulhusni:My Emancipation berkata...

cantik gambar CariDee kat situ...

Unknown berkata...

Zoulhusni : Cantik an...masa sesi fotografi dia jadi dumb blonde...skg dh besara modelling terus jadi kak milah

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih