Isnin, 9 Januari 2012

Bagaimana Nak Hilangkan Jeragat


                                                               
                                                                               Kak Milah

Hi uolls...

Akak berani gigit jari, mesti uolls rindu setengah mati kat akak kan. Kalau tak rindu, kau pangkah entry akak sekarang! Oklah, di kesempatan ni, akak nak mengucapkan selamat tahu baru kat uolls. Ini kemunculan sulung kakak pada tahun baru ni. Tok Wan jangan jeles k, haku yang ke udara dulu untuk tahun 2012 nih lepas atok.

Baiklah, kakak tak mau carut panjang-panjang. Kakak nak kongsikan dengan uolls tips ataupun petua dari akak yang selanjutnya. Petua tersebut adalah, bagaimana nak hilangkan jeragat. Apa itu jeragat uolls? Jeragat adalah disebabkan liang roma kulit yang tersumbat oleh sebum (dikenali sebagai bintik putih atau bintik hitam). Ok, lets start babeh.


1. Uolls curi beras mak uolls segenggam. Kasi cuci pahtu rendam sehingga lembut. Kemudian tumbuk bersama kunyit selanjutnya bancuh dengan air limau nipis dan masukkan putih telur. Gaul semuanya sehingga sebati. Pahtu jangan uolls buat ramuan tu masak lemak cili api! Sapukan bancuhan tadi ke muka sehingga rata. Biarkan sehingga kering. Agak-agak uolls tak boleh nak senyum tu (kering), bilas dengan air suam. Amalkan selalu.

2. Cara kedua, uolls petik pisang atok uolls kat kebun tu. Dan petik jambu batu jiran uolls. Blender sehingga hancur, campurkan dengan sedikit susu tepung, sapukan rata ke muka jadikan masker. Tunggu hingga kering kemudian uolls terus bilas.

3. Tahun baru cina dah dekat kan uolls. Tunggu apa lagi, kau beli limau mandarin kat apek tu, ambil kulit oren tu, blander kering lalu letakkan sedikit air. Uolls tonyoh-tonyoh ke muka, biarkan beberapa minit kemudian coci.

4.  Cara berikutnya, ambil cuka. Akak nak bagi amaran. Ini bukan cuka yang buat muka uolls hancur tu k! Kena saman aku nanti. Ini cuka makanan tu campurkan dengan air. Kemudia sapukan ke wajah nenek uolls, dan bilas selepas beberapa minit.

5. Akhir sekali, petua kak nita kita. Amalkan amik air semayang uolls. Amik air semayang , amik gak. Semayang jangan lupa. Uppss.





Awas...uolls jangan pakai sebelah muka saja


Atok pesan kat akak, tinggal 48 cucu sajok yang dicari untuk tahun 2012 ni, uolls cepat joint kat [SINI]
Sumber : 

32 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

uik.senang je petua kak milah ni. kak milah kak milah bagi petua hilangkan jerawat plak. muka kak milah kan licin berseri... =p

Tanpa Nama berkata...

tadi atok ke pegi blog aku. dia pengsan.tolg simbah air sebaldi kak milah.

mas saari berkata...

kelaslah petua kak milah ni, boleh amalkan!

ORLANDO AHMAD berkata...

kak milah, den tonyoh ngan klorox ajo buleh x?

KuNanGKuNanG berkata...

omboi..petua petui gitu...hahaha.pe pun mmg info yg bagus. boleh dimanfaatkan oleh semua..:)

Munn Jaafar berkata...

wahwahwahhhhhhh kemain lg kak milahhhh

tp petua 1st tu mmg menjadi tau! =P

Rtp Farra Arisha berkata...

petua yang boleh diamalkan sepanjang waktu...terima kasih kak milah ;))

faiz berkata...

nasib den takde jeragat..kalo tak terpakso tonyoh cuka keik muko ni..

Ca Ezah berkata...

jeragat alhamdulillah xde kak milah..parut jerawat zaman 'kejatuhan' dulu je ade..tp mcm best je petua tu..jimat pon jimat..heh3


*1st time jumpa kak milah..weee..

LadyBird berkata...

salam akak.. bior je atok jeles.. hobi atok memang cenggitu..

petua ni bagus tul.. tp kene perlu rajin kan akak..

lady nih pemalas tul.. nak gosok gigi pun malas.. bukan gosok gg je malas.. makan pun lady malas.. huhu

Tanpa Nama berkata...

wah2 bagus betol petua ni.. leh jimat duit dan tak payah gi facial hohoho

Unknown berkata...

petuanya mmg mudah dan ringkas..tp bila da malas..yg mudah tu la yg nampak sgt sukar..apa pun..thanks kak :D

Unknown berkata...

Rindunyo kek blog nie...tak sabar tunggu final exam abes...nak mandi laut kek PD hari Kamis ni hehehe

Zul fattah berkata...

haha.. x mor amal petua ni.. pakai pencuci muka la.. ni utk org popuan je..

Unknown berkata...

Hanie_Dew : Hey, apa lagi....potosop lah uolls

Unknown berkata...

Hanie_Dew : Choi, dia masuk laman terlarang

Unknown berkata...

mas saari : Kelass kan uolls

Unknown berkata...

ORLANDO AHMAD : Boleh uolls, tapi pasni jangan cari akak nak bedal akak sudah la ye...

Unknown berkata...

KuNanGKuNanG : Amalkan mana yang baik...hik hik

Unknown berkata...

Munnafendy : Kak Milah cun tak? hihi

Unknown berkata...

Rtp Farra Arisha : Sesama dik non (kak milah)

Unknown berkata...

faiz : Kompem kulit muka putih suci berseri pas tonyoh

Unknown berkata...

Ca Cik Duyung : 1st time jumpa hakak ke? selemat berkenalan Ca Cik Duyung

Unknown berkata...

LadyBird : Haiyoo uolls, gosok gg pun malas...hoho

Unknown berkata...

umie mia : Facial mmbazir. dah tu guna bahan kimia

Unknown berkata...

chii : Sesamo chii

Unknown berkata...

Azham Vosovic : Mai lah datang jumpo atok kalo turun PD nanti

Unknown berkata...

Zul Fattah : Nak senang pakai pencoci muka kan....mudah. hiihi

little daisy berkata...

"amik semayang amik jugak, semayang jgn lupa!" ^_^ terbaek...

Cara menghilangkan bekas jerawat berkata...

Point no 4, cuka apel kan namanya?

Tanpa Nama berkata...

Cuka kurma bole juga

zie berkata...

Seronok baca petua2 ni. Petua no 4 tu ada yg dh cuba ke? Ok ke guna cuka?

PENAFIAN

Blog ini merupakan blog peribadi penulis untuk berkongsi apo2 yolah dengan mereka di luar sana. Blog ini tidak mewakili mana-mana parti politik, organisasi, NGO mahupun tempat penulis bekerja. Hasil penulisan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sendiri melainkan dinyatakan sumber diperolehi. Penulis tidak bertanggungjawab atas masalah yang kronik bagi sesiapa yang mengunjungi blog ini. Terima kasih