Isnin, 15 Oktober 2012

Jenis-Jenis Body DSLR

Suhami Ahmad





Assalammualaikum geng,


Ok, kali ni Am nak kongsikan dengan korang jenis-jenis body DSLR. DSLR atau nama panjangnya Digital Single Lens Reflection. Lepas ni kalo kawan korang tanya apa nama penuh DSLR tu hape, korang jawab la nama panjang tu. Okey?...Fine kite teruskan pada topik utama.

Jenis-jenis body DSLR ni ada 3 peringkat iaitu Beginner, Semi-Pro dan Pro. Beginner tu apa beb?. Ok, beginner tu body dslr untuk mereka yang baru nak berjinak-jinak dalam industri perkameraan. Ceh. Kalau korang nak beli DSLR sekadar hobi atau suka-suka, atau kegunaan keluarga korang bolehlah beli kamera beginner ni. Selain harganya murah, fungsinya pun mesra pengguna. Contoh beginner dslr atau entry level dslr bagi Nikon adalah D3000, D3100, D5000 dan lain-lain lagi. Kalau Canon dia ada 3-4 digit, contohnya 500D, 550D, 400D, D1000 dan lain-lain lagi.

Contoh DSLR Beginner ; Nikon D3100


Peringkat DSLR yang kedua adalah Semi-Pro. Am ada DSLR ni. Nikon D7000 dan D90. Kalau nak kenal Canon punya kamera, dia ada 2 digit di depan seperti 50D, 60D, 40D dan sebagainya. Kamera jenis ni sesuai untuk mengambil gambar sebagai hobi dan juga pendapatan sampingan. Harga lebih mahal dari DSLR yang beginner tadi tapi kualitinya lagi bagus. Kalau sesiapa yang nak berjinak-jinak dalam dunia fotografi dan jadikan bidang ni sebagai sumber pendapatan sampingan, Am suggest korang amik dslr semi-pro nih.

contoh Semi-Pro DSLR ; Nikon D7000


Yang terakhir sekali , ialah Pro DSLR. Antara Pro DSLR keluaran Nikon adalah seperti Nikon D3, D3X, D3S, D700 dan lain-lain. Canon ialah ada 1 digit di depan seperti 5D, 7D, 1D dan lain-lain. Yang DSLR jenis ni bukannya orang Pro je boleh pakai, orang biasa pun boleh. Cumanya cara kendaliannya agak kompleks berbanding kamera DSLR jenis entry level tadi. Harganya untuk body tak termasuk lens sahaja ada yang mencecah berbelas ribu. So, kalau korang mampu hamek je. Sebab kualitinya tak payah cakap lah. Memang photographer tahap dewalah.

Contoh Pro DSLR ; 5D Mark ii


So, korang tanya diri sendiri. Kamera jenis apa yang korang nak pakai dan ingin pakai?. Kalau sekadar hobi dan suka-suka shoot hidung awek ko, belilah entry level atau beginner DSLR. Kalau nak buat sebagai sumber pendapatan sampingan, carilah DSLR jenis Semi-Pro. Dan kalau korang buat benda ni sebagai sepenuh masa dan mempunyai ilmu yang mencukupi, why not try Pro DSLR. Ok bebeh, selamat menganalisa!



tuuuu diahhhh...
Korang nak skodeng tak gambar pertama yang Am amik guna DSLR ever???











haaa..tu deh....macam pakai kamera telipon kan???


p/s : Kadang-kadang bakat pun mainkan peranan. Kalau kurang bakat tapi nak guna Pro DSLR, hasilnya seakan-akan macam ambil gambar guna telefon......hmmmm....more practis plisssss. Practise make perfecto

14 ulasan:

dya nasir berkata...

dya nk guna DSLR pun xreti.haha

Gillette Flores berkata...

Punya hajat nak beli DSLR.
Ada bertanya pd kwn2 photographer tp tak sorang pun yg explain 3 jenis DSLR ni.
Thanks Am. Insya-Allah ada rezeki lebih nanti, Gill memang nak beli.
Semi-Pro mungkin. :)

teacher bonda berkata...

thanks 4 d info atok..Tb nk beli DSLR dh lama. tp asik ke lain je duitnya..abes2 pon pakai DSLR abang,sekolah punye..:)

Mohamadazhan.com berkata...

salam atok,

saya guna 650D, tka tau peringkat mana tu...rasa beginner jugak. nak juga cari body d7000 tu tapi mahal.keh3.

eqbalzack berkata...

abg eq kena berguru ni...:)

-eqbalzack-

Unknown berkata...

dya bunga : Xpo bulih belajau...hihi

Unknown berkata...

Gillette Flores : Samo2...selamat terjun ke dalam hiobi yang menyeronokkan ni :)

Unknown berkata...

teacher bonda : Hihi...selalunya yang sekolah mesti yang begiiner punya kan

Unknown berkata...

Mohamadazhan.com : Tak pa aih...slow2 kumpul duit na...atok dulu pun ikat perut nak beli mendealah ni :)

Unknown berkata...

eqbalzack : Hah abg eqbal....sejam tutorial kena belanja mekdonah samurai...kih kih

Gillette Flores berkata...

Tok! Tok! Tok!
Assalamua'alaikum Atok.
Atok, Gill guna nama atok untuk entri baru Gill.
Makaceh atok. Kbai. (:

inche hlovate berkata...

surrender..sya tak thu apa2 pun pasl camera ni huhu

dr berkata...

thanks utk info!

Tanpa Nama berkata...

Excellent beat ! I wish to apprentice while you amend your website, how can i subscribe for a blog web site?
The account aided me a acceptable deal. I had been
a little bit acquainted of this your broadcast offered bright
clear idea
Feel free to surf my web site : boligityrkia.net

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih