Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Contest. Papar semua catatan

Khamis, 3 Januari 2013

Atok Pemenang Teka Nombor Plat Kereta Blogger Terkenal di Malaysia!

Wah gitoo kan.

Alamak lupo pulak. Assalammualaikum Cah. Amacam tahun baru hari yang ketigo ni? So pa so gud? Klu so pa su gud alhamdulillah lah. Kalau so pa so ma, memang nak kono penampa ngan hatok. Tahun baru kernn. Pa ma pa ma di ambang tahun baru. Bolan 9 anak menetas. Ups. Jangan cari pasai. Atok x shukeeee.

Ok, abaikan mukadimah tu. Ni atok nak koba kat korang ni. Atok ado monang pertandingan miss unibes teka dan menang yang dianjurkan oleh blogger terkenal dan hensem di Malaysia. Siapakah ittew? Haa...tak lain tak bukan Abang EQ kita atau nama manjonya EqbalZack. Gito kan.

Abang Eq ado tulis kat status facebooknya aritu. Cuba teka, apa nombor plat kereta beliau?. Dio kasi clue. Dio pocah lobang 5 abjad dan huruf di hadapan. Cumo kito kono toko duo angko di belakang tu. Ko paham tak ni Cah?...Contoh eh camni. Abang Eq bagi clue no plat keto eh WWW41**. Ha, ko tekalah yang duo belakang tu. 

Yang haku ni pulek terlebih pandai, haku sebut angka dari awal sampey abis. Err...tak abislah. Atok sebut sampai soploh sajo. Contoh WWW4100, WWW4101, WWW4102......WWW4110. Pastu atok dah gibab lah kan. Sampai 10 angka terakhir sajok. Ko paham tak atok terangkan nih?...risau aku klu ko tak paham Cah. kang aku syok sensorang menulih kang.

Ok, akhirnya kebetulan atok dapek menoko salah satu dari nombor tu. WWW4104 (ni contoh nombor plat lah yo). Dari awal-awal lagi abang Eq ni dah mention. Satu peserta layak teka satu hurup sajo. Haku p tamak teka sampai soploh kan. Patutnya atok dah tak layak monang. Tapi nasib masih menyebolahi atok sobab dalam berpuluh-puluh orang yang toko tu, sorang pun tak dapek toko dongan topat. Atok yo dapek toko dongan topat. Magik kan. Haah magik. Ko teka sampai soploh kan tok?....puihhh

Haaa...inilah hadiah yang atok dapek dari pertandingan teka dan menang no plat abang Eq tu.







surat ini dilekatkan setem UK katanya...ko hadoo?







Haaa...ni surat iringan dari abang Eqbal Zack...kerlasss bang...siap ada cover letter lagik.....hik hik






Dan hadiahnya adalah....











TADAAAAAAAA!!!
haaa, ado keychain UPM, freeze button & batch button....hihi....comel kan...


So, atok apo laie...terus tepekkan freeze button tu ke peti es atok buek koleksi. Gitoo kan. Yang keychain tu atok gantung kat opis  :)
Abang Eq ni rajin buek giveaway. Kalo ko tak mau terlepas peluang, bolehlah terus skodeng dan follow blog the most famous blogger in Malaysia 2012 nih kat [SINI]. Papaiiii




p/s : Cah tolong atok. Atok ado perasan kenapolah takdop orang yang komen entry atok kan. Rupo-rupo eh diorang tulis kat conversation nuffnangX tu. Camno atok nak disable kan conversation nuffnangX tu? Sobab atok memang tak bulih buek singgah balas kat blog korang kalo ado conversation nuffanangX tu! Tolong yo....

Selasa, 7 Ogos 2012

Keputusan Contest Sapo Nak Kad Rayo!



Tu dia. Keputusan akan di humumkan sebontar laie. Timo kasih pado Ecah yang berkesempatan memeriahkan pertandingan anjuran atok yang tak seberapo ni. Kalau nak hadiah duit rayo, silolah datang ke pondok buruk atok nanti yo. Ok bebeh, mari kito teruskan pado keputusan contest sapo nak kad rayo! yang tolah berakhir 4 Ogos 2012 yang lalu.

Sebolum tu meh atok perkonalkan juri jemputan kito merangkap pencabot undi. 





Profile

Namo : Muhammad Aqil B. Asrul Apendi
Umur : 15 bulan
Hobi masa lapang : Menepek belakang badan atok time atok tongah tido


Ok, cucu atok yang bertuah pado tahun ini adolah.....


