Tadaa.....Inilah kakak. Nama kakak ialah Milah. Ekau buleh panggil Kak Milah. Akak cucu kepada Tok wan dan Atok. Juga adik kepada Abang Joe. Tak lupa juga sepupu kepada Cikgu Nasir. Ini kali pertama akak diberi tanggungjawab oleh tuan tanah kedaong mengendalikan segmen "Petua Kak Milah". Ekau jangan tokojut yo. Baiklah, semalam atok ado bagitahu kak milah pasal salah seorang cucu dio domam. So, mulanya atok suruh tok wan handle kan musibah ni, tapi tok wan tak nak. Dio ado program kaunseling dio sendiri. So, on time jugak atok call Kak Milah balik dari obesi semato-mato nak hendle segmen baru ni. Ok2, cucu atok tu domam. Dio nak tips demam sembuh dari demam. Moh kito lihat.....
Demam itu ialah penyakit yang menyebabkan suhu tubuh melebihi suhu biasa. Jika demikian tiada siapa pun yang tidak pernah merasa demam.
Tips sembuh dari demam versi Kak Milah
1. Pasang ekon pada suhu yang dingin.
Kalau tak ada ekon, korang buka kipas paling maksimum macam kipas helikopter. Kawan akak keje misi, dia cakap suhu yang dingin dan sejuk boleh menurunkan suhu badan.
2. Ramas daun nona/jambu batu kemudian lulurkan pada badan.
Kau jangan ingat program nona tb3 tu je.....ini daun nona. Korang ambil daun nona 5 6 keping, lepas tu ramas bersama dengan air panas menggelegak suam. Kemudian lumurkan pada badan setiap 2 jam sehinggalah badan rasa kebas.
3. Banyak minum air.
Akak ada terbaca hadith tu, tapi tak tahu hadith mana (wah, walaupun aku dumb blonde, aku tetap bace hadith) Dalam hadith tu menyatakan bahawa demam itu asalnya dari kepanasan api neraka dan hanya air saja yang dapat memadankannya. So, maksud padam di sini bukan kau telipon bomba pi siram badan kau. Tapi maksudnya adalah banyak minum air kosong.
4. Banyak bergerak
Akak faham, kalaulah dah demam mestilah nak gerak pun susah. Tapi dari kau melepet 24jam kat atas katil ,tentu lagi teruk demam kau kan? Maksud akak buat banyak bergerak adalah berjalan kejap-kejap. Pergi dapur nak minum air tu, kalau termampu jalanlah kejap. Jangan suruh orang ambilkan. Gerakan itu boleh mengaktifkan sistem badan kita semula.
5. Ambil angin segar.
Ini bukan buang angin segar yo. Jangan main gila. Akak cakap ambil angin segar di luar rumah. Gantikan O2 yang tak segar dan C2O yang berlebihan terkumpul dalam badan tu dengan O2 yang baru. Kau buat gaya macam cite titanic tu masa nak ambil udara, lepas tu hembus perlahan-lahan. Buat macam tu dalam seminit dua dalam kekerapan setiap 2 jam.
6. Minum 100 plus banyak.
Akak tak galakkan sangat makan panadol. Dia tak menyembuhkan tapi mengurangkan kesakitan sajok. Lama kelamaan kalau amalkan makan panadol sistem imun akan lemah. Dalam masa yang sama kau cepat sajok diserang virus. So, akak Milah galakkan minum air 100 plus sampai lebam. Ianya menggantikan bendalir dalam badan. Kesannya mujarab! Kalau yang air sejuk cap kaki tiga tu pun baguih gak.
7. Jumpo doktor.
Ini final step. Kiranya demam kau demam tegarlah ni. Akak sarankan jumpa doktor kalau berlanjutan 2 3 hari. Takut gak kalau suspek denggi, atau sebagainya.
p/s : Sebenarnya demam atau sakit ini adalah anugerah dari Tuhan untuk menghapus dosa-dosa kecil kita dahulu.
Macam mano penampilan sulung akak? Ok tak? Vote like yo...Tunggu "Petua Kak Milah" pada segmen akan datang. Assalammualaikum dan Salam 1Malaysia
1 ulasan:
http://storyofrome.blogspot.com/
atok saya dah buat dah!!!!..saya dah follow..dah tagg...dah buat!!..kalau kurang bgth cucu ni!
Catat Ulasan