  1. Mieya Atiera (kad rayo & header rayo)-tinggalkan alamat & gambau untuk edit header
  2. chii (kad rayo)-tinggalkan alamat
  3. blog-tips-kurus (kad rayo)-tinggalkan alamat
  4. Miss BaNu (kad rayo)-tinggalkan alamat
  5. Jue (kad rayo)-tinggalkan alamat
  6. RATU QASEH SAIFUDIN (header rayo)-tinggalkan gambau untuk header
  7. sensasi2020.blogspot.com (header rayo)-tinggalkan gambau untuk header

Silo tinggalkan alamat & gambar @ alamat @ gambar di email atok di suham_mie@yahoo.com sebolum khamis ni (9.8.2012). Sebarang kelewatan, hadiah akan terbatal dengan serta-merta (pasal atok nak pos sebolum 10.8.2012, abang posmen koba takut kad sampai lopeh rayo). Tahniah pado yang monang! Yang kurang bernasib baik, cubo laie tahun dopan yo!

Sabtu, 4 Ogos 2012

Contest "Sapo Nak Kad Rayo?"

ENTRY MELEKAT INI AKAN BERADA DI SINI SEHINGGA 4 OGOS 2012. SILA LIHAT BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU


Assalammualaikum dan salam sejahtera,


Tu dia. Macam tahun sudah, tahun ni atok nak buek pertandingan ratu kebaya sempena hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lamo laie. Pose baru tigo hari dah nak rayo ek. Yelah, abang posmen koba tarikh last post kad rayo 13 Ogos ni. Tu yang atok nak buek awal tu pasal hadiah yang ditawarkan Kad Rayo. 

Mesti rindu nak terimo kad rayo kan. Jaman sekarang ni ko tag je gambau kat pesbook pastu mintak hampun. Siap. Kekdahnya. Makanya bagi mengembalikan jaman kad rayo tu, atok nak buek satu contest. Namo eh "Sapo Nak Kad Rayo?"

Syarat eh mudah sajok...

1. Lokek (lekat) gambar kat bawah ni dalam blog Ecah. Nanti sonang kengkawan lain nak joint contest ni.




2. Like facebook Apo2 Yolah dan follow blog Apo2 Yolah kat bawah tu.
3. Tinggalkan link contest ni kat blog Ecah sonang kawan nak joint. Dan link entry blog Ecah tu kat ruangan komen atok ni sonang atok nak terjah
4. Tag pado sorang kawan blogger
5. Siap

Tarikh akhir atok terimo maklumbalas : Sebolum 4 Ogos 2012 bersamaan poso ke 15 ramadon
Hadiah : Kad Rayo + Header Raya (1st), Kad Rayo (ke-2 & ke-5), Header Rayo (ke-6 & ke-7)
Pemenang dipilih berdasarkan : Cabutan Bertuah dari 5 orang Fruit Son + Daughter atok.
Pemenang akan diumumkan : Pado 7 Ogos 2012


Copek2, Atok anjurkan contest cenggini setahun sekali yo.

Pesoto yang dah joint setakek ni :

DONGAN RASMINYO CONTEST TOLAH DITUTUP. NANTIKAN KEPUTUSAN PADO 7 OGOS 2012

Ahad, 7 Ogos 2011

Peserta Akhir Contest Kutuk Blog Atok

MACAM BIASALAH, ENTRY YANG INI AKAN GILA KUASA TERPACAK KAT ATAS SEHINGGA SABTU 7/8/2011. ENTRY TERBARU SILA SCROLL DOWN YE CUCU2 DEN...  >_<

Alhamdulillah. Contest telahpun berakhir malam tadi tepat 12 malam ala-ala cinderella tertanggal kasut kristalnya. Terima kasih banyak-banyak sebab kutuk a.k.a komen blog atok ni. Barulah atok tahu sisi mana perlu dibuat penambahbaikan lepas ni. Nah, kalau nak ikutkan tak cukup korum nih. Nak je atok batalkan contest ni. Boleh tak atok batalkan contest nih?

Tapi tak adillah pada yang dah joint kan. So, atok tetap akan teruskan. Suma kesembilan peserta ini layak untuk ke pusingan akhir. Yang menetukan 4 tempat teratas dan memenagi cenderamata Cameron adalah dengan proses pengundian poll. --------------------------------------------------->>>>


So, cepat-cepatlah undi kat sebelah tu sebelum sabtu tengah malam. Awok ajaklah wan uteh, wan gayah, mak uda, kakak, abang chik, jiran2 sebelah rumah p ngundi poll tu k. Awok nak datang undi hari-hari pun bulih. Kite bukan tahupun awok ngundi diri sendiri. Hihi. Proses pengundian bermula pukul 8.30 pagi arini dan tutup ahad ni jam 12 malam!!  4 undian tertinggi dapat adiah cenderamata tu.

Pssttt...pastu suma finalist ni dapat hadiah istimewa dari atok eh. KAD RAYA!!! Yang menang dapat, yang kalah pun dapat. Suka tak kau? Nanti kasi alamat kat email cucu atok yang sengal ni ek, suham_mie@yahoo.com











Mohamadazhan.com 
2 votes manual





1 vote manual


















1 vote manual







PESAN ATOK : Atok minta maaf, nama umie mia tertinggal dalam list finalist. Sebenarnya semua yang masuk contest ni, automatik terus ke final stage sebab tak ramai. Mana nama yang joint, tapi takdo tu terus inform atok cepat-cepat k. Pasal undian tu, atok buat semula. Mana yang telah dapat undi atok akan tambah secara manual kemudian. Finalist ni sila bagi alamat rumah ke suham_mie@yahoo.com untuk dapat kad raya dari atok. Terima kasih joint!

Ahad, 31 Julai 2011

Contest Kutuk Blog Atok

ENTRY INI AKAN BERADA DI TAHTA TERATAS SEHINGGA 31 JULAI 2011. SILA LIHAT DI BAWAH UNTUK ENTRY TERBARU  =)






Tu dia tuan puan sekalian. Dia dah mai dah. Aku dah pandai buat contest bagai dah..... Abess la ngko pasni. Sempena percutian atok ke Cameron Highland tempoh hari, atok ada juga belikan sebenier lebih. Dari dulu lagi atok nak buat contest masa bercuti di Melaka haritu tapi tak sempat nak beli. Nah, sekarang ni atok nak buek contest pulak. Kau ado? *Matiler riak!


Contest atok ni sonang yo. Tak perlu kusutkan kepala.  Dah bersedio sumo? Hah, layan.....
Kutuklah blog atok untuk penambahbaikan masa akan datang. [1kutukan paling kreatif n logik sajok]

Itu sajok. Tak payah nak folow bagai. Kalau ekau suko, baru folow. Tak suko, tak payah folow. Haaa garang tak aku? garang tak?? Tak perlu panjang lebar. Simple but sweet. Macam biaso buat entry kutukan kat blog memasing, dan link kan kat ruangan komen sini, senang atok nak terjah. Itu sajo yo!

3 Hadiah menarik menanti 3 yang bertuah ialah (menarik ker?)
1. Keychain buah strawberry
2. Keychain pensel kayu
3. F. Magnet strawberry


Berdiri Dari Kiri : keychain strawberry, F. Magnet, keychain pensel


Pemenang dipilih berdasarkan komen paling logik. Atok akan  senarai pendekkan dalam top 10, dan undian orang ramai akan dibuka kelak. Atok punya kedai tutup hujung bulan ni, bley?? Ok, tarikh tutup pado 31 Julai 2011...    Gud luck!   >_<

Psstt....ado saguhati jugak. 
1. Sesiapa yang dapat menjadi referer paling banyak, akan dapat keychain pensel kayu jugak. Pandai-pandailah nak promosi contest ni cmno yo.
2. Atok akan buat satu cabutan bertuah antara semua peserta. Hadiah eh, strawberry keychain tu. Gud luck....Ok papaiiii sumer!!

er....ko sambutan menyodih an bawah 10, tepakso lah atok gulung tukar yo...chau chin cauuuuu......wasalam..

Sabtu, 23 Julai 2011

Contest Aku Berpuisi-Surat untukMu

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kali ini atok nak joint contest sulung mohamadazhan iaitu Contest Aku Berpuisi. Sebenarnya atok pernah menerbitkan sajak dibawah sebelum ni di dalam blog ni di bawah segmen "sedih". Cuma atok nak repost kembali untuk dikongsi bersama cucu atok yang tak sempat nak baca. Mari ramai-ramai kita joint contest anjuran mohamadazhan ni sebelum 16 ogos 2011.

Dalam banyak-banyak sajak yang atok karang, sajak inilah yang paling bermakna. Jika purata yang diambil oleh atok untuk menghasilkan sebuah sajak sekitar 30 ke 45 minit. Tapi istimewanya sajak ini atok berjaya hasilkan dalam masa 5 minit! Pada jam 3 pagi! Ya...hanya 5 minit pada jam 3 pagi...Mungkin sajak ini bukan lahir dari perahan minda yang memerlukan idea kreatif, namun lahir dari ketulusan hati yang paling dalam ditemani air mata keinsafan. Moh baca sajak yang atok pertaruhkan kali ini...



Mataku tersentak!


Jam menginjak ke angka 3 pagi. 
Tiba-tiba hati ini sayu. Sejuk. Muram tak beremosi.
Minda kosong serta-merta,
Dunia seakan berhenti berputar,
Cengkerik seolah terus membisu,
Angin bayu menyapu malas kulit pipiku
Kemudian terdetik di hati berbicara!

Ya Allah Ya Tuhanku,
Apakah cukup bekalan untuk aku ke sana?
Adakah benar dosaku sedang bermaharajalela menghimpit amalan baikku?
Betulkah landasan yang sedang aku lalui ini?
Apakah benar tubuhku ini nanti menikmati alam syurgaMu,
atau
Menjadi hambatan api panas nerakaMu!

Jika benar ajal selangkah sedang menghampiri diriku,
Kau izinkanlah aku beribu jejak untuk mendekati diriMu,
Jika benar aku sedang enak dibuai pujuk rayu syaitanirojim,
Kau sedarkanlah aku dari mimpi ngeri itu,
Jika benar aku hidup dengan penuh lubuk dosa,
Kau hulurkanlah tanganMu semoga aku dapat keluar dari selutnya.

Astaghfirullah al Azhim....
Terlalu banyak aku berdosa padaMu,
Terlalu miskin aku dimataMu,
Terlalu hina ku rasakan diriku ini disampingMu,
Banyak musibah dan bencana yang pernah aku lakukan,
Tak terkira. Tak terhitung. 

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu Akhbar.
Hati yang kerdil lagi hina ini,
Begitu berharap keredhaan dariMu, Allah
Tunjukkanlah aku jalan yang benar,
Suluhilah aku jalan yang lurus,

Jika benar aku sudah jauh tersesat di persimpangan durjana,
Aku merayu Kau mencuit bahuku untuk kembali,
Kembali ke persimpangan asal di mana aku bermula,
Aku sanggup untuk meniti semula liku-liku itu,
Semoga setiap permulaan itu,
Akan berakhir dengan jalan yang Kau redhai



Khamis, 26 Mei 2011

Komen LeLaju Kat Blog Nohisme

Tu dia tuan puan sekalian alam. Dia dah mai dah. Siapa pulak feeling nak jadik bawang merah naik buaian nyanyi lagu buaiku lelaju tu! Ha....Lama udoh atok tak menterjebakkan diri dalam kancah contest-contest ni. Manjang tak menang je so aku gibab!. Kali ini atok telah di tag oleh gad1ss0ypans so kono joint. Cer baca watikah dari penganjur contest iaitu Noh Tak Hujan.....   =.=




1. Atok terpaksa jadi follower ke 730  >_<
2. Begheh
3. Atok tag kat Mohd Faiz dan QESAH QASEH
4. Nak joint? Klik [SINI]

So, tibalah saat atok nak kutuk  ni Noh Tak Hujan. Sepedas dan selaju yang mungkin yo. Noh tak tahu lagi mulut atok ni lebih pedas dari cili dalam iklan Downy tu. Bab-bab mengutuk ni kau serahkan haku. Noh dah ready menerima semburan dan cacian dari atok? Sedia? Betul ni? Tu await lutut ketaq-ketaq tu. Erk!

1. KENAPO Noh tak lotak like facebook dalam blog? Kalau Noh gila pemes macam hatok ni, Noh WAJIB lotak 'like facebook' tu!....amacam pedas??

2. KENAPO Noh ni malas sangat? Oooo....main post gambor dan bidio youtube je ek. Saje pancing malas nak buat entry panjang lebar 888 patah perkataan kan?? Lain kali buat entry sekurang-kurangnya 10 ratus perkataan! Baru stim atok nak baco.....gampang tak mulut haku?

3. KENAPO Noh ni lotak namo Noh Tak Hujan? Kenapo tak lotak namo Noh Gerimis Mengundang ke kan....Noh musim bunga sakura ke....Noh Salji ke.........atok angkat kain pelekat...1...2....larekkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Apo2 pun atok tabik potato spring kat Noh tak Hujan. Ada identiti blog tersendiri. Atok gurau je tau yang 3 atas tu. Semua itu hak masing-masing nak post apa kan. Ok pe sharing gambar2 pelik tu sobab ada jugak kita tak pernah lihat sebelum ni. Tapi dalam banyak-banyak entry, atok paling suko entry di bawah ini ;




Atok berdiri tegak dan memberikan tepukan gemuruh kat Noh. Keep it up dear. Be your self! Gemuruh Jiwa...Semangat Membara....Dari Puncak Ingin Ke Angkasa........  <----saje atok nyanyi lagu abang superman kasi kau terbukak hati pilih atok sebagai juara keseluruhan. Erk!

p/s : Atok suka kata nama 'haku' tu.
>_<

Isnin, 25 April 2011

Contest Tabik Sama Kamu





Atok dari sehari ke sehari nak joint contest Mat & Mina ni, tapi baru malam ni atok berpeluang nak masuk. Ha, Mat & Mina ado anjurkan contest tabik sama kamu. Nak joint klik [SINI]. So, atok mau cerita sikit secebis dari kisah hidup atok untuk pedoman kita bersama k. Baiklah, gaya bahasa atok kali ini agak serius. Sila masamkan muka!



Satu masa dulu, atok telah ditempatkan di sebuah sekolah di Kuala Pilah. Nama sekolah atok tu,SMK Tuanku Muhammad. Kat situ atok ada kenal dengan seorang sahabat ni. Namanya Sufi (bukan nama sebenar). Sufi ni budak yang baik. Tahun pertama atok kenal dia, dia memang rajin turun surau. Kadang-kadang dia pasangkan kaset orang mengaji kat surau. Dia pun selalu jadi imam. Percakapan dia perlahan je.

So, atok pun berkenanlah nak bersahabat baik dengan dia. Mula-mula atok kenal dia, dia manjang gelak je. Atok cakap sikit dia gelak. Atok kompius. Muka aku ni macam badut ke? Start dari aritu kami pun rapat. Satu malam tu dia ceritakanlah kisah dia masa dulu. 

Sufi ni lepasan MRSM kat Terengganu kalau tak silap atok. PMR dia 8A, 1B. Dia telah dipindahkan ke sekolah biasa sebab satu kes ni. Menurutnya dia telah terkena ilmu hitam. Masa mula-mula terkena tu, dia cakap kat atok, dia tengah solat. Tiba-tiba masa nak sujud tu, dia rasa macam ada benda bertenggek atas bahu dia. Then terus dia tak tahu apa berlaku. Sedar-sedar dia sesat kat hutan area pokok buluh. Nasib baik jumpa.

Start dari peristiwa tu, dia selalu je diganggu. Lebih-lebih lagi masa peperiksaan besar. Masa SPM pun diganggu. Last2, pelajar cemerlang macam dia hanya dapat 3A saja dalam SPM. Then dia sambung ambil STPM sama dengan atok. Tapi dia jurusan sains hayat. Atok ambik sains fizikal. Kelas lain-lain tapi satu dorm. Sudah suratan takdir, masa STPM sebenar pun dia sakit jugak. Dia bukan Sufi yang atok kenal dulu. Tottally different. Kejap menangis. Kejap lagi bersilat. Kejap lagi mengaku nabi. Sedih sangat atok tengok masa tu. Luluh tengok sahabat baik kita jadi macam tu.

Tup-tup, after STPM atok dah tak dengar khabar dia. Last atok dengar dia masih sakit. Then tak lama lepas tu, atok dengar cerita dia dapat sambung ASASI Sains kat UiTM, Kuala Pilah. Alhamdulillah dia ok! Lepas habis ASASI, dia dapat sambung belajar ke UiTM Penang. Syukur sahabat! InsyaAllah, rezeki Allah ada kat mana-mana walaupun lambat. Dia amik kejuruteraan apa ntah, atok tak ingat. Sambung diploma. 

Tapi malangnya, dugaan lagi, masa final year, Sufi sakit lagi. Kawan-kawan dia semua pinggirkan dia. Dia mengadu kat atok semua bencikan dia. Semua orang dok pakat gelakkan dia sebab gila. Semua kata dia gila. Atok rasa sayu je dengar kata-kata dia. Atok hanya mampu cakap banyakkan bersabar.

Kadang-kadang atok terpikir jugak. Kenapalah Allah tu nak uji Sufi tu dengan dugaan berat? Kenapa tak uji budak-budak tak sembahyang kat luar sana tu? Budak-budak kaki maksiat tu?  Sufi tu tak layak dapat nasib macam tu. Dia baik. Terlalu baik bagi atok. Then bila atok berbual dengan dia, dia pasrah. Setiap dugaan tu ada hikmahnya. Last atok jumpa raya tahun lepas. 

Sekarang atok tak tahu apa perkembangan dia. Telefon pun tak berbalas. InsyaAllah, tahun ni atok nak melawat sahabat baik atok tu. Semoga lawatan atok kali ni, akan nampak sinar baru dalam hidupnya. Atok bangga dengan Sufi! Walaupun banyak kali dia tersungkur, tapi dia tak pernah putus asa bangkit dari landasan hidup ni. Biarlah orang nak kata dia gila. Sewel ke. Tapi atok tahu, dia tu siapa. InsyaAllah, hujan tak turun selama-lamanya. Selepas hujan tu, pasti ada pelangi yang akan menyambut kau sahabatku. Sabar ya Sufi!



Ahad, 24 April 2011

BEN ASHAARI CARI BLOGLAH !




Ha tu dia. Jangan main-main. Sekali atok nak masuk pertandingan ratu cantik segmen yang dianjurkan oleh otai blogger Malaya! Mempersembahkan Ben 10 Ashaari!!! Sapa tak kenal dengan Ben Ashaari ni memang nak kena sebat. Ben Ashaari ni adalah antara blogger paling tip top dan popular di Malaysia. Ini first time atok joint segmen dia. Walaupun dah duedate. Huhu. Nak joint klik [SINI]


Ha, atok kono jawab soalan final dari Ben Ashaari ni. Berikut merupakan soalan yang diberi :  T.T'


1. Siapa yang mempengaruhi anda untuk membuat blog.

Haa, korang tahu tak sebenarnya atok dah mula daftar blog ni sejak  tahun 2009 lagi. Tapi entry sulung atok dilahirkan pada januari 2010. Tak kenal maka tak cinta. Camno tu?? Sebenarnya atok tak tahu haram jadah apakah itu blog? Adakah blog itu batu blok? Ataupun blok 404? Argghh! Atok tak peduli itu semua. 

Atok mula kenal dengan dunia blog ni sejak atok terbaca kat surat kabar pasal Hanis Zhalikha. Sekali 2 pages paper dia conquer (eh betul ke aku eja??). Hanya pasal Hanis Zhalikha! Hanis Zalikha ni jugak antara blogger tip top kelas atasan sama seperti Ben Ashaari. Blog atok ni kasta rendah je. Huhu. Start dari hari tu, atok dah start daftar blog. Walaupun entry sulung macam bangkai. Kosong je takde widget menarik. Tak ado sapo pun komen. UV pun tak sampai 5 orang. Waaaa......Give up!

Then atok stop. Atok tak aktif berblog sampailah June 2010 kalau tak silap. Ini adalah kerana atok tertarik dan terbuka balik mata dengan blog kawan atok, Amy Rosmiza dan Jee Yunus. Cantik blog dia. Bling bling. Atok pun pikir balik. Ish, aku pun nak satu macam dia. Bling bling. Tak leh berhenti setengah jalan! Then atok pun pasang niat. Mesti teruskan apa yang dimulakan! So, sampai sekarang atok masih lagi aktif berblog.


2. Siapakah sumber inspirasi anda ? 

Ha, yang ni macam soalan di atas je. Huhu. Alamak atok silap format sudah. Takpelah, atok teruskan. Antara sumber inspirasi atok berblog adalah dari kawan-kawan sekolah atok sendiri. Sayang you guys! Sehari atok tak berblog, diorang akan hantar mesej. 
"Kenapa tak ada entry baru? Buatlah!"
Selain dari itu , galakan dari rakan-rakan sekerja. Atok tahu ado yang intai-intai blog buruk atok ni. Mula-mula atok malu sangat. Kat opis atok ni nampak baik-baik muka suci tak bersalah je. Jalan pun pandang lantai. Kat blog, atoklah yang paling sengal, masuk air, bengkek, suma spesis koya lah!. Kat opis diorang panggil 'atok'. Last2 atok tak kisah. Atok lagi suka. Ada juga rakan opis mengikuti perkembangan blog buruk ni.

Dan yang paling menjadi inspirasi kat atok adalah, kau orang sendiri! Semua yang baca blog atok ni adalah kekuatan atok yang utama. Kalau kau orang tak datang membaca dan komen, atok rasa down sangat. Kau oranglah sumber api semangat atok. Trimas semua cucu atok. ATOK SAYANG KAMU MUAHHH MUAHHH!!

Sabtu, 22 Januari 2011

DANIEL ADIE GIVEAWAY : Diary Motivation 2011


 Atok kono tagged oleh Cu Finaz Jaafar
Mokasih banyak2 ha yo.... (^__^)
 Daniel Adie's 1st GiveAway so, atok nak joint GA ni to support cu Adie !
Moh2 meriahkan GA Adie ni..Adie tengah berbaik hati nak bagi Diary Motivation 2011..
Here some facts about the GA:
Giveaway: Diary Motivation 2011
No of giveaway: RAHSIA *surprise!!
Start Date: 20 Jan 2011
End Date: 27 Jan 2011

Untuk keterangan lebih lanjut silalah rujuk di 



                                                                         Tagged pado :

3. SEMUA cucu atok yang rasa nak join GA nih..

Jumaat, 21 Januari 2011

Contest Collage Kesayanganku

Bersempena 02/02/2011 yang makin hampir. Tuan Penganjur yang akan bertambah usia ini akan menganjurkan contest buat rakan2 blogger. Jom tengok syarat2 contest ini.


banner Contest Collage Kesayanganku
18/1/2011 - 18/2/2011

SYARAT2 PENYERTAAN

1. terbuka kepada semua blogger Malaysia yang berada di Malaysia sahaja.
2. jadi follower blog ini. blog Miela Tahril.
3. buat entry bertajuk "Contest Collage Kesayanganku".
4. copy paste banner contest ini selama tempoh contest ini berlangsung dan link back ke entry ini. copy paste di :
- entry korang yang bertajuk "Contest Collage Kesayangku" tu
- side bar blog korang
5. upload 1 gambar hasil collage yang korang lakukan dalam entry tersebut.
syarat2 gambar collage :
- terdapat muka korang
- sebab pon Contest Collage Kesayanganku, so korang mesti selitkan gambar insan yang korang sayang. (tak kira kawan2, buah hati, keluarga, dll)
- ingat tau, mesti gambar collage ye. korang tau kan collage tu ape? yang macam petak2 tu, macam gambar banner contest ni.
- korang buatlah dengan kreatif ye
6. tag 3 insan bertuah yang bergelar blogger. pastikan mereka mengetahui mereka di tag.
7. letakkan link entry korang di ruangan komen entry ini.
* terdapat 3 pemenang yang akan memenangi Contest Collage Kesayanganku ini*
*kemenangan berdasarkan kreativiti gambar collage yang anda hasilkan*
*tarikh contest ini berlangsung bermula 18/1/2011 - 18/2/2011*
Atok pertaruhkan gambar nih




Atok tagged pado

Khamis, 20 Januari 2011

Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool

Assalamualaikum wbt...& Salam Sejahtera...
Tuan penganjur nak Straight to the point buat contest...contest tu ialah contest 
"Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool"


Jom la join ramai2 kat sini...

Syarat2 yang mudah....

1. Follow blog ni (wajib ni...tuk meriahkan blog ni...hehe) Begheh ^_^
2. Buat entri bertajuk "Contest Gambar Tak Nampak Muka Paling Cool" Begheh ^_^
3. Letak beaner ni dalam entri dan sidebar and terus linkkan balik ke entri nie yer :) Begheh ^_^
" Letaklah mana2 pun gambar yg kamu mau pertandingkan...dalam entri tu juga..." Begheh ^_^
4. Tag 3 orang rakan anda yang berminat join contest ni...Begheh ^_^
Dan Tinggalkan Link anda di bahagian komen tau...hehe...Begheh ^_^

Tarikh tutup 25 03 2011


Maka, atok pertaruhkan gambar ni......hihi








PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih